Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Testis):
Assalamu’’alaikum doktor. Saya hendak tanya suami saya ada kanser testis. Telah complete Kimo 6 Cycle dan last kimo bulan 2 tahun ini. Baru-baru ini, kami pergi dapatkan khidmat dari O & G untuk plan dapatakn baby tetapi doktorinfertility bagitahu sperma suami abnormal maksudnya kepala & kaki tidak bercantum seperti sperma yang normal. Sekarang, suami hanya ada satu testis sahaja. Soalan saya bolehkah atau adakah supplement yang dapat membantu masalah suami tentang spermanya ini? Lagipun sekarang kami tengah menunggu result dari oncology sama ada kanser masih ada atau aktif di kawasan badan yang lain. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Rawatan kemoterapi memang menyebabkan kecacatan pada sperma dan mungkin juga pada testis yang tinggal menyebabkan sperma yang dihasilkan tidak normal. Rawatan sekarang adalah bertujuan untuk membaiki testis yang tinggal agar dapat hasilkan semula sperma yang normal. Langkah pertama, puan dan tuan haruslah membetulkan niat dan yakin bahawa anak adalah benar-benar kurniaan rezeki dari Allah, bukan atas kehendak kita. Dengan membetulkan niat, kita dapat membersihkan tubuh dan sistem endokrin kita. Tubuh badan kita akan melakukan proses baik pulih sendiri sekiranya dibekalkan dengan bahan-bahan yang baik. Untuk peringkat awal, saya nasihatkan mengambil minyak zaitun biasa dan olivie plus 30x sebanyak 3 kali sehari, 2 sudu (mulakan dengan dos rendah dahulu, lihat healing effect), jus delima 100ml sehari. Cuka teen dijadikan minuman harian dengan memasukkan 2 sudu kecil dalam minuman harian. Elakkan makanan bergandum dan bergula putih juga susu lembu. Boleh juga amalkan date pollen atau serbuk debunga kurma setiap hari kerana ia terbukti membantu meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Banyakkan amalan harian dan tingkatkan keimanan kepada Allah S.W.T. dan semoga terus sabar dalam perjuangan ini. Wallahu A'lam.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)
No comments:
Post a Comment