AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 11 June 2015

Masalah Thyroid



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Thyroid):

Assalamualaikum doktor. Saya ada masalah dan minta cadangan/saranan doktor2 mengenai amalan MZ untuk pesakit thyroid.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi masalah hypo/hyperthyroid (hormon tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh doktor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit thyroid disebabkan ketidakseimbangan rembesan hormon thyroid. Kebanyakan yang berlaku hari ini disebabkan gluten sensitivity. Elakkan makanan proses, gandum, gula putih dan susu. Amalkan MZ bermula dengan dos kecil dan SCT juga boleh diambil sekali.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 10 June 2015

TIGA Kemestian Pati Minyak Zaitun Olive House




Extra Virgin Olivie Oil #OLIVEHOUSE ialah pati minyak Zaitun yang mempunyai kualiti terbaik!

1. Extra Virgin

"Mechanically Cold Pressed" bermaksud proses penghasilan pati minyak zaitun yang dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan. Minyak yang terhasil ini dikenali Extra Virgin.

2. Tidak Ditapis

Pati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "Poliphenols". Kandungan ini mampu melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria. Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens, chlorophylis dan anthocyanin.

3. Tidak Bercampur

Pada tahun 1996, FDA telah membuat kajian dan mendapati 96% pati minyak zaitun yang diuji dan dilabel 100% minyak zaitun asli, hakikatnya bercampur dengan minyak sayuran yang lain.

*Harga Runcit:
RM 39.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 44.90 (Sabah/Sarawak)

Sumber: FB Page ---> Asy-Syakirin Enterprise 

Masalah Bayi Jantung Berlubang



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Bayi Jantung Berlubang & MZ):

Assalamu’alaikum. Nak tumpang tanya sikit, kalau bayi usia 1 minggu mengalami masalah jantung berlubang, apakah cara pemakanan minyak zaitun? Bagaimana?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Jantung berlubang kanak-kanak biasanya melibatkan septum (pembahagi jantung) dan ini menyebabkan percampuran darah beroksigen dan berkarbon-dioksida. Sel tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Kesan jangka panjang ialah kelemahan jantung kerana terpaksa mengepam darah 2 kali ganda kerana darah u-turn melalui septum yang bocor. Rawatan doktor, jika kebocorannya kecil, hanya ulang echocardiogram, tunggu dan lihat ia tertutup sendiri bila bertambah usia. Jika besar kebocorannya yang membawa kepada sesak nafas, maka pembedahan diperlukan. Bagi kebocoran kecil, boleh dicadangkan MZ yang bertindak merendahkan tekanan darah seterusnya merehatkan kadar tekanan jantung. Ini mempercepatkan proses penutupan jantung berlubang.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah jantung berlubang biasanya memerlukan pembedahan namun ada juga kes-kes dimana lubang tertutup secara sendiri. Pada saya, yang paling penting adalah penyusuan susu ibu dan ibu harus mengambil superfood (Quranic Food) dalam amaun yang banyak agar khasiat ini dapat disalurkan melalui susu. Kalau ingin mengamalkan MZ, bolehlah dicuba dengan menyapu ke seluruh anggota badan dari hujung rambut ke hujung kaki setiap kali selepas mandi. Selepas seminggu boleh cuba diberikan setitik ke dalam mulut bayi. Boleh dikerapkan kepada 3 kali sehari. Teruskan pemeriksaan dengan doktor untuk melihat progress penyakit.

Sumber: Olive House Medic & Business.



Tuesday, 9 June 2015

Masalah Nephrocalcinosis/Ginjal



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ginjal): Assalamualaikum doktor. Saya menghidap penyakit nephrocalcinosis. Doktor memaklumkan buah pinggang saya mengeras tetapi setelah ujian darah dibuat, kalsium saya normal dan tiada protein di dalam urin saya. Saya telah mengambil minyak zaitun dan cuka buah teen. Bagaimanakah kedua-dua produk ini boleh membantu untuk penyembuhan buah pinggang saya. Pada masa sekarang, saiz buah pinggang saya masih normal. Terima kasih. Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Nephrocalcinosis adalah penyakit di mana tisu parenkima buah pinggang mengeras akibat deposit garam kalsium. Berkemungkinan pesakit mempunyai masalah gangguan hormon yang menyebabkan gangguan dalam kawal atur mineral. Sila elakkan semua bahan kimia dalam makanan dan berbekam 2 minggu sekali pada titik sunnah dan diulang pada titik renal. Ganti ubat gigi dengan kayu sugi atau campuran soda bikatbonat+minyak kelapa dara+peppermint oil. Jangan minum sebarang air berkarbonat atau minuman tenaga yang ditambah elektrolit tiruan. InsyaAllah masalah tuan akan berkurangan dan tidak menjadi semakin teruk. Wallahu a'lam. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa'alaikumsalam. Nephrocalcinosis berpunca dari pemendakan calcium di dalam sel-sel buah pinggang menyebabkan ianya mengeras dan tidak berfungsi sebagai penapis dengan baik. Puncanya dikatakan dari kadar calcium yang tinggi di dalam darah dan kebiasannya, doktor membantu dengan rawatan untuk merendahkan kadar tersebut. Fokus kepada pemakanan Quranic Food yang dapat membantu menstabilkan kadar hormon yang terlibat di dalam hemostasis kadar kalsium serta mengelakkan pemendakan bahan tersebut di dalam organ tubuh badan. Sumber: Olive House Medic & Business.

