Assalamualaikum Dr. Hafizah dan Dr. Salman. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berumur 22 tahun mengalami masalah saraf otak. Waktu dahulu, beliau pengidap penyakit Schizophrenia dan sekarang OCD pula. Ketika ini, anak saya bergantung ubat dari pakar sakit jiwa tetapi saya dengan sendiri mengurangkan dos ubatan dari 2 biji ke 1 biji dalam masa setahun. Anak saya dari umur 15 tahun telah mula mengamalkan ubat dari pakar sakit jiwa. Soalan saya, adakah supplement/Quranic Food yang dapat membantu masalah anak saya. Jika boleh, saya tidak mahu anak saya bergantung sepenuhnya pada ubatan kimia. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
WaƔlaikumsalam. Bagi masalah gangguan mental tidak ada jalan yang lebih baik dari mengembalikan anak kepada Islam. Suasana di rumah haruslah dijaga. Bangkitkan nur(cahaya) di dalam rumah dengan amalan-amalan yang baik, akhlak yang mulia, kasih sayang yang benar. Jauhi aktiviti-aktiviti lagha(lalai) di dalam rumah, nyanyian-nyanyian yang melalaikan, permainan yang sia-sia dan rancangan-rancangan tv yang tidak membawa faedah. Apabila Nur Allah(Cahaya Allah) menerangi di dalam kediaman kita, kegelapan akan hilang darinya. Pengamalan Quranic Food adalah termasuk dalam amalan-amalan soleh dan ibadah. Tentunya member kesan positif kepada tubuh badannya. Minyak zaitun memberi kesan ketenangan fikiran, cuka teen menolong mengalkalikan darah. Elakkan gula putih 100% dalam kehidupan anak puan kerana ianya sangat bahaya untuk kesihatan neuron saraf manusia. Baiki pemakanan sedikit demi sedikit. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan.
Jawapan Dari Dr. Salman:
WaƔlaikumsalam. Schizophrenia ialah keadaan otak yang tidak normal hasil aktiviti elektrik & hormone yang tidak normal dan keadaannya digambarkan sebagai penyakit gila. Ianya boleh terjadi disebabkan genetik keturunan dan juga hasil tekanan yang tidak mampu diurus dengan baik. Kebiasaannya, ubat yang diberi ialah ubat penenang yang mengelakkan penghidapnya bertindak ganas. Di samping ubat-ubatan, diet pemakanan tertentu boleh diamalkan seperti:
a) Mengambil makanan yang mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi seperti ikan salmon, telur, kacang walnut, biji labu dan flexseed.
b) Mengelakkan makanan yang mengandungi kadar Omega-6 yang tinggi kerana ianya akan menurunkan kadar Omega-3 yang diperlukan bagi pembinaan otak.
c) Mengambil makanan yang mengandungi kadar anti-oksida yang tinggi bagi mengurangkan stress pengoksidaan kepada sel-sel otak.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil
No comments:
Post a Comment