AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday, 15 April 2015

Cara Terbaik Amalan Minyak Zaitun Untuk Ibu Ketika Hamil, Selepas Bersalin, Kanak-Kanak Dan Pengamal Ubatan Hospital



Soalan Dari Pelanggan(Cara Terbaik Amalan Minyak Zaitun Untuk Ibu Ketika Hamil, Selepas Bersalin, Kanak-Kanak Dan Pengamal Ubatan Hospital):

Assalamu'alaikum doktor. 

1) Berapakah dos minyak zaitun yang boleh diamalkan kepada ibu yang mengandung, ibu yang baru bersalin dan anak yang mula umur 2,3,4 tahun?

2) Bagaimana pula kepada pengamal yang ada makan pelbagai ubat dari hospital, seperti ubat darah tinggi, jantung, dan lain-lain?


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam.

1) Secara umum, Minyak Zaitun(MZ), Sari Cuka Teen(SCT) atau segala makanan sunnah adalah makanan dan bukannya ubat. Namun disebabkan badan manusia hari ini kekurangan khasiat maka apabila khasiat ini diberikan semula maka sakitnya automatik sembuh.

Maka soal dos adalah tidak penting kerana ia adalah lebih bergantung kepada cara pemakanan seharian individu itu. Kalau memang pemakanannya sihat maka, 2 sudu besar adalah mencukupi bagi MZ tetapi kalau seharian hanya makan processed food maka wajib dosnya diperbanyakkan.

Namun secara umum,
1) Ibu mangandung: 2 sudu besar pagi dan malam.
2) Ibu menyusu: 2 sudu besar 3x sehari.
3) Kanak-kanak: Sebagai daily supplementation 1 sudu kecil setiap pagi dan boleh ditambah mengikut kesesuaian.

2) Bagi pengamal dadah tegar, haruslah dinasihatkan memilih rawatan mana yang hendak dicuba. Saya tidak mengalakkan percampuran ubatan kimia sintetik dan makanan sunnah yang suci lagi mulia kerana apabila berlaku tidak balas, makanan sunnah selalu dipersalahkan dan ini menyebabkan dosa dan bersangka buruk dengan ciptaan Allah S.W.T. Hendaklah kita mengetahui bahawa doktor tidak pernah belajar ilmu pemakanan secara detail dan doktor juga tidak belajar ilmu tumbuh-tumbuhan.

Malah doktor diajar yang tumbuhan mempunyai bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati maka atas apa-apa jua yang akan terjadi pastilah doktor akan menyalahkan apa-apa jua ubatan lain yang diambil oleh pesakitnya dan menutup mata kepada kemudaratan dari dadah.

Jadi, kesimpulannya elakkanlah percampuran ubatan kimia sintetik dan produk kita.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. 

Olive oil dan fig vinegar untuk wanita mengandung.

Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan kedua-dua bahan ini berbahaya kepada wanita mengandung mahupun bayi yang dikandung. Senarai bahan yang perlu dielakkan semasa mengandung oleh American Pregnancy Association tidak menyenaraikan kedua-dua bahan ini sebagai berbahaya.

Olive oil & fig vinegar sangat membantu menghilangkan loya (morning sickness) dan sembelit yang sering dialami oleh wanita bersalin.


Sumber: Olive House Medic & Business.

Friday, 10 April 2015

Cara Terbaik Mengamalkan Pati Minyak Zaitun



Soalan Dari Pelanggan(Apakah Cara Terbaik Mengamalkan Minyak Zaitun):

Assalamu'alaikum doktor. Bagaimana cara penggunaan Pati Minyak Zaitun yang terbaik? Terutamanya bagi pesakit darah tinggi, gout, darah rendah?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. 
Penggunaan MZ yang terbaik:

Orang Greece secara purata mengambil MZ seorang sebanyak 2 Litre sebulan. Jadi, kita di negara khatulistiwa mungkin boleh cuba sampai 1 Litre ke 1.5 Litre. Gunakan dalam apa jua masakan. Kalau tiada guna dalam masakan. Ambillah pure. Pagi dan malam. Sabar dengan healing effect dan istiqamahkan. InsyaAllah, akan ada perubahan, hanya Allah sebagai penyembuh dan kita usaha ikut caranya.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya  organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan MZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.



Sumber: Olive House Medic & Business.

Friday, 3 April 2015

Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak boleh mengamalkan cuka buah Teen? Mengapakah?




Soalan Dari Pelanggan(Bolehkah Sakit Buah Pinggang & Gastrik Amal Cuka Teen?):

Assalamu'alaikum doktor. Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak boleh mengamalkan cuka buah Teen? Mengapakah?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Cuka buatan dibuat hasil tindakbalas metanol (hasil petroleum) dan gas karbon monoksida. Inilah asid asetik yang digunakan sebagai pelarut dalam industri. Ianya jugalah yang dicairkan pada kepekatan tertentu dan dijadikan cuka makan (kononnya tidak memudaratkan).

