Soalan Dari Pengguna(Masalah Panau-Kulit):
Assalammu’alaikum doktor. Saya ingin bertanya untuk kes macam ini, apa perskipsi Minyak Zaitun & Cuka Teen yang sesuai? Sakit kulit, macam panau dan kelompok-kelompok putih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Bagi masalah panau, ia adalah jangkitan kulat yang dinamakan tinea. Sapukan cuka Teen ke tempat yang bermasalah pada siang hari ataupun boleh buat mandian menggunakan cuka ditambah dengan air. Tidak perlu guna sabun sampailah panau sembuh. Yang paling penting pencegahan. Kulit sepatutnya ada sistem pertahanannya sendiri. Apabila seseorang dijangkiti panau, ini bermakna sistem itu bermasalah dan cara atasinya:
1. Jangan gunakan sabun antibakteria kerana ini bukan sahaja membunuh bakteria baik malah sesetengah bahan seperti alcohol dan triclosan merosakkan lapisan epidermis.
2) Elakkan pakai pakaian yang sama berulang kali terutamanya bila tidak cukup kering.
3) Amalkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi dengan sapuan yang sangat nipis.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Masalah jerawat/kulit panau, sifat asid Sari Cuka Teen mampu memecahkan peluh yang berkumpul di dalam liang roma dan sifat antimicrobial mampu membunuh kuman yang berkumpul di dalam peluh tersebut serta kulat/fungus yang menjadi penyebab panau.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Selamat datang ke teratak khidmat pemakanan dalam al-Quran untuk kesihatan kita. Blog ini hanyalah perkongsian ilmu, maklum balas, sahabat, teman dan kawan-kawan yang telah menggunakan dan mengamalkan produk OLIVE HOUSE. In shaa Allah, boleh kita berkongsi bersama juga mengenai gaya hidup Aafiyat Lifestyle, pemakanan sihat, natural, alami dan organik serta petua-petua perubatan yang mampu membantu pencegahan penyakit dan sebagainya. Selamat datang ke laman maya, "HOUSE of AAFIYAT LIFESTYLE"
Tuesday, 1 September 2015
Masalah Panau-Kulit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment