AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Minyak Zaitun & Hyperkolestrolemia. Show all posts
Showing posts with label Minyak Zaitun & Hyperkolestrolemia. Show all posts

Monday, 9 March 2015

Minyak Zaitun & Hyperkolestrolemia

Minyak Zaitun & Hyperkolestrolemia
(Dr. Hafizah Amanulla)



Hiperkolesterolemia adalah keadaan di mana paras kolesterol tinggi di dalam darah. Paras kolesterol yang tinggi dikaitkan dengan serangan jantung mengejut dan juga terjadinya masalah darah tinggi dan menerukkan kencing manis. Namun bukanlah kolesterol sebagai penyebab masalah-masalah tersebut. Kolesterol merupakan suatu nutrisi penting dalam tubuh yang membentuk komponen dinding sel dan juga digunakan sebagai bahan asas untuk tubuh menjalankan sintesis hormon terutamanya hormon seks.


Fungsi kolesterol sebenarnya, ramai yang tidak tahu adalah ianya juga merupakan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, ini menunjukkan terdapat banyak inflamasi dalam sistem tubuhnya dan tingginya kadar oksidasi sel akibat penghasilan radikal bebas, yang mana keadaan ini memaksa tubuh menghasilkan kolesterol yang banyak. Radikal bebas yang tinggi juga turut mengoksidakan molekul kolesterol ini dan menyebabkan peningkatan low density lipoprotein(LDL- kolesterol jahat yang telah teroksida) dan seterusnya menggalakkan pembentukan plak sumbatan pada dinding salur darah.


Pati minyak zaitun "extra virgin" mempunyai kadar polyphenol yang tinggi dan berkesan untuk menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas. Apabila kurangnya kadar inflamasi dalam salur darah, maka paras kolesterol akan kembali kepada paras normal. Menurut kajian pengambilan minyak zaitun ini yang terdiri daripada asid lemak monotaktepu menurunkan paras LDL dan meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) tanpa meningkatkan paras trigliserida. Jadi, sekiranya anda dibelenggu masalah tinggi kolesterol, adalah lebih baik anda mengamalkan minyak zaitun "extra virgin" dan lihat sendiri hasilnya. Namun, perlu diingat, pengambilan asid lemak trans haruslah dihentikan dari dalam pemakanan seharian untuk kesan yang berkekalan.