AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday, 22 July 2015

Ketupat Plastik Merbahayakan Kesihatan


Ketupat Plastik Merbahayakan Kesihatan


Bagi umat Islam di negara ini, bulan puasa dah hampir tiba. Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya. Hari raya sudah penuh dengan makanan. Dan bagi orang Melayu, salah satu makanan popular di hari perayaan ini ialah nasi impit dan ketupat. 

Zaman dahulu, nenek moyang kita menggunakan daun palas yang dianyam membentuk 3 atau 4 segi kemudian dibukakan lubang untuk diisi dengan beras pulut atau beras biasa. Anyaman berisi beras ini kemudian dikukus menjadikan ketupat atau nasi impit.

Hari ini, kemajuan teknologi penggunaan plastik telah menggantikan daun palas ini. Plastik ini sudah diisi dengan beras kemudian dimatikan dengan haba supaya memerangkap butir beras itu dari tertumpah keluar. Ia dimasak bersama air sehingga suhu mendidih. Jenis plastik yang biasa digunakan ialah jenis polyethylene (PET). Plastik inilah juga biasa digunakan sebagai bekas minuman yang dibawa balik dari restoran. 

Plastik kebanyakannya berasal dari bahan petroleum dan campuran bahan-bahan kimia. Apabila ia mengalami suhu panas, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang merbahaya terutama Bisphenol-A yang telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser

Tibalah masanya untuk kita membuat keputusan yang lebih bijak dan baik untuk kesihatan kita dan keluarga. Jangan beli produk beras atau ketupat segera seperti ini lagi menjelang hari raya tidak lama lagi. Adalah lebih baik menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan sarung daun palas. Tunjukkan kuasa pengguna hari ini lebih kuat dan pengguna tidak lagi mudah menerima apa saja yang diiklankan  di depan mata. Kita menolak idea menggunakan plastik yang dipanaskan sebagai bekas untuk barang yang kita makan.

Pastikan di hari raya tahun ini atau tahun hadapan, tiada lagi produk sebegini terjual di pasaran.  Kita tidak mahu lihat ia berada di pasaran di masa akan datang. In shaa Allah.

Thursday, 9 July 2015

Jenis Ikan & Khasiatnya



JENIS IKAN & KHASIATNYA:

Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protien dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protien seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Omega-3:
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber Omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. Minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel).
2. Minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Spesis Ikan Berminyak

Tenggiri (Mackerel):
Kaya dengan Omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak Omega-3. Bagaimanapun, kandungan lemak Omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon:
Dikatakan spesis kedua kaya dengan Omega-3 selepas Tenggiri. 


Todak (Swordfish):
Meskipun mengandungi Omega-3, ia tidak dapat menandingi kandungan Omega-3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon. 


Ikan Sebelah (Halibut):
Ikan jenis ini juga mengandungi Omega-3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan. 
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna):
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak Omega-3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber Omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod):
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Ikan Parang (Wolf-Herring):

Mengandungi Omega-3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.

Sardin (Sardine/Pilchard):
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protien, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk Omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.

Layaran (Sailfish):
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik Omega-3.

Siakap (Barramundi):
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protien dan Omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper):
Juga kaya dengan Omega-3 dan protien.

Ikan Bilis (Anchovies):
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak Omega-3 dan protien yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah:
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.


Sumber: The Secret Medicines (TSM)


Wednesday, 8 July 2015

Masalah Santau & Puncanya



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Santau & MZ+SCT):

Assalammu’alaikum doktor. Jika terkena sautau apa puncanya dan sesuaikah digunakan minyak zaitun atau teen?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pengamalan sunnah dalam seluruh aspek kehidupan terutamanya zikir dan doa-doa ma’thur yang warid di waktu pagi dan petang serta pemakanan halal dan thoyyibah mampu menjadi pendinding daripada jin dan syaitan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Santau adalah sihir yang dihantar dengan perantaraan syaitan. Secara umumnya, jiwa kita haruslah dirawat dahulu dengan keyakinan kepada Allah dan tiada kuasa yang boleh mengapa-ngapakan kita tanpa izin Allah. Mungkin dengan santau ini yang dihadapi akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka, kembalilah pada Allah.

Minyak zaitun adalah minyak dari pohon yang diberkati. Maka sudah tentulah sepatutnya menghalang kerja-kerja syaitan. Sepatutnya, semua Quranic Food patut diamalkan oleh semua umat Islam apatah lagi insan yang diuji dengan sihir. 

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday, 6 July 2015

Masalah Dermoid Cyst




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Dermoid Cyst):

Assalammu'alaikum doktor. Pati Minyak Zaitun Olive House bolehkah membantu untuk rawatan dermoid cyst? Cara penggunaannya bagaimana? Pertengahan bulan 11 ini, saya akan operate buang cyst ini tetapi jika boleh hendak cari alternatif lain untuk elak dari operation.