Beza yang paling besar adalah ia berasal bukan dari sumber makanan. Badan kita bukan macam tong kosong. Masuk potassium/kalium bukan semua duduk dalam darah. Badan kita ini sistem umpama kilang kimia yang sangat kompleks. Sel kita sangat spesifik dan hanya menerima molekul yang spesifik untuknya sahaja. Sel kita hanya akan utilise makanan dan akan buang non-food material. Buang means ia akan duduk dalam darah dan menunggu untuk dikumuhkan. Bekam will help with it.

Untuk dos pengambilan, ikut kesesuaian bermulakan dengan dos rendah dahulu, kemudian naikkan berkala.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

Buah Pinggang:


Fig vinegar(Cuka Teen) bagi pesakit buah pinggang (Chronic kidney disease).

Fungsi buah pinggang ialah untuk menyingkirkan toksin dan garam elektrolit berlebihan. Kerosakan organ ini menyebabkan kadar toksin dan elektrolit akan tinggi di dalam darah dan boleh mengganggu ritma degupan jantung (cardiac arrythmia) yang membawa kematian.

Pastikan kadar potassium/kalium di dalam darah pesakit buah pinggang berada di paras rendah atau normal kerana kadar potassium di dalam fig vinegar adalah hampir tinggi. Perkara yang sama juga perlu diperhatikan sebelum mengambil makanan yang tinggi potassium seperti pisang, bayam, kentang, yogurt dan aprikot.

Gastritis/Gastrik:


Gastritis ataupun di sebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut disebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan. Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus.

Olive oil membantu membentuk selaput  pada lapisan perut yang terlibat  seterusnya menghalang hakisan. Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.

Fig vinegar-Acetic acid yang terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan. Ambil Cuka Teen bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami, amalkan MZ & SCT bersama segelas susu.

Sumber: Olive House Medic & Business.






Thursday, 2 April 2015

Kenapa Mesti Amal Buah Teen Separa Segar?



Soalan Dari Pelanggan(Kenapa Mesti Amal Buah Teen Separa Segar?):

Assalamu'alaikum doktor. Kenapakah buah teen kering/separa segar perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari walaupun satu biji? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Buah Teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah S.W.T. ini. Kalau dilihat, buah Teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat pada buah dan biji kerana buah-buahan dan biji-bijian yang Allah S.W.T. sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).

Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi buah Teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan pelbagai lagi komponen fitokimia.

Ia bukan sahaja makanan, malah suatu "ubat" yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser, antibakteria, antifungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil buah teen setiap hari?  

Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda, universiti tempatan dan antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun Teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB (tuberculosis), membunuh virus herpes, merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Khasiat dan manfaat buah Teen:

1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah Teen membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

2. Buah Teen kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti). 

3. Daun dari tanaman Teen memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon Teen dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah suntikan insulin.

4. Kandungan Coumarin pada buah Teen dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.

5.  Tryptophan, dalam buah Teen menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

6. Makan buah Teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.

7. Serat larut yang terdapat pada buah Teen disebut Pektin, dalam buah Teen membantu dalam mengurangkan kolesterol darah.

8. Bila diterapkan pada kulit, buah Teen dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti nanah dan bisul.

9. Kadar air yang tinggi di dalam buah Teen bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

10. Buah Teen kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

 11. Buah Teen kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen dan Virus dalam tubuh manusia.


Sumber: Olive House Medic & Business.








Friday, 20 March 2015

Maklum Balas Pelanggan: Anemia Dan Fybroid



Maklum Balas Pelanggan: Anemia Dan Fybroid

*Daripada NOORAILIN BINTI SULAIMAN (019-2570463)

"Setelah mengamalkan secara istiqamah pati Minyak Zaitun, penyakit Anemia semakin berkurangan, semakin bertenaga dan semakin ceria. Fybroid jugak semakin mengecil dan doktor tidak jadi melakukan pembedahan."

Thursday, 19 March 2015

Maklum Balas Pelanggan: Luka Tersepit Rim Basikal



Maklum Balas Pelanggan: Anak Umur 3 Tahun Terkepit Sendi Kaki Pada Rim Basikal

*Daripada CHE KU ZAILLAH BINTI CHE KU ABDULLAH (Tiada No. Tel)

"Berlaku waktu malam selepas Isyak, terus sapu minyak zaitun dan keesokannya kelihatan sudah kering pada kesan luka. Tapi masih bengkak. Bila jumpa tukang urut, dia kata luka kering elok, kaki pun tak melarat lagi sakitnya. Setiap malam, sapu ke kaki anak. Dalam 2 ke 3 minggu boleh berjalan seperti biasa cuma tidak boleh hendak berlari lagi. Kini, Alhamdulillah sihat."