JUS BUAH DELIMA DAPAT
MEMBERI MANFAAT KEPADA PENYAKIT
DIABETES
03-09-2015 | Stephen
Daniells
Satu kajian baru dari Israel menunjukkan bahawa jus
buah delima dapat memberikan faedah kesihatan kepada pesakit diabetis walaupun
jus tersebut yang mengandungi kepekatan gula yang ketara.
Walaupun hasil kajian
tersebut hanya dijalankan terhadap jumlah pengguna yang kecil, akan tetapi
ianya menggalakkan pengambilan jus buah delima di United Kingdom di mana
jualannya telah melonjak naik pada tahun lepas. Penghargaan diberikan terhadap
pihak media yang membuat liputan tentang buah-buahan yang kaya dengan antioksidan
yang dapat meningkatkan kesihatan jantung. Jus buah delima juga dikatakan dapat
melindungi daripada kanser prostat dan melambatkan kehilangan tulang rawan bagi
pesakit arthritis.
Satu penemuan mengejutkan, kata ketua penyelidik,
Profesor Michael Aviram dari dari Rappaport Family for Research di Rambam
Medical Center, Haifa, Israel bahawa gula yang terkandung dalam
jus buah delima - walaupun sama dalam kandungan yang sama boleh ditemui dalam
jus buah-buahan lain – ianya tidak memburukkan penyakit diabetes (termasuk
tahap gula dalam darah) pada pesakit, malahan sebenarnya mengurangkan risiko
aterosklerosis.
'Dalam kebanyakan jus, gula hadir dengan sendirinya
– dan ianya dalam bentuk berbahaya’ jelas Aviram. Akan tetapi gula dalam jus
buah delima mempunyai antioksidan yang unik yang menjadikan gula tersebut
pelindung terhadap aterosklerosis'
Menurut British Charity, Diabetis
UK, paras glukosa yang sentiasa tinggi akan meningkatkan pembentukan
selaput dan pengerasan saluran darah (aterosklerosis) yang membawa kepada
penyakit jantung dan strok.
Penyelidikan terbaru yang diterbitkan dalam Jurnal Atherosclerosis isu
bulan Ogos jurnal (Vol 187 muka surat 363-371) melaporkan bahawa subjek yang
mengambil 50ml jus buah delima (yang mengandungi 1.5 millimoles polifenol)
pada setiap hari untuk tiga bulan mengalami pengurangan risiko untuk penyakit
aterosklerosis
10 orang pesakit diabetis tahap dua dan 10 orang
yang dikawal kesihatannya direkrut untuk tujuan kajian. Selepas tiga bulan
daripada pengambilan suplemen, penyelidik mendapati bahawa pengambilan jus buah
delima bukan sahaja tidak memberikan kesan kepada paras glukosa dalam darah,
malahan kolestrol dan trigliserida mengurangkan serum lipid peroksida dan tahap
TBARS sebanyak 56 dan 28 peratus.
Asid Tiobarniturik Bahan Reaktif (TBARS) adalah
ukuran bagi pengoksidaan kolesterol LDL, yang telah dilaporkan sebagai
sebahagian besar kepada patogenesis aterosklerosis dan seterusnya menjadi
penyebab penyakit jantung.
Ia juga dilaporkan oleh Aviram dan rakan penyelidik
bahawa apa yang dikenali sebagai sel-sel makrofaj dalam pesakit diabetis mempunyai
pengambilan pengoksidaan LDL lebih cepat berbanding pengawalan yang sihat (37
peratus lebih cepat). Akan tetapi suplemen bersama dengan jus buah delima
mengakibatkan penurunan yang ketara sebanyak 39 peratus.
‘Justeru
itu, dapat disimpulkan bahawa pengambilan jus buah delima oleh para pesakit
diabetis tidak memburukkan lagi penyakit diabetis malahan memberi kesan
anti-oksidaan pada serum dan makrofaj yang dapat menyumbang kepada pengecilan
pembangunan aterosklerosis kepada para pesakit’
No comments:
Post a Comment