AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label STROK ATAU ANGIN AHMAR....KENAPA IA TERJADI ? |Aafiyat Olive House. Show all posts
Showing posts with label STROK ATAU ANGIN AHMAR....KENAPA IA TERJADI ? |Aafiyat Olive House. Show all posts

Wednesday, 16 December 2020

STROK ATAU ANGIN AHMAR....KENAPA IA TERJADI ? |Aafiyat Olive House

 Strok atau angin ahmar adalah penyakit yang sangat biasa berlaku sekarang. Ia berkaitan cara hidup tidak sihat masyarakat zaman sekarang.

Penyakit ini akan mengakibatkan masalah lumpuh sebelah badan atau lemah sebelah badan dengan masalah pertuturan serta muka menjadi senget. Ia kerana saluran darah pada bahagian otak menjadi tersumbat atau berlaku pendarahan pada otak.

Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kesukaran meneruskan aktiviti seharian dan akan terlantar serta perlu dibantu untuk aktiviti kehidupan asas seperti mandi, bergerak, makan dan berpakaian.



Berdasarkan satu kajian dibuat di Sweden yang dilaporkan dalam Journal Neurology tahun ini, gaya hidup lebih sihat mampu menurunkan risiko mendapat strok.

Kajian menunjukkan lima faktor dikatakan sebagai gaya hidup sihat iaitu: 

➡️ pemakanan sihat 

➡️ tidak merokok

➡️ aktif secara fizikal

➡️ meninggalkan minum   alkohol 

➡️ mengawal berat badan.

Antara faktor yang biasa dikaitkan dengan strok ialah bacaan tekanan darah yang tinggi ataupun darah terlalu pekat. 

Justeru itu, pastikan tekanan darah hendaklah sentiasa stabil dan keadaan darah pula tidaklah terlalu pekat.