Friday, 29 May 2015

Masalah Penyakit VERTIGO



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit VERTIGO): Assalamualaikum doktor. Saya hanya hendak bertanyakan tentang penyakit "VERTIGO" memandangkan saya ada di diagnosis mengidap VERTIGO ini dengan simptom pening kepala, ketidakseimbangan badan, fikiran terasa kebingungan dan kegelisahan/panik yang melanda secara tiba-tiba. Adakah MZ dan produk OH lain boleh membantu menangani penyakit VERTIGO ini. Terima kasih. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa’alaikumsalam. Vertigo berpunca sama ada dari saraf vestibular yang bersambung dengan telinga ataupun masalah pada serebelum/pangkal otak. Vertigo datang dalam bentuk perasaan keadaan sekeliling berpusing dan biasanya akan berhenti sendiri dalam masa beberapa minit. Simptomnya lebih teruk dan lama jika melibatkan masalah pangkal otak (cerebellar abscess, tumour). Pemeriksaan CT scan akan dibuat jika vertigo tersebut dijangka berpunca dari pangkal otak. Jika vertigo berpunca dari saraf keseimbangan telinga, kebiasaannya ubat Betahistine yang memperbaiki perjalanan darah ke organ tersebut akan diberi oleh doktor. Pesakit juga akan dirujuk kepada fisioterapi untuk vestibular rehabilitation. MZ sangat membantu bagi mengurangkan radang saraf vestibular seterusnya mengurangkan serangan vertigo. Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Vertigo merujuk kepada keadaan pesakit merasa seakan-akan alam sekelilingnya berpusing ataupun dia yang berpusing. Ianya biasanya disebabkan oleh penyakit yang berkenaan dengan bahagian telinga dalam di mana terdapat organ salur separuh bulat dan vestibule yang menjaga keseimbangan. Ianya boleh disebabkan jangkitan, gangguan saraf atau gangguan hormone-hormon seperti asetilkolin, GABA, dopamin, histamine dan serotonin. Minyak zaitun boleh membantu dan anda patut berbekam untuk kembalikan keseimbangan tubuh dan menjaga makanan seharian. Elakkan penggunaan shampoo biasa dan mandian biasa, gantikan dengan yang alami seperti soapnut, jenama Moogoo, atau lain-lain jenama organik yang lain tanpa SLS, ALS, phalates,glycol dan paraben. Wallahu A'lam. Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 27 May 2015

Masalah Fibroid



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Fibroid):

Assalammu'alaikum doktor. Saya ada fibroid dan bercadang kecutkan fibroid dengan mengamalkan produk Olive House tetapi saya tidak tahu caranya. Untuk pengetahuan, saya ada beli cuka buah teen dan minyak zaitun Olive House yang berharga RM39.90 ini. Mohon bagitahu cara yang betul amalan pemakanannya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pertama sekali, hendaklah difahami apa itu fibroid atau nama lainnya leiomyoma. Ia adalah sejenis ketulan yang terjadi di kawasan otot licin dinding rahim. Punca sebenar masih belum diketahui oleh sains moden namun apa yang logik, ia adalah akibat paras hormon yang tidak seimbang menyebabkan pembahagian sel terganggu dan pembentukan sel yang kurang sempurna berlaku. Rahim atau uterus adalah organ yang sangat penting bagi wanita dan seharusnya dipelihara dengan baik dan teliti. Sebagai langkah pertama puan haruslah menukar semua alatan penbersih seperti sabun, shampoo, losyen kepada jenama organik kerana banyak bahan kimia merbahaya dalam produk yang kebanyakannya ada di pasaran yang bertindak sebagai xenoestrogen ataupun estrogen sintetik bila masuk ke dalam tubuh. Alatan memasak juga haruslah menggunakan stainless steel atau cast iron yang kukuh. Elakkan menggunakan aluminium pot atau teflon coated pan yang sebenarnya merembeskan bahan merbahaya bila bertindakbalas dengan haba. Bekas bekas plastik juga harus dipastikan BPA free atau sebaik-baiknya menggunakan glassware. Makanan yang boleh membantu keseimbangan hormon adalah madu asli yang diambil secara terus tanpa air, ambil 1 sudu besar 2 kali sehari sebelum makan. Jus delima sekali sehari (boleh dibuat sendiri atau beli jus yang organik tanpa bahan pengawet atau xanthan gum), Kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari (direndam dalam air suhu bilik semalaman, dan keesokannya diminum). Minyak zaitun ambil seperti biasa secara asing atau dicampur dengan makanan. Sari cuka teen boleh dibuat sebagai minuman selepas makan, 2 kali sehari. Harus diingat , niat kena dibetulkan setiap kali mengambil makanan dan ubat kerana penyakit adalah ujian dari Allah, maka hak Allah juga sama ada untuk memberi kesembuhan atau terus melatih kesabaran kita. Apa yang paling penting usaha kesembuhan wajiblah kepada ubatan yang halal dan thoiyyibah kerana Allah tidak menurunkan kesembuhan dalam perkara haram. Wallahu A'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Fibroid merupakan ketumbuhan pada rahim yang tidak berbahaya selama mana saiznya tidak membesar seterusnya menekan organ-organ lain atau menghalang proses mengandung. Ianya bergantung kepada hormon estrogen untuk membesar. Langkah pertama ialah mengelakkan sebarang makanan proses terutamanya ayam yang disuntik hormon serta dapatkan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan saiz fibroid tersebut tidak berisiko. Jika doktor tidak mencadangkan pembedahan, amalkan PMZ dan SCT sebagai ikhtiar untuk menstabilkan kadar hormon estrogen di dalam badan seterusnya mengecilkan saiz fibroid tersebut.

Sumber: Olive House Medic & Business.