AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 19 June 2015

Masalah Kulit Kering



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kulit Kering+MZ):

Assalamualaikum. Adakah pati minyak zaitun sesuai disapukan ke kulit wajah sensitif sebelum tidor? Bagaimana caranya? Adakah perlu menggunakan campuran bahan lain?

*Nota kecil: Saya ada sapu pada wajah tetapi kulit saya jadi kering dan mengelupas. Sekarang ini saya minum pagi dan malam baru saja amal mula 1 Jun lepas. Puasa ini saya minum cuma minum selepas waktu berbuka hingga sahur sebelum saya juga pernah guna produk kosmatik. Dulu kulit saya mengalami iritasi juga (kering & mengelupas) sebab jenis kulit sensitif. Bila saya gunakan sabun minyak zaitun, beransur baik tapi kulit masih menghadapi masalah kekeringan. Jadi, saya cuba sapukan pati minyak zaitun ke wajah sebelum tidur. Mula2 ok, kulit nampk lembab & segar setiap kali bangun tidur tapi sekarang mula tunjukkan mengelupas dan kering di area tepi mulut dan tepi hidung. InshaAllah, saya akan kekalkan minum minyak zaitun tapi sapu dimuka mungkin terpaksa diberhentikan dulu? Mohon pencerahan dan cadangan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. MZ memang sesuai disapu dimuka terutamanya sebelum tidur. Pastikan muka dicuci terlebih dahulu dengan pencuci tanpa bahan kimia. Elakkan juga memakai alat solek kerana mungkin saki-baki alat solek yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyumbat pori dan ini akan menyebabkan jerawat. Penggunaan MZ seterusnya akan bertindak mengeluarkan sisa-sisa ini. Pemakanan juga hendaklah dijaga dan perlu hentikan tabiat makan makanan proses.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. MZ amat sesuai untuk kulit yang kering dengan mengembalikan kelembapan kepada kulit dari dalam. Untuk luaran, boleh dicuba dengan sapuan nipis dan dilihat respon kulit sebelum diamalkan secara berterusan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 17 June 2015

Punca Sebenar PENYAKIT JANTUNG!



[MESTI BACA!] PUNCA SEBENAR PENYAKIT JANTUNG (Dr. Dwight Lundell):

Dr. Dwight Lundell merupakan pakar bedah yang berpengalaman selama 25 tahun dan telah melakukan lebih dari 5,000 pembedahan jantung. Fakta yang menyatakan penyakit jantung berpunca daripada kolesterol yang tinggi di dalam darah adalah salah dan tidak benar. Preskripsi ubat yang dapat merendahkan kadar kolesterol dan pengambilan lemak yang terhad di dalam diet harian adalah amalan yang dicadangkan bagi mengurangkan kolesterol dan penyakit jantung. Malangnya, amalan ini sebenarnya tidak berfungsi.

Fakta Sebenar:

1. Walaupun 25% penduduk mengambil ubat statin yang mahal dan mengurangkan pengambilan kandungan lemak dalam pemakanan harian, tetapi lebih ramai rakyat Amerika mati setiap tahun berbanding pada tahun-tahun sebelumnya disebabkan penyakit jantung.

2. Statistik daripada ‘American Heart Association’ menunjukkan 75 juta rakyat Amerika kini mengalami penyakit jantung, 20 juta menghidap diabetes, dan 57 juta mempunyai pra-diabetes.

3. Penemuan sebenar menunjukkan keradangan di dalam dinding arteri adalah punca sebenar penyakit jantung, bukan disebabkan kolesterol yang tinggi.

4. Kolesterol tidak akan berkumpul pada dinding salur darah jika tidak berlaku keradangan terlebih dahulu.

Keradangan:

Merupakan kesan semulajadi yang menunjukkan badan bertindak balas dengan baik terhadap benda asing seperti bakteria, toksin, atau virus. Keradangan akan menjadi lebih kronik jika badan terlalu terdedah kepada toksin dan pengambilan makanan yang tidak dapat diproses oleh badan akhirnya akan menyebabkan inflamasi yang teruk. Pengalaman selama 25 tahun membuat pembedahan melebihi 5,000 pesakit yang mengalami masalah jantung, semuanya mempunyai persamaan iaitu mengalami keradangan di dalam arteri.

Punca-Punca:

1. Radang pada salur darah berpunca daripada diet rendah lemak yang disyorkan pakar perubatan arus perdana sejak betahun lamanya.

2. Pengambilan produk makanan ringkas dan diproses seperti gula putih dan tepung, serta penggunaan minyak sayuran Omega-6 seperti kacang soya, jagung, dan bunga matahari secara berlebihan.

Kesan Buruk:

• Penyakit jantung
• Strok
• Kencing manis
• Obesiti


‘Sweet roll’ Dan Keradangan Salur Darah:

Mempunyai kadar gula yang tinggi malah dibakar dengan Omega-6 yang banyak yang berperanan untuk memanjangkan jangka hayatnya. Apabila paras gula tinggi di dalam darah, sebagai tindak balas, pankreas akan merembeskan insulin bagi membawa gula ke dalam setiap sel dan disimpan sebagai tenaga. Jika sel telah menyimpan tenaga dengan cukup dan tidak lagi memerlukan glukosa, ia akan mengelakkan gula tambahan daripada disimpan serta mengganggu sistem badan.

Gula dikawal dalam keadaan yang sangat sedikit di dalam darah. Lebihan gula lain akan melekat pada protein dan mencederakan dinding saluran darah yang akhirnya membawa kepada masalah keradangan pada dinding salur darah.

Omega-6:

1. Berperanan mengawal apa yang keluar dan masuk di dalam sel-sel badan tetapi perlu diseimbangkan dengan Omega-3.
2. Nisbah optimum bagi Omega-6 dan Omega-3 ialah 3:1.
3. Jika Omega-6 berlebihan, membran sel di dalam badan akan menghasilkan ‘cytokines’ yang secara langsungnya akan menyebabkan keradangan.

Langkah Pencegahan:

1. Mengamalkan karbohidrat yang sangat kompleks seperti buah-buahan dan sayuran.
2. Mencegah pengambilan Omega-6 secara berlebihan atau makanan proses yang diperbuat daripadanya.
3. Amalkan minyak zaitun asli atau mentega hasil dari daging lembu yang hanya diberi rumput sebagai makanan dalam diet harian.

Kesimpulannya, kolesterol bukan penyebab penyakit jantung. Jadi, kebimbangan terhadap lemak tepu adalah tidak masuk akal.

Sumber: http://www.olivehouse.my





Masalah Keguguran Rambut



Soalan Dari Pengguna(Masalah Keguguran Rambut):

Assalamualaikum. Saya nak tanya, ada tak penyelesaian untuk masalah keguguran rambut yang agak teruk sehingga menampakkan kulit kepala? Adakah MZ dan SCT ada khasiat untuk rambut gugur?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bisul akar rambut;

Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yang terganggu. Bisul akar rambut terjadi disebabkan penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

Olive oil bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit. Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.

Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya, fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak.

Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat, sapu, balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Minyak Zaitun memang terbaik untuk rambut gugur. Minum 2 sudu pagi dan malam (boleh dinaikkan dos ikut kesesuaian). Letakkan MZ dikulit kepala sebelum tidur setiap malam. InsyaAllah, selagi pengharapan pada Allah itu sentiasa ada maka Allah takkan mensia-siakan doa hambaNya.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday, 16 June 2015

Bolehkah Diamal Cuka Buah Teen Untuk Masalah Buah Pinggang & Gastrik?



