Soalan Dari Pelanggan (Masalah Sumbing Atau Klef):
Assalamu’alaikum doktor. Soalan saya, bagaimanakah kaedah atau rawatan terbaik untuk memastikan masalah sumbing atau klef ini? Ia rekahan atau celahan pada struktur bibir atau lelangit yang kebiasaannya terjadi pada bayi atau kanak-kanak. Apakah punca terjadi masalah ini juga doktor? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Masalah sumbing bibir dan lelangit berlaku akibat kegagalan persambungan lelangit kiri dan kanan semasa di dalam kandungan. Tiada punca khusus bagi masalah tersebut. Kebiasaannya, kanak-kanak ini akan mengalami masalah penelanan makanan dan pendengaran kerana air akan naik ke bahagian hidung dan telinga. Oleh itu rawatan perlu di mulakan seawal mungkin dengan merujuk kepada pakar bedah plastik dan pakar ENT supaya pembedahan dapat di lakukan bagi membetulkan semula masalah sumbing ini secara berperingkat bermula seawal 6 bulan bagi sumbing bibir dan 2 tahun bagi sumbing lelangit.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Marilah Mengamalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House
#AafiyatLifestyle #OliveHouse
houseofquranicfoods.blogspot.com
*HOTLINE 013-461 9694*
No comments:
Post a Comment