*Dalam artikel Dr. Hafizah sebelum ini ada tulis boleh merawat cyst (kecuali dermoid) dan mohon penjelasan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Wallahua'lam. Boleh dicuba namun mungkin sangat lambat disebabkan dermoid cyst sudah ada bahan-bahan lain di dalam cyst itu seperti rambut, gigi dan tulang. Kalau kita yakin, bolehlah bersabar dan mendapat pahala yang lebih kerana cyst jenis ini sekiranya tidak besar mana tidak mengganggu kitaran haid. Kemungkinan menjadi kanser juga amat rendah sekiranya mengamalkan Quranic Food.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Dermoid cyst/teratoma ialah ketumbuhan bukan kanser yang berpotensi menjadi kanser jika tidak dibuang. Ianya mengandungi komponen kulit seperti rambut, kelenjar yang tidak bergantung kepada hormon untuk membesar. Bagi ketumbuhan yang bergantung kepada hormon estrogen, MZ dan SCT mampu mengecutkannya dengan menyeimbangkan kadar hormon di dalam darah. Rawatan bagi dermoid cyst ialah pembedahan bagi membuangnya secara total seterusnya mengurangkan risiko barah Rahim.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday, 2 July 2015

Masalah Penyakit Kancing Gigi/Tetanus/Sawan



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Kancing Gigi):

Assalamu’alaikum. Penyakit kancing gigi, dengan izin Allah boleh mengamalkan MZ @ SCT tak? Mohon pencerahan doktor.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit kancing gigi ini adakah sawan atau tetanus? Apa-apa penyakit sekali pun memang boleh amal MZ & SCT.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kancing gigi atau nama lainnya adalah tetanus. Bagi tetanus, ianya disebabkan bakteria clostridium tetani yang mengeluarkan toksin. Makan antitoksin untuk meneutralkan toksin dan antibiotic untuk membunuh kuman diperlukan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 1 July 2015

Jus Buah-Buahan Untuk Diet Sihat



Jus🍹🍷🍸 Buah-Buahan🍉🍇🍒🍓🍍🍌🍋🍊 Untuk Diet 💪🏻👍🏻Sihat by Women 💻Online Magazine📚📖 Jus buah-buahan juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan dan kecantikan. Pengambilan jus buah-buahan adalah satu cara untuk menguruskan badan. Tetapi, ramai yang gagal menguruskan badan dengan teknik ini disebabkan salah menyusun sebuah menu diet. Pemahaman yang kurang lengkap tentang diet yang betul menyebabkan cara menguruskan badan dengan jus buah-buahan ini gagal. Sudah pasti ada di antara anda yang berpendapat, menahan makan atau ‘mengikat’ perut boleh menurunkan berat badan. Padahal, ia tidak benar sama sekali. Ketika anda berasa sangat lapar, semakin banyak pula kalori yang diperlukan. Akibatnya, tanpa anda sedari anda telah makan secara berlebihan! Namun, meminum jus buah-buahan untuk diet adalah cara paling mudah untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. Jus buah-buahan ini juga bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Jus buah-buahan tidak mengandungi lemak, sebaliknya kaya dengan mineral, vitamin serta enzim. Khasiatnya mampu membantu anda mengurangi berat badan secara semulajadi, sihat dan selamat.Perbanyakkan pengambilan jus buah-buahan yang banyak mengandungi kadar air. Ia akan membuatkan perut anda penuh sehingga tidak mudah berasa lapar. 1. Jus Epal🍎🍏 & Jus Tomato🍑🍅 Buah epal ini kaya dengan micronutrients ataupun nutrisi makro. Fungsinya iaitu menekan nafsu makan sehingga membantu program diet anda berjalan dengan lancar. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah serta kadar gula darah. Begitu juga dengan jus tomato yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh. 2. Jus Grapefruit🍇🍒 Target anda tertumpu pada pembakaran lemak. Salah satu caranya adalah dengan meminum jus grapefruit dan pengambilan buah ini sepanjang hari. Grapefruit mengandungi enzim pembakar lemak yang membantu untuk menurunkan berat badan dengan cepat. 3. Jus Oren🍊🍋 Oren merupakan sumber vitamin C, potassium serta folat, dan hanya mengandungi 110 kalori. Bahkan kandungan asidnya selain berguna bagi menurunkan berat badan, juga sangat berguna untuk menyingkirkan racun dari tubuh. 4. Jus Strawberi🍓🍒 Mengandungi asid alergik yang bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas yang masuk ke dalam tumbuh, membersihkan sistem penghadaman, mengawal kadar kolesterol serta melambatkan pertumbuhan sel tumor pada paru-paru, payudara dan leher rahim. 5. Jus Jambu🍈🍐 Ternyata banyak manfaat yang terkandung dalam jus jambu. Antaranya dapat mengurangi kolesterol dalam darah dan menurunkan tekanan darah, menurunkan berat badan serta dapat mencegah ulser mulut. 6. Jus Tembikai🍉 & Jus Melon🍈 Keduanya memiliki kandungan air yang banyak, tetapi memiliki kadungan kalori yang rendah. Jika melon banyak mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk tubuh, tembikai juga banyak mengandugi zat besi, sama seperti yang terdapat pada bayam. Sumber: houseofquranicfoods.blogspot.com