AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 27 July 2015

Daging Proses Penyebab Kanser



Pakar kanser dunia akhirnya mengisytiharkan apa yang pembaca NaturalNews.com ketahui sejak 4 tahun lalu bahawa daging proses menyebabkan kanser, dan setiap orang yang mahu menjauhi kanser harus mengelak dari memakan daging proses seumur hidup mereka.

Beratus-ratus penyelidik kanser mengambil bahagian dalam projek selama 5 tahun meliputi lebih dari 7000 kajian klinikal untuk mendokumentasi kaitan antara pemakanan dan kanser. Kesimpulan mereka, yang disiarkan dalam laporan World Cancer Research Fund (WCRF) , Food, Nutrition, Physical Activity & Prevention of Cancer: Perspektif Global telah mengejutkan dunia kesihatan dengan mengisytiharkan bahawa semua orang harus berhenti membeli dan memakan produk-produk daging proses dan ia harus dijauhi sepanjang hayat!

Dalam laporan tersebut, daging proses sangat merbahaya dimakan oleh manusia. Kenapa? Kerana ia mengandungi bahan kimia aditif yang sudah diketahui begitu berkesan mengundang berbagai jenis penyakit kanser termasuk colorectal cancer, kanser payudara, kanser prostat, leukimia, tumor otak, kanser pankreatik dan banyak lagi. Laporan tersebut yang juga disiarkan di laman web DietAndCancerReport.org juga menyarankan orang ramai melakukan perkara-perkara berikut:

* Jauhkan semua minuman bergas dan bergula
* Senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari
* Dapatkan berat badan yang seimbang
* Hadkan pengambilan semua jenis daging (termasuk daging segar)
* Berikan susu ibu kepada bayi untuk 6 bulan pertamanya dan jauhkan susu formula bayi


Malangnya, WCRF masih tidak mencadangkan pengguna memakan nutrisi suplemen untuk membantu mengelak dari kanser menunjukkan kumpulan tersebut masih memerlukan banyak kajian mengenai perubatan herba dan semulajadi seperti cendawan, rumpai laut dan alga, herba dari negeri China, herba dari hutan-hujan dan ekstrak superfood. Sekurang-²nya kumpulan tersebut telah menasihati orang ramai supaya menjauhkan semua daging proses sebagai satu langkah yang besar kepada dunia pemakanan kesihatan. Ia adalah kali pertama sebuah organisasi kanser yang diiktiraf di antarabangsa menemui kajian bahawa bahan kimia yang ditemui di dalam daging proses adalah sangat merbahaya.

Apakah sebenarnya daging proses?

Mungkin tidak ramai yang mengetahui perbezaan antara daging proses dan daging segar. 
Di sini perbezaannya:

Daging segar hanya mengandungi satu kandungan bahan iaitu daging itu sendiri. Daging segar disejukkan dan tidak boleh tahan lama (biasanya hanya beberapa hari sahaja). Ia dipaketkan dalam bungkusan yang mudah, tanpa apa-apa logo atau warna yang menarik pada bungkusannya. Ia boleh didapati di pasar-pasar segar atau majlis korban di Hari Raya Korban.

Daging proses pula mengandungi berbagai kandungan di dalamnya dan biasanya dipaketkan bertujuan untuk memberi tempoh masa yang yang dapat bertahan lama. Daging proses mengandungi sodium nitrit, sejenis kimia yang menyebabkan kanser. Ia digunakan oleh syarikat pemproses daging sebagai bahan pengawet dan mengekalkan warna merah daging supaya ia sentiasa kelihatan segar walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya. Antara contoh daging proses ialah:
Bacon
* Sosej
* Peperoni
Beef jerky
Deli slices
* Hot dog
sandwich meat (termasuk yang dihidangkan di restoran-²)
* Ham
* daging dalam tin
* daging dalam pizza


Kecuali ia menyatakan bebas nitrit pada bungkusannya, anda boleh jangkakan bahawa ia pasti mengandungi kimia mendatangkan kanser iaitu sodium nitrit. Ia menggunakan kod makanan E-250 dan E-251.

Anda boleh menemui sodium nitrit dengan banyaknya di pasaraya seperti Tesco, Giant, Jusco dan lain-lain. Pergi sahaja ke tempat sejuk-beku makanan sosej, ambil mana-mana bungkusan dan baca kandungan bahan-bahannya. Saya pasti anda akan menemui 9 dari 10 jenama menggunakannya. Yang tidak tertulis bukan kerana mereka tidak menggunakannya tetapi berselindung di sebalik perkataan "bahan pengawet dan kondisioner yang dibenarkan". Tidak kira apa saja jenama malah jenama popular turut menggunakan sodium nitrit sebagai aditif produk daging proses mereka.

