AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Masalah Pereputan Tulang Tahap Sederhana. Show all posts
Showing posts with label Masalah Pereputan Tulang Tahap Sederhana. Show all posts

Thursday, 30 June 2016

Masalah Pereputan Tulang Tahap Sederhana



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pereputan Tulang Tahap Sederhana):

Assalamualaikum. Dr. Hafizah. Saya mahu bertanya tentang masalah pereputan tulang tahap sederhana. Masalah ini dihadapi oleh wanita 23 tahun dan belum berkahwin. Minta pendapat doktor berkenaan maklumat masalah ini, risiko jangka pendek dan panjang, dan bagaimana untuk mengatasinya? Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah pereputan tulang atau osteoporosis memang semakin banyak insidennya sekaran ini menurut pemerhatian saya walaupun pada golongan muda. Saya membuat kesimpulan kekurangan mineral-mineral penting dalam tubuh adalah menjadi punca masalah ini. Kebanyakan makanan proses menyebabkan kehilangan mineral-mineral seperti magnesium dan vitamin-vitamin yang juga penting untuk tulang. Amalan meminum air tanpa sebarang mineral (contoh: RO) menyebabkan masalah pereputan tulang ini. Menurut sebuah artikel yang diterbitkan WHO, meminum air yang tidak mengandungi mineral akan menyebabkan masalah pada membran mukosa usus, metabolisme dan homeostasis. Ia juga menyebabkan kekurangan kalsium dan magnesium dalam tubuh. Jika memasak menggunakan air tanpa mineral ini, kadar kehilangan kalsium, magnesium dan pelbagai mikromineral lain akan bertambah menyebabkan makanan yang dimasak kurang berkhasiat. Selain itu air tanpa mineral juga berkemungkinan meningkatkan bahan metal toksik dalam air tersebut. Kita dapat perhatikan hari ini bagaimana trauma yang ringan pada pesakit, namun menyebabkan patah pada tulangnya. Hal ini menyukarkan doktor untuk menjangka kecederaan akibat kemalangan berdasarkan kekuatan impak. Hampir semua kes terpaksa menjalani ujian radiologi(X-ray) untuk memastikan tiada tulang yang patah. Solusi kepada perkara ini sebaiknya memakan makanan berkhasiat dan elakkan air yang tidak bermineral. Jikalau dapat amalkan air sungai atau air bukit yang bersih, pasti lebih baik. Wallahu a'lam.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil