Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Anxiety Disorder):
Assalamu’alaikum doktor. Bagaimana dengan masalah orang yang mengidap ANXIETY DISORDER? Mohon pencerahan rawatan melalui pemakanan Quranic Food juga doktor.
Assalamu’alaikum doktor. Bagaimana dengan masalah orang yang mengidap ANXIETY DISORDER? Mohon pencerahan rawatan melalui pemakanan Quranic Food juga doktor.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Anxiety disorder
adalah keadaan di mana perasaan selalu dalam keadaan resah sahaja, gelisah,
takut, berdebar-debar. Sekiranya keadaan ini berlaku pada masa-masa yang patut
contohnya ketika menghadapi temuduga atau ketika menyampaikan ceramah, ini
adalah perkara biasa. Namun, jika ianya berlaku secara berlebih-lebihan maka ia
adalah penyakit.
Omega-3 dalam pati minyak zaitun sangat membantu masalah anxiety ini. Proses pengubatan hendaklah dimulai dengan dos rendah
dan seterusnya dinaikkan perlahan-lahan. Amalkan pati cuka teen selepas makan
dan sebelum tidur.
Antara petua lain seperti, minum susu badam. Urutan dengan minyak zaitun (yang dipanaskan) sebelum mandi dan sebelum tidur. Minyak habbatus sauda, minyak bijan, minyak kelapa juga boleh digunakan. Minum teh pegaga atau teh rosemary. Paling penting selalu ingat dan harap pada Allah S.W.T kerana DIAlah yang selalu mengawasi kita.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Anxiety (Kegugupan) merupakan keadaan biasa bagi individu yang menghadapi suasana yang baru dan tidak mampu dikawal. Keadaan ini, jika menyebabkan ketegangan dan tekanan, ianya tidak normal. Pesakit memerlukan kekuatan jiwa dan teman yang memahami. Rujuk pakar psychiatry (jiwa) jika menyebabkan tindakan luar kawal agresif, rujuk pakar jiwa agama bagi memastikan tiada unsur jin yang mengganggu.