AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday 5 December 2018

MASALAH MUKA SENGET+STROK | Aafiyat Lifestyle


MASALAH MUKA SENGET+STROK | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Muka Senget+Strok):

Assalamualaikum doktor. Anak lelaki saya berumur 19 tahun, apabila bangun pagi, sebelah kanan bahagian muka tidak dapat bergerak balas seperti strok. Apabila minum air, air akan meleleh keluar tetapi tidak pada sebelah kiri. Apakah yang perlu saya lakukan? Minta nasihat doktor mengenai rawatan & pemakanan yang diperlukan?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Strok muka sebelah kanan, keadaan ini dinamakan Bell's Palsy iaitu keadaan di mana saraf kranium ke-7 gagal berfungsi. Jadi, rawatan adalah tertumpu kepada usaha untuk merangsang semula saraf ini. Proses healing akan sentiasa berlaku dalam tubuh kita. Apa yang kita perlu buat hanyalah berikan nutrisi yang baik. Elakkan makanan proses 100% dan juga elakkan gula putih, gandum dan susu komersil. Gantikan kebanyakan diet harian dengan buah-buahan. Ambillah nasi dengan kuantiti sedikit sahaja..

MZ dan SCT diamalkan (minum) dan disapu di kawasan pipi bahagian yang terlibat. Bekam juga boleh dilakukan bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Akupunktur juga boleh digunakan untuk merangsang saraf di muka kembali. Yang penting, sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah juga banyakkan taubat dan istighfar dan selepas ini haruslah bermuhasabah tentang makanan kita yang halal dan thoiyyibah Wallahu’alam.
*Nota tambahan: Bell's Palsy adalah diagnosis of exclusion bermakna pesakit haruslah diperiksa dan tiada gejala untuk kemungkinan penyakit lain seperti ketumbuhan di otak (mungkin kerap pening sebelum ini) dan lain-lain. Wallahu’alam.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Keadaan di atas dinamakan Bell’s palsy yang berlaku disebabkan bengkak saraf muka yang melalui telinga dalam (facial nerve edema). Puncanya yang mungkin ialah jangkitan virus atau hentakan ke bahagian tepi kepala. Rawatan di hospital ialah steroid selama 2 minggu bagi mengurangkan bengkak dan antivirus seperti acyclovir. Terus amalkan MZ dengan dos yang tinggi (4 sudu sehari) selama 6 bulan kerana rawatan dengan steroid hanya mampu merawat 50% kes. Bagi senget muka yang disebabkan oleh hentakan, pembedahan bagi membuka saraf muka melalui telinga diperlukan apabila steroid gagal memberi kesan.

MASALAH MUKA SENGET+STROK | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


No comments:

Post a Comment