Jikalau anda masih tidak berpuas-hati, pergilah ke hospital dan temuramah pesakit-pesakit kanser tentang corak pemakanan mereka, apakah makanan yang sering mereka makan sebelum mendapat kanser. Tentu anda akan menemui jawapannya!!! 

Beginilah amalan pengusaha makanan di Malaysia hari ini. Mereka tidak peduli apa yang mereka letak dalam makanan kita. Ia adalah bahan kimia yang sangat merbahaya, yang telah banyak kali dibuktikan dalam kajian-kajian sebelum ini. Apa yang penting bagi mereka adalah mengaut keuntungan semata-mata. 

Terpulang kepada anda, kerana apa yang masuk ke perut anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Tiada orang yang peduli apa yang anda makan!

Sumber: The Secret Medicine
Nukilan semula: Abu Syakirin Az-Zaituni
Tarikh kemaskini: 27/07/2015

Friday, 24 July 2015

Masalah Kolestrol Semakin Tinggi



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kolestrol Semakin Tinggi):

Assalamualaikum. Setelah mengamalkan Olivie Plus 30x + SCT selama 3 bulan. Saya hentikan pengambilan atorvastatin. Namun, blood untuk kolesterol makin meningkat kepada 7.5 dibanding sebelum ini 5.0 semasa makan ubat. Setelah mendapat nasihat, saya tambahkan pengambilan PMZ pada siang hari. Mohon nasihat dan penerangan doktor. Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Paras kolesterol yang tinggi bukanlah menandakan yang anda akan kena serangan jantung, ianya cuma menunjukkan terdapat banyak inflamasi pada saluran darah dan ini menyebabkan kolesterol akan meningkat kerana salah satu fungsi kolesterol yang tidak diwar-warkan ialah ia merupakan antioxidant dan anti inflamatori. Jadi, apa yang ia sedang buat adalah membaiki keadaan dalam salur darah anda. Sudah menjadi kebiasaan apabila dadah dihentikan, proses 'rebound' akan berlaku tapi ini adalah untuk sementara sahaja. Apa yang anda patut lakukan adalah terus tenang dan percaya dengan kekuatan makanan dalam al-Quran. Namun, apa yang paling penting adalah mengikut sunnah pemakanan Rasulullah S.A.W yang telah ada dalam hadis, jangan makan berlebihan dan hanya memilih makanan yang halal dan thoiyyibah sahaja. Sesungguhnya hidup ini hanyalah untuk mencari hidayah atau petunjuk dari Allah S.W.T sahaja, bukannya hidup untuk memenuhi nafsu duniawi. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Kolesterol yang tinggi di dalam darah dalam tempoh yang lama ataupun kerosakan pada hati mungkin menyebabkan PMZ tidak mampu menurunkan kadar kolesterol dengan tindakan bersendirian. PMZ perlu digabungkan dengan SCT yang mampu memecahkan molekul kolesterol ini serta bijirin Oat bagi menyerap kolesterol yang dipecahkan tersebut sebelum ia bergabung semula.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 22 July 2015

Ketupat Plastik Merbahayakan Kesihatan


Ketupat Plastik Merbahayakan Kesihatan


Bagi umat Islam di negara ini, bulan puasa dah hampir tiba. Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya. Hari raya sudah penuh dengan makanan. Dan bagi orang Melayu, salah satu makanan popular di hari perayaan ini ialah nasi impit dan ketupat. 

Zaman dahulu, nenek moyang kita menggunakan daun palas yang dianyam membentuk 3 atau 4 segi kemudian dibukakan lubang untuk diisi dengan beras pulut atau beras biasa. Anyaman berisi beras ini kemudian dikukus menjadikan ketupat atau nasi impit.

Hari ini, kemajuan teknologi penggunaan plastik telah menggantikan daun palas ini. Plastik ini sudah diisi dengan beras kemudian dimatikan dengan haba supaya memerangkap butir beras itu dari tertumpah keluar. Ia dimasak bersama air sehingga suhu mendidih. Jenis plastik yang biasa digunakan ialah jenis polyethylene (PET). Plastik inilah juga biasa digunakan sebagai bekas minuman yang dibawa balik dari restoran. 

