AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Masalah Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Masalah Jerebu. Show all posts

Friday, 23 October 2015

MASALAH JEREBU (Part 2)




SINERGI PRODUK DAN MASALAH JEREBU (Part 2):

Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 08.10.2015

Oleuropein’ juga merupakan sejenis antioksida dan anti keradangan yang terdapat dalam dalam Minyak Zaitun Olive House yang khasiatnya adalah 400 kali ganda berbanding Vitamin C! Diperolehi daripada buah Zaitun yang Hijau dan berfungsi menguatkan sistem pertahanan tubuh badan manusia dalam menongkah badai melawan radikal bebas yang menganggu di saluran pernafasan dan mengakibatkan kegatalan dan keradangan yang berlaku di tekak, hidung dan mata, berlaku jangkitan kuman di paru-paru dan menganggu fungsi organ jantung.

Khasiat Asid Lemak Yang Perlu iaitu Omega 3 & 6 yang terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House bertindak sebagai anti keradangan,merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan. Omega 3 ini juga membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan manusia. Selain itu, antioksida ‘Beta Carotene’ juga terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House yang diperlehi daripada buah Zaitun yang berwarna oren kemerahan. Khasiat ‘Beta Carotene’ ini ialah melindungi mata, paru-paru dan meningkatkan kecekapan salur darah membawa oksigen ke seluruh badan serta sebagai perisai kepada paru-paru daripada kesan pencemaran udara. Vitamin C dan yang terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House turut berperanan mengekalkan tisu paru-paru yang sihat.

Jus Delima keluaran Olive House ialah 100% delima dengan teknik perahan yang lembut demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dan anti keradangan di dalamnya seperti ‘Flavonoid’ memelihara fungsi paru-paru dan jantung yang sihat. Saya sangat menggalakkan agar menSINERGI pengambilan Jus Delima ini bersama-sama Minyak Zaitun bertepatan dengan ayat Al Quran, Surah Al An’am ayat 141, di mana Allah meletakkan buah Zaitun dan Delima bersama-sama dalam satu ayat. Buah Zaitun yang ‘sama warna dan daunnya’ yang dinukilkan dalam ayat ini, boleh saya huraikan sedikit daripada sudut khasiatnya. Khasiat antioksida yang namanya ‘Anthocyanin’, ‘Flavonoid’ dan ‘Beta Carotene’ terdapat dalam kedua-dua buah Zaitun dan Delima. Hakikat persamaan ini sangat ketara yang memberikan warna oren kemerahan pada kedua-dua buah, tetapi yang dirakamkan juga dalam ayat 141, Surah Al An’am ini ialah ‘tidak bersamaan rasanya’. Sudah tentu rasa dan KHASIATnya juga ada perbezaan, umpamanya dari segi kemampuan antioksida dalam kedua-dua buah meresap ke dalam salur darah dalam badan manusia dan nilainya apabila diuji kandungan air kencing. Di sinilah menunjukkan signifikasi menSINERGIkan kedua-duanya kerana selain dapat menampung antara satu sama lain, masih banyak juga lagi khasiat vitamin dan mineral yang ada dalam buah Delima, tetapi tiada dalam buah Zaitun. Contohnya, khasiat mineral ‘Selenium’ yang sangat bagus diamalkan bagi merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan dan membantu dalam proses membaiki sel-sel yang rosak. Kelebihan ‘Selenium’ ini selain daripada sejenis mineral, tindakannya dalam badan manusia juga tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai antioksida kerana hampir menyamai fungsi antioksida pada tubuh badan manusia. ‘Selenium’ ini HANYA ada pada buah Delima, tetapi tidak pada buah Zaitun.

Magnesium’, ‘Choline’ dan Vitamin A yang ada dalam Jus Delima juga membantu rawat, mengekalkan fungsi paru-paru yang sihat dan mengawal serangan asma akibat terdedah kepada udara berjerebu. Kelebihan lain yang ada dalam Jus Delima Olive House ialah mineral ‘Potassium’ yang membantu organ jantung berfungsi dengan baik. Sari Cuka Buah Teen juga sangat disarankan SINERGI bersama-sama Jus Delima dan Pati Minyak Zaitun. Khasiat Asid Asetik Organik dan mineral ‘Potassium’ dalam Sari Cuka Teen Olive House ini sangat bagus membaantu melancarkan fungsi organ jantung serta merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan. Asid asetik organik juga boleh digunakan untuk mencuci mata yang terasa gatal-gatal, dengan syarat, perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu. Kemudian, celupkan sedikit kapas ke dalam campuran tadi dan cuci mata tersebut. Kelebihan Sari Cuka Teen Olive House ialah diperoleh daripada Buah Teen yang penanamannya secara Organik, diperam dalam tong kayu yang juga menyumbang kepada TINGGInya nilai khasiat yang ada dalam Sari Cuka Teen Olive House ini. Keistimewaan Cuka Buah Teen yang terhasil dari penapaian dalam tong kayu adalah TIDAK ditapis atau dikenakan pemanasan menyebabkan ‘MOTHER’ dalamnya kekal terpelihara dan berkualiti tinggi. Jangan lupa berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikanNya kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya dengan sempurna. Dia yang memberikan penyakit dan sudah pasti Dia Maha Menyembuh. Mohonlah dengan penuh pengharapan. Wallahua’lam.


