AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 7 September 2015

Masalah Penyakit Psoriasis-Kulit




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Psoriasis-Kulit):

Assalammu'alaikum doktor. Saya ada kawan yang menghidap penyakit psoriasis di bahagian kepala. Jadi, dari segi pengambilan minyak Zaitun bagaimana? Perlukah ditambah dengan suppliment lain? Mohon pencerahan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Untuk masalah psoriasis bahagian kepala, amalkan 2 sudu besar pati Minyak Zaitun pagi dan malam. Sapu Minyak Zaitun ke seluruh bahagian kulit kepala dan badan setiap kali selepas mandi sebelum tidur. Cuba elakkan memakan gandum, gula putih dan susu tepung. Tukar syampu yang dipakai sama ada boleh digunakan syampu buatan sendiri atau beli yang organik.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, bisul akar rambut.

Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yang terganggu. Psoriasis biasanya menyebabkan kulit bersisik (hyperkeratosis) dan radang. Ekzema pula ialah reaksi alergi kepada bahan-bahan luaran yang menyebabkan kegatalan dan bengkak. Bisul akar rambut pula disebabkan penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

Olive oil bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit. Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.

Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak. Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat - sapu, balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit. 

Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)


No comments:

Post a Comment