AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Produk Sugar Free. Show all posts
Showing posts with label Produk Sugar Free. Show all posts

Wednesday 12 August 2015

Produk SUGAR-FREE Menjadi TREND Terkini



Seorang sahabat membuka kotak plastik tertulis "sugar-free" kemudian memasukkan kandungan dari kotak itu ke dalam cawan minumannya. Lalu ia terus minum dengan penuh nikmat.

Saya bertanya, kenapa perlu gunakan ia di dalam minuman anda? Katanya dia mengalami diabetes. Doktor yang sarankan kepada dia gunakan produk ini sebagai ganti gula putih!

Nah! Siapa yang sarankan? Doktor!


Saya terus memberi maklumat yang mendalam tentang apa yang ada dalam produk 'sugar-free' itu. Saya katakan ia mengandungi bahan yang merbahaya iaitu aspartame dan ia dihasilkan oleh syarikat pembuat racun serangga iaitu Monsanto. Beliau tergamam, kelihatan seolah tidak percaya dengan kata-kata saya, seolah menganggap saya cuba bergurau apabila disebut syarikat racun serangga.

Memanglah kalau syarikat itu membuat racun serangga, tidak semestinya mereka meletakkan racun serangga dalam produk makanan mereka. Tapi teknologi yang diaplikasi dalam menghasilkan racun serangga yang tidak memerlukan mereka membuat kajian terhadap manusia, hanya untuk digunakan terhadap haiwan perosak sahaja. Tiada manusia yang mahu makan racun serangga kecuali mereka yang sudah tidak ingin meneruskan hidup lagi.



Aspartame mula ditemui secara tidak sengaja semasa kajian farmasitikal pada tahun 1965. Ia bahan kimia yang ditemui mempunyai rasa yang lebih manis dari gula.

Hari ini, syarikat-syarikat minuman gergasi telah mula menggunakannya sebagai pemanis 'semulajadi' ini sebagai ganti gula putih. Syarikat yang mula-mula mengkomersialkan aspartame ialah Nutra-Sweet. Kini, ia boleh ditemui di dalam produk Equal. Aspartame mengandungi 3 komponen utama iaitu metanol, asid aspartik dan phenylalanine.

Metanol adalah sejenis alkohol yang dipecahkan kepada beberapa komponen seperti formaldehyde dan asid formika yang boleh menjurus kepada kerosakan serius kepada tubuh manusia seperti mendapat penyakit kanser. Ia boleh berlaku dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Mengapa ia tidak diharamkan oleh Jakim? Anda boleh tanya sendiri dengan mereka.

Asid aspartik juga sejenis toksik "excitotoxin" seperti MSG. Phenylalanine pula sejenis asid amino. Memang asid amino baik untuk tubuh kecuali jika ia diasingkan dari tindakbalas protin di dalam tubuh.

Semua komponen ini akhirnya akan berakhir dengan merosakkan sistem saraf hingga menyebabkan sel-sel mati.

Saya tidak perlu ulas panjang lagi tentang kandungan ini. Anda boleh dapatkan maklumat tentang aspartame di dalam post-post terdahulu ataupun buat carian Google.

Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah saranan doktor-doktor kepada penderita diabetes supaya mengambil Equal atau Nutra-Sweet atau apa saja bahan yang mengandungi aspartame sebagai menggantikan gula. Ia bukan memperbaiki keadaan kesihatan mereka, sebaliknya semakin merosakkan. Yang sedia menderita diabetes kini berisiko mendapat kanser, darah tinggi dan penyakit jantung. Ini tindakan yang bodoh. Sebenarnya, doktor tidak peduli tentang kesan sampingan produk-produk seperti ini kerana mereka tidak punya pengetahuan tentang kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dan saintis yang jujur. Pengetahuan mereka bergantung kepada apa yang mereka belajar dari ilmu perubatan moden. Mereka tidak mampu berfikir di luar lingkungan. Para doktor bukan seperti jurutera. Doktor tidak boleh mengubahsuai apa yang telah sedia ada. Para jurutera pula perlu berhempas pulas mencari idea di luar lingkungan.

Semakin ramai orang sakit, ia memberi pulangan perniagaan kepada doktor-doktor konvensional. Mereka menjana keuntungan dari penderitaan orang lain. Jika semua orang sihat, tiada siapa perlukan ubat. Dan sudah tentu Equal atau Nutra-Sweet tidak disarankan oleh doktor kepada pesakit diabetes. Hari-hari makan sebiji epal, menjauhkan anda dari doktor.

Jika anda ingin selalu bertemu dengan doktor, ikutilah nasihat para doktor.


Sumber: The Secret Medicines (TSM)