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Buah Pinggang & Gastrik+Cuka Teen): Assalamu'alaikum. Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak boleh mengamalkan cuka buah Teen? Mengapakah? Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Cuka buatan dibuat hasil tindakbalas metanol (hasil petroleum) dan gas karbon monoksida. Inilah asid asetik yang digunakan sebagai pelarut dalam industri. Ianya jugalah yang dicairkan pada kepekatan tertentu dan dijadikan cuka makan (kononnya tidak memudaratkan). Beza yang paling besar adalah ia berasal bukan dari sumber makanan. Badan kita bukan macam tong kosong. Masuk potasium bukan semua duduk dalam darah. Badan kita ini sistem umpama kilang kimia yang sangat kompleks. Sel kita sangat spesifik dan hanya menerima molekul yang spesifik untuknya sahaja. Sel kita hanya akan utilise makanan dan akan buang non-food material. Buang means ia akan duduk dalam darah dan menunggu untuk dikumuhkan. Bekam will help with it. Untuk dos pengambilan, ikut kesesuaian bermulakan dengan dos rendah dahulu kemudian naikkan berkala. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa’alaikumsalam. 

Buah Pinggang:
Fig vinegar bagi pesakit buah pinggang (Chronic kidney disease).
Fungsi buah pinggang ialah untuk menyingkirkan toksin dan garam elektrolit berlebihan. Kerosakan organ ini menyebabkan kadar toksin dan elektrolit akan tinggi di dalam darah dan boleh mengganggu ritma degupan jantung (cardiac arrythmia) yang membawa kematian.
Pastikan kadar potassium/kalium di dalam darah pesakit buah pinggang berada di paras rendah atau normal kerana kadar potasium di dalam fig vinegar adalah tinggi. Perkara yang sama juga perlu diperhatikan sebelum mengambil makanan yang tinggi potasium seperti pisang, bayam, kentang, yogurt dan aprikot.
Gastritis: Gastritis ataupun disebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut di sebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan. Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus. Olive oil membantu membentuk selaput pada lapisan perut yang terlibat seterusnya menghalang hakisan. Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.
Fig vinegar-Acetic acid yang terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan.Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.
Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami, amalkan MZ & SCT bersama segelas susu. Sumber: Olive House Medic & Business.




Friday, 12 June 2015

Apakah Khasiat Buah Teen & Kenapa Kena Amal?



Soalan Dari Pelanggan(Apakah khasiat Buah Teen & Kenapa Kena Amal?):

Assalamu'alaikum. Kenapa buah teen kering perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Buah teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah S.W.T. ini. Kalau dilihat, buah Teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat pada buah dan biji kerana buah-buahan dan biji-bijian yang Allah S.W.T. sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).

Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi buah Teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan pelbagai lagi komponen fitokimia.

Ia bukan sahaja makanan, malah suatu "ubat" yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser, antibakteria, antifungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil buah teen setiap hari?  

Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda, universiti tempatan dan antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun Teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB (tuberculosis), membunuh virus herpes, merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Khasiat dan manfaat buah Teen:

1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah Teen membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

2. Buah Teen kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti). 

3. Daun dari tanaman Teen memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon Teen dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah suntikan insulin.

4. Kandungan Coumarin pada buah Teen dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.

5.  Tryptophan, dalam buah Teen menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

6. Makan buah Teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.

7. Serat larut yang terdapat pada buah Teen disebut Pektin, dalam buah Teen membantu dalam mengurangkan kolesterol darah.

8. Bila diterapkan pada kulit, buah Teen dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti nanah dan bisul.

9. Kadar air yang tinggi di dalam buah Teen bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

10. Buah Teen kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

11. Buah Teen kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen dan Virus dalam tubuh manusia.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday, 11 June 2015

Masalah Thyroid



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Thyroid):

Assalamualaikum doktor. Saya ada masalah dan minta cadangan/saranan doktor2 mengenai amalan MZ untuk pesakit thyroid.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi masalah hypo/hyperthyroid (hormon tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh doktor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit thyroid disebabkan ketidakseimbangan rembesan hormon thyroid. Kebanyakan yang berlaku hari ini disebabkan gluten sensitivity. Elakkan makanan proses, gandum, gula putih dan susu. Amalkan MZ bermula dengan dos kecil dan SCT juga boleh diambil sekali.

Sumber: Olive House Medic & Business.