JUS DELIMA & PROSES PENUAAN!
SOPHIE Borland-The Daily
Mail | Tarikh: 11-12-2015
Jika kenyataan itu tidak cukup untuk
menarik minat anda untuk mencuba jus delima, kini terdapat penemuan di mana jus
delima juga boleh membantu melambatkan proses penuaan anda.
Para saintis percaya bahawa makanan berkhasiat yang
mempunyai kelebihan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekeliling perut
– yang sering disebut sebagai 'tayar ganti' pada lelaki, atau 'muffin
top' di kalangan wanita.
Selepas satu bulan, sukarelawan yang minum sebotol jus
buah delima setiap hari diperiksa dan didapati kurang cenderung untuk
membangunkan sel-sel lemak di sekeliling perut mereka. Mereka juga mempunyai tekanan darah yang lebih rendah dan
mengakibatkan pengurangan risiko serangan jantung, strok dan penyakit buah
pinggang.
Para penyelidik dari University of Edinburgh percaya
bahawa jus delima boleh mengurangkan jumlah asid lemak dalam darah yang
dikenali sebagai asid lemak tidak teresterifikasi atau NEFA. Kajian telah dilakukan kepada manusia dan haiwan dan hasilnya menunjukkan
tahap NEFA yang tinggi adalah berkait dengan simpanan lemak di sekeliling perut
dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes tahap 2.
Di dalam eksperimen itu, 24 orang lelaki dan wanita
diberikan sebotol 500ml jus delima untuk diminum pada setiap hari selama empat
minggu. Para penyelidik mendapati bahawa hampir separuh daripada
semua sukarelawan mempunyai tahap NEFA lebih rendah pada peringkat akhir
eksperimen tersebut. Mereka juga mendapati bahawa terdapat pengurangan
penyimpanan lemak di sekeliling perut. Selain daripada itu, 90 peratus daripada
lelaki dan perempuan didapati mempunyai tekanan darah yang lebih rendah pada
akhir bulan tersebut.
Dr Emad Aldujaili dan Dr Catherine Tsang, penyelidik utama di Edinburgh
University’s School of Health Sciences berkata: " Sememangnya tiada
keraguan mengenai jus delima yang memberi manfaat dalam mengurangkan risiko
penyakit kardiovaskular kerana keputusan daripada eksperimen menunjukkan
penurunan tekanan darah yang ketara dan konsisten.
Dr Aldujaili menambah: 'Terdapat bukti awal bahawa
pengambilan jus delima boleh mempengaruhi lemak di bahagian abdomen. 'Kami
percaya bahawa penemuan awal ini memerlukan kajian yang lebih terperinci.
Subjek dalam kajian terbaru kami mempunyai indeks jisim badan yang sihat dan
seterusnya memberi impak kesukaran untuk membuat pemerhatian dengan lebih
lanjut’
'Dalam kajian seterusnya, kami akan menyiasat kesan pada
subjek yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes yang akan
memberikan kesan atau keputusan yang lebih jelas.'
Dr Aldujaili akan membentangkan penemuannya di International Functional Food
meeting di Oxford
Brookes University pada bulan depan. Ianya sememangnya diketahui
umum bahawa jus delima kaya dengan antioksidan iaitu sejenis bahan kimia yang
membantu meneutralkan molekul oksigen yang berbahaya yang dikenali sebagai
radikal bebas. Jika ianya dibiarkan, molekul ini boleh merosakkan
sel-sel dan menyebabkan penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan
seterusnya mengakibatkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Buah delima juga dikatakan boleh meningkatkan
kehidupan seks di mana antioksidan akan dapat meningkatkan jumlah darah
yang mengalir ke alat sulit manusia.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil
No comments:
Post a Comment