Assalammualaikum doktor. Apakah cara rawatan yang terbaik untuk batuk yang berterusan/berpanjangan? Pesakit pernah mengidap asma yang teruk dan setelah mengamalkan olive oil unfiltered selama 3 tahun, asmanya berhenti dalam tempoh tersebut kemudian asma serang kembali dengan cara batuk kering yang berlanjutan.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Waalaikumsalam. Rawatan terbaik untuk setiap individu adalah berbeza. Jangan berhenti mencuba petua-petua alami untuk batuk. Antaranya halia+madu, air limau+madu, asam jawa+madu dan lain-lain lagi. Apa-apa pun, batuk bukanlah penyakit ianya adalah mekanisma pertahanan badan untuk mengeluarkan bahan-bahan toksin dari tubuh. Jaga pemakanan dan akhlak seharian dan elakkan stress. Wallahua'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Waalaikumsalam. Asma berlaku akibat radang pada lapisan salur pernafasan yang menyebabkan penyempitan pada saluran tersebut menyebabkan pesakit batuk berterusan, sukar untuk bernafas dan mengalami nafas yang berbunyi (wheezing). Puncanya ialah salur pernafasan yang terlebih sensitive (hypersensitivity) pada perubahan luaran dan biasanya berangkai dengan penyakit resdung (allergic rhinitis) dan penyakit kulit (eczema) yang mana berpunca dari masalah reaksi alergi. Ianya berkaitan dengan genetik dan juga keadaan udara yang akan menentukan pada kekerapan penyakit tersebut berulang. Rawatannya bergantung kepada keseriusan symptom asma kerana ada tahap yang boleh membawa maut jika rawatan tidak optimum. Olive oil mampu mengurangkan kekerapan serangan asma melalui sifat anti-inflamasi dengan mengurangkan tahap keradangan pada salur pernafasan.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)
No comments:
Post a Comment