Jus Buah-Buahan Untuk Diet Sihat by Women Online Magazine
Jus buah-buahan juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan dan kecantikan. Pengambilan jus buah-buahan adalah satu cara untuk menguruskan badan. Tetapi, ramai yang gagal menguruskan badan dengan teknik ini disebabkan salah menyusun sebuah menu diet. Pemahaman yang kurang lengkap tentang diet yang betul menyebabkan cara menguruskan badan dengan jus buah-buahan ini gagal.
Sudah pasti ada di antara anda yang berpendapat, menahan makan atau ‘mengikat’ perut boleh menurunkan berat badan. Padahal, ia tidak benar sama sekali. Ketika anda berasa sangat lapar, semakin banyak pula kalori yang diperlukan. Akibatnya, tanpa anda sedari anda telah makan secara berlebihan!
Namun, meminum jus buah-buahan untuk diet adalah cara paling mudah untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. Jus buah-buahan ini juga bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Jus buah-buahan tidak mengandungi lemak, sebaliknya kaya dengan mineral, vitamin serta enzim.
Khasiatnya mampu membantu anda mengurangi berat badan secara semulajadi, sihat dan selamat.Perbanyakkan pengambilan jus buah-buahan yang banyak mengandungi kadar air. Ia akan membuatkan perut anda penuh sehingga tidak mudah berasa lapar.
1. Jus Epal & Jus Tomato
Buah epal ini kaya dengan micronutrients ataupun nutrisi makro. Fungsinya iaitu menekan nafsu makan sehingga membantu program diet anda berjalan dengan lancar. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah serta kadar gula darah. Begitu juga dengan jus tomato yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh.
2. Jus Grapefruit
Target anda tertumpu pada pembakaran lemak. Salah satu caranya adalah dengan meminum jus grapefruit dan pengambilan buah ini sepanjang hari. Grapefruit mengandungi enzim pembakar lemak yang membantu untuk menurunkan berat badan dengan cepat.
3. Jus Oren
Oren merupakan sumber vitamin C, potassium serta folat, dan hanya mengandungi 110 kalori. Bahkan kandungan asidnya selain berguna bagi menurunkan berat badan, juga sangat berguna untuk menyingkirkan racun dari tubuh.
4. Jus Strawberi
Mengandungi asid alergik yang bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas yang masuk ke dalam tumbuh, membersihkan sistem penghadaman, mengawal kadar kolesterol serta melambatkan pertumbuhan sel tumor pada paru-paru, payudara dan leher rahim.
5. Jus Jambu
Ternyata banyak manfaat yang terkandung dalam jus jambu. Antaranya dapat mengurangi kolesterol dalam darah dan menurunkan tekanan darah, menurunkan berat badan serta dapat mencegah ulser mulut.
6. Jus Tembikai & Jus Melon
Keduanya memiliki kandungan air yang banyak, tetapi memiliki kadungan kalori yang rendah. Jika melon banyak mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk tubuh, tembikai juga banyak mengandugi zat besi, sama seperti yang terdapat pada bayam.
Sumber: houseofquranicfoods.blogspot.com
Selamat datang ke teratak khidmat pemakanan dalam al-Quran untuk kesihatan kita. Blog ini hanyalah perkongsian ilmu, maklum balas, sahabat, teman dan kawan-kawan yang telah menggunakan dan mengamalkan produk OLIVE HOUSE. In shaa Allah, boleh kita berkongsi bersama juga mengenai gaya hidup Aafiyat Lifestyle, pemakanan sihat, natural, alami dan organik serta petua-petua perubatan yang mampu membantu pencegahan penyakit dan sebagainya. Selamat datang ke laman maya, "HOUSE of AAFIYAT LIFESTYLE"
Showing posts with label Jus Buah / Diet Sihat. Show all posts
Showing posts with label Jus Buah / Diet Sihat. Show all posts
Wednesday, 1 July 2015
Jus Buah-Buahan Untuk Diet Sihat
Quranic Foods
Jus Buah / Diet Sihat
Subscribe to:
Posts (Atom)