Plastik kebanyakannya berasal dari bahan petroleum dan campuran bahan-bahan kimia. Apabila ia mengalami suhu panas, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang merbahaya terutama Bisphenol-A yang telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser

Tibalah masanya untuk kita membuat keputusan yang lebih bijak dan baik untuk kesihatan kita dan keluarga. Jangan beli produk beras atau ketupat segera seperti ini lagi menjelang hari raya tidak lama lagi. Adalah lebih baik menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan sarung daun palas. Tunjukkan kuasa pengguna hari ini lebih kuat dan pengguna tidak lagi mudah menerima apa saja yang diiklankan  di depan mata. Kita menolak idea menggunakan plastik yang dipanaskan sebagai bekas untuk barang yang kita makan.

Pastikan di hari raya tahun ini atau tahun hadapan, tiada lagi produk sebegini terjual di pasaran.  Kita tidak mahu lihat ia berada di pasaran di masa akan datang. In shaa Allah.

Thursday, 9 July 2015

Jenis Ikan & Khasiatnya



JENIS IKAN & KHASIATNYA:

Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protien dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protien seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Omega-3:
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber Omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. Minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel).
2. Minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Spesis Ikan Berminyak

Tenggiri (Mackerel):
Kaya dengan Omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak Omega-3. Bagaimanapun, kandungan lemak Omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon:
Dikatakan spesis kedua kaya dengan Omega-3 selepas Tenggiri. 


Todak (Swordfish):
Meskipun mengandungi Omega-3, ia tidak dapat menandingi kandungan Omega-3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon. 


Ikan Sebelah (Halibut):
Ikan jenis ini juga mengandungi Omega-3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan. 
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna):
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak Omega-3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber Omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod):
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Ikan Parang (Wolf-Herring):

Mengandungi Omega-3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.

Sardin (Sardine/Pilchard):
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protien, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk Omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.

Layaran (Sailfish):
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik Omega-3.

Siakap (Barramundi):
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protien dan Omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper):
Juga kaya dengan Omega-3 dan protien.

Ikan Bilis (Anchovies):
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak Omega-3 dan protien yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah:
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.


Sumber: The Secret Medicines (TSM)


Wednesday, 8 July 2015

Masalah Santau & Puncanya



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Santau & MZ+SCT):

Assalammu’alaikum doktor. Jika terkena sautau apa puncanya dan sesuaikah digunakan minyak zaitun atau teen?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pengamalan sunnah dalam seluruh aspek kehidupan terutamanya zikir dan doa-doa ma’thur yang warid di waktu pagi dan petang serta pemakanan halal dan thoyyibah mampu menjadi pendinding daripada jin dan syaitan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Santau adalah sihir yang dihantar dengan perantaraan syaitan. Secara umumnya, jiwa kita haruslah dirawat dahulu dengan keyakinan kepada Allah dan tiada kuasa yang boleh mengapa-ngapakan kita tanpa izin Allah. Mungkin dengan santau ini yang dihadapi akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka, kembalilah pada Allah.

Minyak zaitun adalah minyak dari pohon yang diberkati. Maka sudah tentulah sepatutnya menghalang kerja-kerja syaitan. Sepatutnya, semua Quranic Food patut diamalkan oleh semua umat Islam apatah lagi insan yang diuji dengan sihir. 

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday, 6 July 2015

Masalah Dermoid Cyst




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Dermoid Cyst):

Assalammu'alaikum doktor. Pati Minyak Zaitun Olive House bolehkah membantu untuk rawatan dermoid cyst? Cara penggunaannya bagaimana? Pertengahan bulan 11 ini, saya akan operate buang cyst ini tetapi jika boleh hendak cari alternatif lain untuk elak dari operation.

*Dalam artikel Dr. Hafizah sebelum ini ada tulis boleh merawat cyst (kecuali dermoid) dan mohon penjelasan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Wallahua'lam. Boleh dicuba namun mungkin sangat lambat disebabkan dermoid cyst sudah ada bahan-bahan lain di dalam cyst itu seperti rambut, gigi dan tulang. Kalau kita yakin, bolehlah bersabar dan mendapat pahala yang lebih kerana cyst jenis ini sekiranya tidak besar mana tidak mengganggu kitaran haid. Kemungkinan menjadi kanser juga amat rendah sekiranya mengamalkan Quranic Food.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Dermoid cyst/teratoma ialah ketumbuhan bukan kanser yang berpotensi menjadi kanser jika tidak dibuang. Ianya mengandungi komponen kulit seperti rambut, kelenjar yang tidak bergantung kepada hormon untuk membesar. Bagi ketumbuhan yang bergantung kepada hormon estrogen, MZ dan SCT mampu mengecutkannya dengan menyeimbangkan kadar hormon di dalam darah. Rawatan bagi dermoid cyst ialah pembedahan bagi membuangnya secara total seterusnya mengurangkan risiko barah Rahim.

Sumber: Olive House Medic & Business.