SINERGI PRODUK DAN MASALAH JEREBU (Part 2):
Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 08.10.2015
‘Oleuropein’ juga merupakan sejenis antioksida dan anti keradangan yang terdapat dalam dalam Minyak Zaitun Olive House yang khasiatnya adalah 400 kali ganda berbanding Vitamin C! Diperolehi daripada buah Zaitun yang Hijau dan berfungsi menguatkan sistem pertahanan tubuh badan manusia dalam menongkah badai melawan radikal bebas yang menganggu di saluran pernafasan dan mengakibatkan kegatalan dan keradangan yang berlaku di tekak, hidung dan mata, berlaku jangkitan kuman di paru-paru dan menganggu fungsi organ jantung.
Khasiat Asid Lemak Yang Perlu iaitu Omega 3 & 6 yang terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House bertindak sebagai anti keradangan,merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan. Omega 3 ini juga membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan manusia. Selain itu, antioksida ‘Beta Carotene’ juga terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House yang diperlehi daripada buah Zaitun yang berwarna oren kemerahan. Khasiat ‘Beta Carotene’ ini ialah melindungi mata, paru-paru dan meningkatkan kecekapan salur darah membawa oksigen ke seluruh badan serta sebagai perisai kepada paru-paru daripada kesan pencemaran udara. Vitamin C dan E yang terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House turut berperanan mengekalkan tisu paru-paru yang sihat.
Jus Delima keluaran Olive House ialah 100% delima dengan teknik perahan yang lembut demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dan anti keradangan di dalamnya seperti ‘Flavonoid’ memelihara fungsi paru-paru dan jantung yang sihat. Saya sangat menggalakkan agar menSINERGI pengambilan Jus Delima ini bersama-sama Minyak Zaitun bertepatan dengan ayat Al Quran, Surah Al An’am ayat 141, di mana Allah meletakkan buah Zaitun dan Delima bersama-sama dalam satu ayat. Buah Zaitun yang ‘sama warna dan daunnya’ yang dinukilkan dalam ayat ini, boleh saya huraikan sedikit daripada sudut khasiatnya. Khasiat antioksida yang namanya ‘Anthocyanin’, ‘Flavonoid’ dan ‘Beta Carotene’ terdapat dalam kedua-dua buah Zaitun dan Delima. Hakikat persamaan ini sangat ketara yang memberikan warna oren kemerahan pada kedua-dua buah, tetapi yang dirakamkan juga dalam ayat 141, Surah Al An’am ini ialah ‘tidak bersamaan rasanya’. Sudah tentu rasa dan KHASIATnya juga ada perbezaan, umpamanya dari segi kemampuan antioksida dalam kedua-dua buah meresap ke dalam salur darah dalam badan manusia dan nilainya apabila diuji kandungan air kencing. Di sinilah menunjukkan signifikasi menSINERGIkan kedua-duanya kerana selain dapat menampung antara satu sama lain, masih banyak juga lagi khasiat vitamin dan mineral yang ada dalam buah Delima, tetapi tiada dalam buah Zaitun. Contohnya, khasiat mineral ‘Selenium’ yang sangat bagus diamalkan bagi merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan dan membantu dalam proses membaiki sel-sel yang rosak. Kelebihan ‘Selenium’ ini selain daripada sejenis mineral, tindakannya dalam badan manusia juga tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai antioksida kerana hampir menyamai fungsi antioksida pada tubuh badan manusia. ‘Selenium’ ini HANYA ada pada buah Delima, tetapi tidak pada buah Zaitun.
Magnesium’, ‘Choline’ dan Vitamin A yang ada dalam Jus Delima juga membantu rawat, mengekalkan fungsi paru-paru yang sihat dan mengawal serangan asma akibat terdedah kepada udara berjerebu. Kelebihan lain yang ada dalam Jus Delima Olive House ialah mineral ‘Potassium’ yang membantu organ jantung berfungsi dengan baik. Sari Cuka Buah Teen juga sangat disarankan SINERGI bersama-sama Jus Delima dan Pati Minyak Zaitun. Khasiat Asid Asetik Organik dan mineral ‘Potassium’ dalam Sari Cuka Teen Olive House ini sangat bagus membaantu melancarkan fungsi organ jantung serta merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan. Asid asetik organik juga boleh digunakan untuk mencuci mata yang terasa gatal-gatal, dengan syarat, perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu. Kemudian, celupkan sedikit kapas ke dalam campuran tadi dan cuci mata tersebut. Kelebihan Sari Cuka Teen Olive House ialah diperoleh daripada Buah Teen yang penanamannya secara Organik, diperam dalam tong kayu yang juga menyumbang kepada TINGGInya nilai khasiat yang ada dalam Sari Cuka Teen Olive House ini. Keistimewaan Cuka Buah Teen yang terhasil dari penapaian dalam tong kayu adalah TIDAK ditapis atau dikenakan pemanasan menyebabkan ‘MOTHER’ dalamnya kekal terpelihara dan berkualiti tinggi. Jangan lupa berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikanNya kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya dengan sempurna. Dia yang memberikan penyakit dan sudah pasti Dia Maha Menyembuh. Mohonlah dengan penuh pengharapan. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment