Assalamu’alaikum. Nak tumpang tanya sikit, kalau bayi usia 1 minggu mengalami masalah jantung berlubang, apakah cara pemakanan minyak zaitun? Bagaimana?
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Jantung berlubang kanak-kanak biasanya melibatkan septum (pembahagi jantung) dan ini menyebabkan percampuran darah beroksigen dan berkarbon-dioksida. Sel tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Kesan jangka panjang ialah kelemahan jantung kerana terpaksa mengepam darah 2 kali ganda kerana darah u-turn melalui septum yang bocor. Rawatan doktor, jika kebocorannya kecil, hanya ulang echocardiogram, tunggu dan lihat ia tertutup sendiri bila bertambah usia. Jika besar kebocorannya yang membawa kepada sesak nafas, maka pembedahan diperlukan. Bagi kebocoran kecil, boleh dicadangkan MZ yang bertindak merendahkan tekanan darah seterusnya merehatkan kadar tekanan jantung. Ini mempercepatkan proses penutupan jantung berlubang.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Masalah jantung berlubang biasanya memerlukan pembedahan namun ada juga kes-kes dimana lubang tertutup secara sendiri. Pada saya, yang paling penting adalah penyusuan susu ibu dan ibu harus mengambil superfood (Quranic Food) dalam amaun yang banyak agar khasiat ini dapat disalurkan melalui susu. Kalau ingin mengamalkan MZ, bolehlah dicuba dengan menyapu ke seluruh anggota badan dari hujung rambut ke hujung kaki setiap kali selepas mandi. Selepas seminggu boleh cuba diberikan setitik ke dalam mulut bayi. Boleh dikerapkan kepada 3 kali sehari. Teruskan pemeriksaan dengan doktor untuk melihat progress penyakit.
Sumber: Olive House Medic & Business.