AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 3 December 2018

MINYAK ZAITUN VS TUMIT KAKI BERMASALAH & THYROID | Aafiyat Lifestyle


MINYAK ZAITUN VS TUMIT KAKI BERMASALAH & THYROID | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Thyroid & Tumit Kaki):

Assalamualaikum doktor. Saya ada dua masalah;

1) Minta cadangan/saranan doktor2 mengenai amalan MZ untuk pesakit thyroid.
2) Tumit kaki berasa sakit apabila pijak lebih-lebih lagi waktu pagi. Mengapakah doktor? Adakah MZ boleh hilangkan kesakitan ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam.

1) Penyakit thyroid disebabkan ketidakseimbangan rembesan hormon thyroid. Kebanyakan yang berlaku hari ini disebabkan gluten sensitivity. Elakkan makanan proses, gandum, gula putih dan susu. Amalkan MZ bermula dengan dos kecil dan SCT juga boleh diambil sekali.

2) Sakit di tumit biasanya akibat lebihan tulang yang menumbuh dipanggil bone spur (calcaneus). Ini akibat mineralisasi tulang yang berlaku secara tidak seimbang dan MZ memang sangat baik untuk masalah ini, di mana MZ membekalkan khasiat di samping membantu dalam proses inflamasi. SCT juga harus diambil sebagai bekalan mineral tubuh. Wallahu'alam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

1) Untuk masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi masalah hypo/hyperthyroid (hormon tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh doktor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik.

2) Untuk masalah sakit tumit mungkin disebabkan oleh radang selaput kaki (plantar fasciitis) atau tulang kalkaneum pada tumit yang mengalami ketumbuhan berlebihan (bony spur). Rawatan biasa ialah ubat tahan sakit dan pembedahan bagi membuang tulang yang lebih jika sakit berterusan oleh pakar ortopedik/tulang. Amalkan MZ bagi mengurangkan pergantungan kepada ubat tahan sakit dan radang selaput kaki.

MINYAK ZAITUN VS TUMIT KAKI BERMASALAH & THYROID | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.



UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

No comments:

Post a Comment