AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday, 20 May 2015

Masalah Penyakit Anxiety Disorder




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Anxiety Disorder):

Assalamu’alaikum doktor. Bagaimana dengan masalah orang yang mengidap ANXIETY DISORDER? Mohon pencerahan rawatan melalui pemakanan Quranic Food juga doktor.



Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Anxiety disorder adalah keadaan di mana perasaan selalu dalam keadaan resah sahaja, gelisah, takut, berdebar-debar. Sekiranya keadaan ini berlaku pada masa-masa yang patut contohnya ketika menghadapi temuduga atau ketika menyampaikan ceramah, ini adalah perkara biasa. Namun, jika ianya berlaku secara berlebih-lebihan maka ia adalah penyakit.

Omega-3 dalam pati minyak zaitun sangat membantu masalah anxiety ini. Proses pengubatan hendaklah dimulai dengan dos rendah dan seterusnya dinaikkan perlahan-lahan. Amalkan pati cuka teen selepas makan dan sebelum tidur.

Antara petua lain seperti, minum susu badam. Urutan dengan minyak zaitun (yang dipanaskan) sebelum mandi dan sebelum tidur. Minyak habbatus sauda, minyak bijan, minyak kelapa juga boleh digunakan. Minum teh pegaga atau teh rosemary. Paling penting selalu ingat dan harap pada Allah S.W.T kerana DIAlah yang selalu mengawasi kita.




Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Anxiety (Kegugupan) merupakan keadaan biasa bagi individu yang menghadapi suasana yang baru dan tidak mampu dikawal. Keadaan ini, jika menyebabkan ketegangan dan tekanan, ianya tidak normal. Pesakit memerlukan kekuatan jiwa dan teman yang memahami. Rujuk pakar psychiatry (jiwa) jika menyebabkan tindakan luar kawal agresif, rujuk pakar jiwa agama bagi memastikan tiada unsur jin yang mengganggu.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday, 12 May 2015

TERIMA KASIH #OLIVIE PLUS!



TERIMA KASIH #OLIVIE PLUS! 

PATI MINYAK ZAITUN YANG SANGAT MENAKJUBKAN!

MAKANAN YANG BAIK UNTUK RAWATAN TUBUH!

Inovasi yang sebenar untuk melawan radikal bebas adalah melalui kaedah semula jadi dan beribu-ribu tahun telah lama digunakan. Sekarang, terima kasih kepada #OLIVIE Plus 30x kerana semua orang boleh mendapat manfaat daripadanya.

Penyelidikan perubatan dan saintifik telah menunjukkan bahawa radikal bebas adalah punca utama tekanan oksidatif. Mereka menyebabkan kerosakan sel yang boleh menyebabkan radang dan gangguan kardiovaskular, manakala, di bawah syarat-syarat tertentu, boleh bertukar menjadi patologi yang serius.

Pada masa kini, tidak ada orang yang terkecuali daripada risiko-risiko ini. Akibat pencemaran dan kaedah pengeluaran yang tidak baik, alam sekitar kita terdedah kepada tekanan oksidatif berbahaya disebabkan oleh radikal bebas.

#OLIVIE Plus 30x adalah jawapan semula jadi dan berkesan untuk pengoksidaan sel. Pemakanan #OLIVIE Plus 30x adalah hanya satu makanan yang berfungsi sangat baik dan amat kaya dengan polifenol zaitun dengan kuasa antioksidan yang tinggi dan asid lemak yang baik. #OLIVIE Plus 30x adalah jawapan yang paling semulajadi dan berkesan kepada pengoksidaan sel.

Kepekatan polifenol yang luar biasa dan eksklusif adalah disebabkan oleh syarat-syarat khas di mana pokok-pokok zaitun yang ditanam. Kurang air dan padang pasir berbatu sehingga memaksa tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan kepekatan yang sangat tinggi antioksidan untuk terus hidup. Dengan bahan-bahan semula jadi aktif, #OLIVIE Plus 30x hari ini adalah inovasi sebenar mampu untuk melawan radikal bebas berlebihan bagi mengembalikan keseimbangan tubuh badan kepada normal semula.

#OLIVIE Plus 30x, daily health and beauty for the entire family. Protect yourself 100% naturally!

MULAKAN SEKARANG UNTUK ANDA DAN KELUARGA ANDA!

ZAHIRKAN KEHIDUPAN YANG SEMULAJADI!!




Sumber: www.olivie.ma

Monday, 11 May 2015

Masalah Penyakit Kayap



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Kayap): Assalamualaikum doktor. Masalah penyakit kayap, bagaimanakah rawatannya dengan amalan MZ & SCT? Bagaimana dengan dosnya? Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Penyakit kayap dalam bahasa perubatan dipanggil herpes zoster ataupun shingles. Ia adalah akibat virus chicken pox yang mendiami tubuh secara senyap selepas jangkitan chicken pox. Virus ini tidak dikalahkan sepenuhnya dan mendiami sel saraf, bila imuniti rendah atau virus hebat membahagi maka muncullah kayap. Kayap adalah menyakitkan. Pada peringkat awal, boleh diletakkan daun mambu yang ditumbuk lumat dan MZ diminum. Bila lesi kering sedikit, bolehlah disapu MZ pada lesi. Untuk tahan sakit, bolehlah dibuat air lengkuas+madu dan diminum. Wallahu’alam. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa’alaikumsalam. Jangkitan virus herpes zoster melalui saraf ini berlaku apabila imuniti badan rendah. Rawatan ialah dengan meningkatkan daya ketahanan badan melalui MZ, SCT dan madu yang terbukti meningkatkan penghasilan sel-sel pertahanan badan serta sifat anti-mikrobial yang mampu melemahkan virus.


Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 6 May 2015

HYDROXYTYROSOL: Powerful Polyphenol Naturally



*HYDROXYTYROSOL*

(Powerful Polyphenol
Naturally)

Apakah Hydoxytyrosol ??

*Adalah superstar antioksidan 
yang ada dalam pati Minyak 
Zaitun yang mana kandungannya
melebihi 10 kali ganda dari TEH 
Hijau.

*Fungsinya adalah melindungi
sel-sel tubuh badan dari 
mengalami kecederaan.


Sumber: http://www.olivie.ma

Thursday, 30 April 2015

Amal Minyak Zaitun Tiada Kesan Apa-Apa



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Amal Minyak Zaitun Tiada Kesan Apa-Apa):

Assalamua'alaikum doktor. Ada soalan dari pengguna, mohon pengkongsian, saya telah mengamalkan olive oil tapi tiada apa-apa perubahan. Skin sangat kering. Kenapa ya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Minyak Zaitun(MZ) amat sesuai untuk kulit yang kering dengan mengembalikan kelembapan kepada kulit dari dalam. Untuk luaran, boleh dicuba dengan sapuan nipis dan dilihat respon kulit sebelum diamalkan secara berterusan.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Apa masalah dia sebelum ambil MZ? Apa yang tiada perubahan itu? Skin kering, kena tahu habit sama ada suka guna losyen ke.. hand sanitizer ke.. dan lain-lain.


Sumber: Olive House Medic & Business