AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label BETUL KE MAKAN NENAS MENYEBABKAN KEGUGURAN? | Aafiyat Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label BETUL KE MAKAN NENAS MENYEBABKAN KEGUGURAN? | Aafiyat Lifestyle. Show all posts

Saturday 23 June 2018

BETUL KE MAKAN NENAS MENYEBABKAN KEGUGURAN? | Aafiyat Lifestyle

Makan nanas menyebabkan keguguran. Betul ke?

Larangan memakan buah nanas ketika mengandung telah menjadi salah satu pantang di dalam masyarkat Melayu. Bukan setakat itu, ia juga menjadi larangan di kebanyakkan negara juga. Dikatakan kandungan di dalam nanas boleh mengganggu bayi di dalam kandungan mahupun mengganggu rahim sehingga menyebabkan keguguran berlaku.

Salah satu kompaun yang disyaki boleh menyebabkan keguguran adalah BROMELAIN.

BROMELAIN

Bromelain merupakan kombinasi enzim yang bersifat menguraikan protein(proteolytic) yang berasal daripada bahagian tengah Nanas. Disebabkan kebolehannya menguraikan protein, ia selalu digunakan dalam masakan bagi tujuan melembutkan daging. Kita mengetahui ada sesetengah daging yang liat. Ini kerana kewujudan ikatan diantara protein yang menyebabkan ia sedikit liat. Maka, bromelain boleh menguraikan ikatan diantara protein tersebut dan menyebabkan daging menjadi lembut.

BROMELAIN DALAM PERUBATAN

Ada beberapa penyakit yang boleh menggunakan bromelain untuk tujuan perubatan terutamanya dalam rawatan pengurusan luka(wound management). Sebagai contoh luka yang lambat baik disebabkan diabetes. Penggunaan Bromelain boleh menguraikan sel-sel mati ditempat luka dan membuatkan sel yang hidup tumbuh lebih baik.

Masih tiada lagi kajian yang mampan menunjukkan bromelain boleh digunakan dalam penyakit yang lain.


BROMELAIN MENYEBABKAN KEGUGURAN

Menjadi kepercayaan masyarakat bahawa BROMELAIN boleh menyebabkan keguguran disebabkan kebolehannya menguraikan protein. Ia dikatakan boleh menyebabkan protein di dalam badan bayi diuraikan dan berakhir dengan keguguran. Ada juga yang mengatakan ia menguraikan protein dibahagian servik dan menyebabkan servik lemah.

Tetapi tiada lagi kajian menunjukkan bahawa penggunaan nanas boleh menyebabkan keguguran.
Buat setakat ini, penggunaan bromelain mempunyai tahap ketoksikan yang rendah(low toxicity).


Penyebab kepada Keguguran

Majoriti keguguran adalah disebabkan masalah genetik. Bermaksud ketika persenyawaan ataupun fetus membesar, berlakunya mutasi ataupun kerosakan pada genetik menyebabkan bayi tidak sesuai untuk hidup. Disebabkan masalah genetik tersebut badan sendiri akan menggugurkan bayi tersebut.

Kesimpulan

Tiada lagi kajian yang menunjukkan nanas sebagai penyebab keguguran. Jika nak ambil nanas dipersilakan. Tetapi jika risau anda keguguran, anda boleh elakkan penggunaannya.

Rujukan:
Root of Science
Rajendra Pavan, Sapna Jain, Shraddha, and Ajay Kumar. Properties and Therapeutic Application of Bromelain: A Review. Biotechnol Res Int. 2012; 2012: 976203. Published online 2012 Dec 10. doi: 10.1155/2012/976203