Soalan Dari Pelanggan (Masalah Gastrik & Perut Sensitif):
Assalamualaikum doktor hafizah. Saya mengalami gastrik dan perut sensitif. Asal sahaja makanan yang berangin, masam atau berminyak, pasti mendatangkan masalah pada perut saya. Saya cuba cuka buah tin dan banyak kali sudah saya bancuh dengan air dan campur sahaja sedikit madu. Selepas saya minum, tidak sampai 1 jam perut saya berangin. Kenapa begitu doktor? Setiap kali saya cuba amalkan cuka buah-buahan, memang akan jadi begitu. Minyak zaitun saya amalkan 1 pagi 1 malam manakala Qaseh Gold dan habbatusauda saya amal juga. Boleh doktor bagi pencerahan dan nasihat. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Pengambilan cuka teen haruslah diteruskan. Penghasilan gas yang banyak adalah akibat tindakbalas kimia penyembuhan di dalam perut. Jangan sekali-kali disamakan makanan dari segi masamnya atau minyaknya kerana apa yang lebih penting adalah sumbernya. Masam dan berminyak hasil dari ciptaan Allah adalah memberi manfaat manakala hasil dari bahan kimia sintetik ciptaan manusia adalah memudaratkan. Jangan kita tertipu dan sentiasalah bersangka baik dengan segala makanan al-Quran. Elakkan pengambilan makanan proses termasuk roti dan biskut, juga elakkan makan berlebihan. Semoga Allah mengurniakan hidayah melalui kesembuhan.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Penyakit radang selaput perut (gastritis) mempunyai tahap-tahap tertentu bermula dari tahap ringan (mild) hinggalah kepada tahap komplikasi seperti ulser
yang membawa kebocoran perut. Olive oil mampu merawat peringkat awal radang perut dengan meneutralkan asid hidroklorik seterusnya membentuk lapisan minyak yang mencegah hakisan asid. Dalam kes yang teruk, ianya memerlukan scope/teropong ke bahagian perut untuk memastikan tiada ulser atau pendarahan yang berlaku kerana keadaan tersebut
memerlukan rawatan intensif.
Bagi rawatan gastritis di peringkat awal, rawatan berikut boleh diikhtiarkan:
a) Madu asli dicampur air suam diminum semasa perut kosong
b) Minyak zaitun dicampur air suam diminum setiap kali sebelum makan
c) Mengambil oat bersama madu sebagai sarapan
d) Mengambil jus halia setiap hari
e) Mengelakkan makanan yang pedas
Jika simptom masih tidak terkawal, ubatan seperti proton pump inhibitor perlu diambil atas nasihat doktor.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil
No comments:
Post a Comment