AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 30 July 2015

Masalah Mata+Glaucoma



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Mata+Glaucoma):

Assalamualaikum doktor yang dikasihi. Mengenai masalah Glaucoma, adakah penyakit ini berbahaya? Saya ingin bertanya mengenai rawatan untuk penyakit ini dan bagaimanakah Quranic Food melalui MZ/SCT dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Glaucoma berlaku apabila tekanan bebola mata meningkat akibat masalah dari penghasilan serta ketidakserapan cecair di dalam bebola mata. Keadaan ini menyebabkan mata menjadi merah, sakit dan jika dibiarkan boleh menyebabkan kebutaan. Sila rujuk pakar mata (ophthalmology) bagi masalah ini. PMZ mampu mengurangkan keradangan pada saraf mata tetapi ubat titis mata khusus yang dipreskribsi oleh pakar mata perlu digunakan untuk meningkatkan kadar serapan cecair bebola mata tersebut.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit glaukoma adalah penyakit kerosakan pada saraf mata dan ada diantaranya menyebabkan tekanan di dalam bola mata menjadi tinggi. Saraf mata akan musnah sedikit demi sedikit dan penglihatan (visual field) akan menjadi sempit sedikit sehinggalah menyababkan kebutaan jika tidak dirawat. Sebagai seorang Islam, kita wajiblah mengambil sesuatu penyakit itu sebagai teguran dari Allah dan tidak hanya fokus kepada ubatan fizikal sahaja. Banyakkan beristighfar atas segala dosa-dosa dan bersyukur atas nikmat kasih sayang Allah atas pemberian penyakit. Jaga pandangan mata dari melihat yang haram terutamanya dari televisyen dan gadget lain. Pastikan sentiasa dalam berwudhuk dan minta perlindungan Allah dalam setiap perbuatan. Hidupkan hati dengan zikrullah. Ini semua adalah ubat.

Untuk ubat titis mata, boleh dibuat air madu atau titisan minyak zaitun. Digalakkan memakai celak dari ithmid asli (antimoni) setiap hari, ambil jus buah-buahan seperti lobak merah atau beri(berry). Elakkan makanan proses 100%. Lakukan bekam di bahagian kepala sebulan sekali. Insya Allah, kembalikan semuanya kepada Allah dan jaga semua hukum Allah, maka pasti dianugerahkanNya kesembuhan. Wallahu A'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

No comments:

Post a Comment