Wednesday, 21 October 2015

MASALAH JEREBU (Part 1)






SINERGI PRODUK DAN MASALAH JEREBU (Part 1):

Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 06.10.2015

Jerebu ialah situasi di mana cahaya matahari disekat pancarannya ke bumi dan menyebabkan kekurangan jarak pandangan mata kasar atau kabur. Hal ini berlaku apabila wujudnya peningkatan bahan-bahan terampai dalam atmosfera bumi yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar seperti habuk, debu, jelaga, asap dan lain-lain yang dihasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung berapi dan kebakaran hutan. Jerebu juga di sumbangkan oleh aktiviti manusia seperti kegiatan perindustrian, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka dan lain-lain. Jarak penglihatan/pandangan menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.

Situasi ini bukan lagi benda baru bagi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, malah ia sudah menjadi seperti ‘acara’ tahunan’ bagi rakyat Malaysia khasnya dan negara-negara yang berjiran dengannya amnya. Apabila diteliti semula akan peristiwa jerebu ini, ia berpunca daripada ‘tangan-tangan manusia’ sendiri yang sering melakukan kebinasaan di atas muka bumi ciptaanNya. Pembakaran hutan secara terbuka di kawasan Sumatera, Indonesia memberi impak yang sangat besar kepada negara yang berjiran dengannya iaitu Singapura dan Malaysia. Implikasinya sangat dirasai oleh hidupan di atas muka bumi Malaysia ini termasuklah manusia, dek kerana peningkatan bahan-bahan kimia terampai seperti Karbon MonoksidaSulfur DioksidaNitrogen DioksidaPlumbum dan lain-lain yang menyebabkan permasalahan terutamanya di saluran pernafasan. Di antaranya adalah batuk berkahakkegatalan yang luar biasa di tekakhidung dan mataasmabronkitismelemahkan pengecutan jantung, merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah serta merosakkan sistem saraf dan otak. Hakikatnya, permasalahan ini dapat dibantu rawat dengan makanan yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seharian, InsyaAllah.



Alhamdulillah, manfaat yang ada pada ‘Quranic Food’ (ZaitunDelimaAnggurKurma & Teen) yang Allah SWT telah rakamkan dalam Al Quran seperti pada Surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta dalam Surah At-Teen ayat 1 merupakan makanan yang tinggi khasiatnya. Boleh juga kita istilahkan sebagai ‘nutritional food’. Ada hikmah yang sangat besar yang Allah mahu manusia berfikir mengapa 5 makhluk hebat ini Dia letakkan bersama-sama dalam satu ayat di beberapa tempat dalam Al Quran. Malahan dalam Hadis-hadis Soheh juga turut dinukilkan 5 Makhluk Allah ini.

Hari ini, kajian-kajian Sains Moden telah membenarkan apa yang telah awal dinukilkanNya dalam Al Quran tentang khasiat dan manfaat ‘Quranic Food’ ini dalam membantu rawat banyak masalah, termasuk implikasi daripada cuaca berjerebu ini. Umpamanya Zaitun. Olive House mengambil inisiatif mengeluarkan produk Zaitun dalam bentuk minyak demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House bertindak membungkus atau mewujudkan pelincir di sekeliling tekak yang sudah berlaku keradangan akibat tindakan bahan-bahan kimia terampai yang telah disedut masuk ke saluran pernafasan. Contoh antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House ialah ‘Hydroxytyrosol’ yang mempunyai zarah yang sangat halus dan keupayaannya yang mampu meresapi ke lapisan saluran darah di otak menjadikannya antioksida terbaik. ‘Hydroxytyrosol’ ini diperoleh daripada buah Zaitun yang muda iaitu berwarna Hijau dan juga terdapat di bahagian daun Pohon Zaitun. Ia akan bertindak melindungi dan merawat sistem saraf dan otak manusia yang terganggu dengan peningkatan bahan kimia Plumbum dalam udara sekeliling kita.