AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday, 21 October 2015

MASALAH JEREBU (Part 1)






SINERGI PRODUK DAN MASALAH JEREBU (Part 1):

Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 06.10.2015

Jerebu ialah situasi di mana cahaya matahari disekat pancarannya ke bumi dan menyebabkan kekurangan jarak pandangan mata kasar atau kabur. Hal ini berlaku apabila wujudnya peningkatan bahan-bahan terampai dalam atmosfera bumi yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar seperti habuk, debu, jelaga, asap dan lain-lain yang dihasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung berapi dan kebakaran hutan. Jerebu juga di sumbangkan oleh aktiviti manusia seperti kegiatan perindustrian, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka dan lain-lain. Jarak penglihatan/pandangan menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.

Situasi ini bukan lagi benda baru bagi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, malah ia sudah menjadi seperti ‘acara’ tahunan’ bagi rakyat Malaysia khasnya dan negara-negara yang berjiran dengannya amnya. Apabila diteliti semula akan peristiwa jerebu ini, ia berpunca daripada ‘tangan-tangan manusia’ sendiri yang sering melakukan kebinasaan di atas muka bumi ciptaanNya. Pembakaran hutan secara terbuka di kawasan Sumatera, Indonesia memberi impak yang sangat besar kepada negara yang berjiran dengannya iaitu Singapura dan Malaysia. Implikasinya sangat dirasai oleh hidupan di atas muka bumi Malaysia ini termasuklah manusia, dek kerana peningkatan bahan-bahan kimia terampai seperti Karbon MonoksidaSulfur DioksidaNitrogen DioksidaPlumbum dan lain-lain yang menyebabkan permasalahan terutamanya di saluran pernafasan. Di antaranya adalah batuk berkahakkegatalan yang luar biasa di tekakhidung dan mataasmabronkitismelemahkan pengecutan jantung, merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah serta merosakkan sistem saraf dan otak. Hakikatnya, permasalahan ini dapat dibantu rawat dengan makanan yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seharian, InsyaAllah.



Alhamdulillah, manfaat yang ada pada ‘Quranic Food’ (ZaitunDelimaAnggurKurma & Teen) yang Allah SWT telah rakamkan dalam Al Quran seperti pada Surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta dalam Surah At-Teen ayat 1 merupakan makanan yang tinggi khasiatnya. Boleh juga kita istilahkan sebagai ‘nutritional food’. Ada hikmah yang sangat besar yang Allah mahu manusia berfikir mengapa 5 makhluk hebat ini Dia letakkan bersama-sama dalam satu ayat di beberapa tempat dalam Al Quran. Malahan dalam Hadis-hadis Soheh juga turut dinukilkan 5 Makhluk Allah ini.

Hari ini, kajian-kajian Sains Moden telah membenarkan apa yang telah awal dinukilkanNya dalam Al Quran tentang khasiat dan manfaat ‘Quranic Food’ ini dalam membantu rawat banyak masalah, termasuk implikasi daripada cuaca berjerebu ini. Umpamanya Zaitun. Olive House mengambil inisiatif mengeluarkan produk Zaitun dalam bentuk minyak demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House bertindak membungkus atau mewujudkan pelincir di sekeliling tekak yang sudah berlaku keradangan akibat tindakan bahan-bahan kimia terampai yang telah disedut masuk ke saluran pernafasan. Contoh antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House ialah ‘Hydroxytyrosol’ yang mempunyai zarah yang sangat halus dan keupayaannya yang mampu meresapi ke lapisan saluran darah di otak menjadikannya antioksida terbaik. ‘Hydroxytyrosol’ ini diperoleh daripada buah Zaitun yang muda iaitu berwarna Hijau dan juga terdapat di bahagian daun Pohon Zaitun. Ia akan bertindak melindungi dan merawat sistem saraf dan otak manusia yang terganggu dengan peningkatan bahan kimia Plumbum dalam udara sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment