AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Tuesday, 25 August 2015

Masalah Ekzema




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ekzema):

Assalammu’alaikum. Yusuf ada ekzema sejak bayi. Saya memang ada asthma sampai sekarang, kulit suami pun agak sensitif - jadi keempat-empat anak kami ada ekzema. Anak lelaki 17 tahun dan perempuan 14 tahun nampaknya ada improvement walaupun masih ada lagi. Yang bongsu lelaki 6 tahun masih ditahap terkawal dan tiada sampai berdarah/infected.  Yusuf nampaknya yang paling severe dan sesekali akan dapat asthma attack.  Yang lagi 3 orang amat jarang/tak pernah dapat asthma. Ekzemanya satu badan dari kepala hingga kaki. Memang berulang dari pakar di DEMC Dr. Noraziah dan ada di hospitalised awal tahun ini. Memang hampir tak putus makan Zyrtec, selalu di prescribed prednisoloneatarax dan antibiotic EEC kalau tak silap (warna oren, size agak besar).

Sekarang mandi rendam dengan pinetarsol bath oil. Memang sentiasa pakai aqueous cream dan selalu sapu fucicort, elomet dan eumovate. Betasone pun ada disapukan. Sekarang ini keadaan Yusuf masih tak memuaskan, tidur malam tak nyenyak dan mengantuk dalam class waktu pagi. Kulit kasar dan ada beberapa tempat yang luka. Mohon pandangan doktor.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Eczema, allergic rhinitis(resdung) dan asthma(lelah):

Penyakit di atas merupakan 3 serangkai bagi masalah alergik. Doktor biasanya merawat simptom seperti kegatalan kulit dan hidung bagi resdung serta penyempitan salur pernafasan bagi lelah. Sepertimana yang selalu di sebut, MZ & SCT boleh menstabilkan sistem imun agar tidak terlampau sensitif kepada bendasing yang menyebabkan ketiga2 penyakit di atas. Bagi lelah, jangan berhentikan ubat MDI kerana lelah yang teruk boleh membawa maut.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Maaf, persoalan ini perlukan personal consultation.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday, 24 August 2015

Masalah Kanser Payudara




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Payudara)

Assalamualaikum doktor. Ada pesakit kanser payudara peringkat ke-3 sekarang baru melakukan kemoterapi dan dalam masa yang sama hendak cuba amal MZ & Olivie Plus 30x. Bagaimanakah pandangan doctor-doktor pakar?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Kanser payudara memang antara kanser yang telah dikaji boleh dirawat dengan minyak zaitun extra virgin (EVOO). Teruskan usaha dan hanya kepada Allah S.W.T.diserahkan urusan penyembuhan hambaNya.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bagi kes yang telah disahkan barah dan bukan ketulan payudara biasa, rawatannya ialah pembedahan bagi membuang sel yang telah rosak tersebut kemudian baru diikuti dengan pemakanan sunnah lebih-lebih lagi Olivie Plus 30x yang menghalang sel kanser mikro dari berkembang menjadi kanser semula.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Friday, 21 August 2015

Bagaimana Pengusaha Makanan Proses Menggunakan Helah Untuk Menipu Pengguna?




Mitos: Kandungan bahan-bahan dalam produk makanan dibuat untuk memberitahu pengguna senarai bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk.

Hakikatnya: Senarai kandungan bahan-bahan digunakan oleh pengusaha makanan untuk menipu pengguna dan membuatkan pengguna berfikir bahawa produk mereka adalah berkualiti dan sihat dan berkhasiat. 

Artikel ini akan mencungkil penipuan-penipuan yang paling asas yang digunakan pengusaha-pengusaha makanan untuk menipu pengguna terhadap kandungan senarai bahan-bahan yang digunakan.

Menipu Pengguna: Helah Demi Keuntungan



Jikalau bahagian Fakta Nutrisi yang terdapat pada semua bungkusan makanan, bagaimana pula mereka boleh menipu? 

Di sini ada beberapa cara yang sering digunakan: Salah satu dari kaedah yang sering digunakan ialah menggantikan perkataan gula dengan sukros, fruktos sirap jagung, gula perang, dekstros dan lain-lain dan meletakkannya di senarai yang terbawah sekali seolah-olah ia bukan bahan utama yang digunakan. (Ingat! Senarai bahan-bahan diletak mengikut keutamaan dari bahan yang paling banyak digunakan sepatutnya disenarai mula-mula sekali dan bukan terkemudian)

Pengguna yang diperbodohkan akan berfikir bahawa produk ini tidak mengambil gula sebagai bahan utama dalam makanan tersebut, padahal majoriti bahan yang digunakan adalah pelbagai bentuk gula yang disebut di atas iaitu fruktos, sukros, dekstros dan sebagainya. Ini adalah satu cara untuk memberi informasi yang salah kepada pengguna dengan meletakkan bahan tersebut terkebawah sekali dalam senarai kandungan bahan-bahan yang digunakan. 



Satu lagi cara ialah dengan menyenaraikan maklumat bahan dalam kuantiti saiz yang kecil dan tidak munasabah. Anda boleh lihat kaedah ini dalam produk seperti penjagaan diri seperti syampu, di mana mereka mendakwa menawarkan syampu "herba" yang pada hakikatnya jumlahnya tidak dapat dikesan langsung dalam produk tersebut. Dalam produk makanan "superfood" yang sebenarnya hanya wujud dalam kuantiti yang kecil dan tidak memberi sebarang kesan sebenar yang baik kepada pengguna. Sebagai contoh, suatu produk mengandungi Spirulina di senarai terbawah sekali menunjukkan ia tidak akan membantu memberi apa-apa kesan terhadap kesihatan oleh sebab kuantiti yang terlalu kecil. Ini juga adalah kaedah yang sering digunakan oleh pengusaha makanan yang mengekploitasi kehendak pasaran dan kempen-kempen kesihatan pemakanan dan kesedaran pengguna yang semakin bijak, walaupun kuantiti sebenar bahan-bahan yang menyihatkan terlalu kecil atau tiada langsung.


Sambungan SIRI 2...

Sumber: The Secret Medicines (TSM)
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

Monday, 17 August 2015

Khasiat Dalaman & Luaran SARI CUKA TEEN



Apakah Sebenarnya Khasiat Dalaman Dan Luaran Yang Terdapat Di Dalam Sari Cuka Teen OLIVE HOUSE ? Sari Cuka Teen kaya dengan mineral pottasium, yang mana ramai di antara kita kurang mineral yang mana akan mengganggu kita pada masa tua. Kalsium mengekalkan tisu keras kita seperti tulang, dan potasium berfungsi seperti tisu lembut yang bertindak menjaga daging dan arteri yang lembut. Buah Teen yang segar digunakan untuk membuat Sari Cuka Teen yang mana mempunyai enzim, mineral yang diperlukan seharian iaitu pottasium secara semulajadi. Selain menjadi stimulasi semulajadi untuk ketahanan badan. Sari Cuka Teen juga: * Membersih dan mengisi semula khasiat ke dalam badan agar badan dapat sembuh sendiri. * Membantu mengeluarkan toksik di dalam badan. * Membantu mengembalikan keremajaan badan. * Membantu meningkatkan sistem imun yang sihat. * Membantu mengekalkan kulit yang sihat. * Membantu mengawal berat badan. * Membantu penghadaman dan asimilasi. * Menyembuhkan rasa ketegangan dan sakit di bahagian anggota badan disebabkan senaman. * Menyembuhkan radang kulit.


Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen semulajadi dibuat daripada Teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Teen tesebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil 'mother' dimana menjadi jelas apabila cecair coklat pekat terdedah kepada cahaya. Harga mampu milik seluruh rakyat Malaysia: RM 18.90/250ml (Peninsular Malaysia) RM 23.90/250ml (Sabah/Sarawak) Sumber: houseofquranicfoods.blogspot.com 💻

Thursday, 13 August 2015

Masalah Obesiti



Soalan Daripada Pengguna (Masalah Obesiti):

Assalamu’alaikum doktor. Ada pelanggan tanya berkaitan masalah obesiti dan apakah cara rawatannya? Untuk obesiti, produk apa yang terbaik untuk diamalkan dan bagaimana cara makan atau minum?


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

Obesiti:

Pengumpulan lemak di dalam tisu adipose secara berlebihan.Ianya bukan sekadar isu kosmetik tetapi berkait rapat dengan penyakit jantung, kanser, kencing manis, osteoarthritis dan obstructive sleep apnea.

Punca:

Pengambilan makanan yang mengandungi kalori melebihi metabolisma (pembakaran kalori yang menghasilkan tenaga) atau penyakit endokrin yang melembapkan metabolism.

Rawatan:

Pemakanan kalori rendah (protein > karbohidrat)/senaman dengan target membakar kalori berlebihan (normal kalori bagi individu dgn berat 60kg - 1800 kcal)/pengambilan serat yang tinggi. Untuk kes obesiti kronik, boleh dicadangkan pembedahan mengecilkan perut seperti gastric stapling@sleeve gastrectomy (bukan pembedahan buang lemak) supaya ruang penyerapan menjadi lebih kecil.

Olive oil membantu dengan kandungan mono-unsaturated fat yang bergabung dengan lemak tepu seterusnya menghalang penyerapan lemak tepu. Fig vinegar yang  diminum bersama makanan merangsang satiety center di otak memberi isyarat kenyang seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Sifat asidnya juga memecahkan molekul lemak supaya tidak berkumpul di bahagian tengah badan sahaja.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam.

Obesiti: 

Sebelum dikuruskan badannya, amatlah elok jika dikuruskan nafsunya terlebih dahulu. Pengurusan nafsu di mulai dengan memahami hakikat dunia di sisi Allah S.W.T.maka dengan mengetahui jijik dan hinanya dunia, jiwa kita tidak akan terlalu mendambakannya.

Setiap kali melihat makanan yang sedap, ingatlah bahawa, “makanan ini hanya akan menjadi racun di tubuh saya, sedangkan hakikatnya, saya hanya memerlukan sedikit, wahai si polan(sebut nama sendiri) sabarlah kamu kerana Allah bersama orang-orang yang sabar". Banyak orang mengadu kerap lapar maka dia kerap makan.

Sebenarnya setiap sel badan mengkehendaki nutrisi untuk terus bekerja. Namun setiap kali kita lapar, sekiranya kita makan makanan yang tidak thoiyyibah lagi buruk maka yang kita dapat hanyalah rasa kenyang sedangkan sel kita kebuluran. Maka mereka akan meminta lagi dan kita akan berasa lapar lagi. Kita akan makan lagi. Begitulah seterusnya.
Makanan yang mengandungi bahan kimia bukan sahaja mengenyangkan malah juga memusnahkan vilus-vilus pencernaan kita sedikit demi sedikit. Maka apabila vilus-vilus ini musnah, usus kita akan menjadi lemah dan berlakulah ketidakseimbangan penyerapan makanan dan terjadilah kegemukan.     

Minyak zaitun patut diamalkan 2 sudu besar pagi dan malam demi membaiki usus yang rosak. Sepatutnya, usus yang sihat dapat menghalang seseorang dari menjadi gemuk atau terlalu kurus. Jadi, langkah pertama adalah membaiki usus dengan minyak zaitun dan juga madu.

Antara tips yang boleh diamalkan adalah menggantikan makan tengahari dengan buah kurma  atau buah teen. Hidangan sarapan dan makan malam (dalam pukul 7-8pm) 
diambil. 

Cuba amalkan sunnah Rasulullah S.A.W. di setiap amalan harian kita. Bersugi sebelum setiap lepas solat, makan buah sebelum makan nasi, suapan dengan 3 jari(suapan yang kecil), kunyah lama-lama agar enzim amylase dapat melakukan tugasnya mencerna karbohidrat dengan sempurna  sebelum makanan bergerak ke perut. Sapukan MZ ke seluruh badan sebelum tidur setiap malam.

InsyaAllah, biasanya akan turun berat badan 1kg seminggu sampailah kepada berat ideal kita. Paling penting banyakkan melakukan kebajikan dan mengharapkan keredhaan Alla S.W.T.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday, 12 August 2015

Produk SUGAR-FREE Menjadi TREND Terkini



Seorang sahabat membuka kotak plastik tertulis "sugar-free" kemudian memasukkan kandungan dari kotak itu ke dalam cawan minumannya. Lalu ia terus minum dengan penuh nikmat.

Saya bertanya, kenapa perlu gunakan ia di dalam minuman anda? Katanya dia mengalami diabetes. Doktor yang sarankan kepada dia gunakan produk ini sebagai ganti gula putih!

Nah! Siapa yang sarankan? Doktor!


Saya terus memberi maklumat yang mendalam tentang apa yang ada dalam produk 'sugar-free' itu. Saya katakan ia mengandungi bahan yang merbahaya iaitu aspartame dan ia dihasilkan oleh syarikat pembuat racun serangga iaitu Monsanto. Beliau tergamam, kelihatan seolah tidak percaya dengan kata-kata saya, seolah menganggap saya cuba bergurau apabila disebut syarikat racun serangga.

Memanglah kalau syarikat itu membuat racun serangga, tidak semestinya mereka meletakkan racun serangga dalam produk makanan mereka. Tapi teknologi yang diaplikasi dalam menghasilkan racun serangga yang tidak memerlukan mereka membuat kajian terhadap manusia, hanya untuk digunakan terhadap haiwan perosak sahaja. Tiada manusia yang mahu makan racun serangga kecuali mereka yang sudah tidak ingin meneruskan hidup lagi.



Aspartame mula ditemui secara tidak sengaja semasa kajian farmasitikal pada tahun 1965. Ia bahan kimia yang ditemui mempunyai rasa yang lebih manis dari gula.

Hari ini, syarikat-syarikat minuman gergasi telah mula menggunakannya sebagai pemanis 'semulajadi' ini sebagai ganti gula putih. Syarikat yang mula-mula mengkomersialkan aspartame ialah Nutra-Sweet. Kini, ia boleh ditemui di dalam produk Equal. Aspartame mengandungi 3 komponen utama iaitu metanol, asid aspartik dan phenylalanine.

Metanol adalah sejenis alkohol yang dipecahkan kepada beberapa komponen seperti formaldehyde dan asid formika yang boleh menjurus kepada kerosakan serius kepada tubuh manusia seperti mendapat penyakit kanser. Ia boleh berlaku dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Mengapa ia tidak diharamkan oleh Jakim? Anda boleh tanya sendiri dengan mereka.

Asid aspartik juga sejenis toksik "excitotoxin" seperti MSG. Phenylalanine pula sejenis asid amino. Memang asid amino baik untuk tubuh kecuali jika ia diasingkan dari tindakbalas protin di dalam tubuh.

Semua komponen ini akhirnya akan berakhir dengan merosakkan sistem saraf hingga menyebabkan sel-sel mati.

Saya tidak perlu ulas panjang lagi tentang kandungan ini. Anda boleh dapatkan maklumat tentang aspartame di dalam post-post terdahulu ataupun buat carian Google.

Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah saranan doktor-doktor kepada penderita diabetes supaya mengambil Equal atau Nutra-Sweet atau apa saja bahan yang mengandungi aspartame sebagai menggantikan gula. Ia bukan memperbaiki keadaan kesihatan mereka, sebaliknya semakin merosakkan. Yang sedia menderita diabetes kini berisiko mendapat kanser, darah tinggi dan penyakit jantung. Ini tindakan yang bodoh. Sebenarnya, doktor tidak peduli tentang kesan sampingan produk-produk seperti ini kerana mereka tidak punya pengetahuan tentang kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dan saintis yang jujur. Pengetahuan mereka bergantung kepada apa yang mereka belajar dari ilmu perubatan moden. Mereka tidak mampu berfikir di luar lingkungan. Para doktor bukan seperti jurutera. Doktor tidak boleh mengubahsuai apa yang telah sedia ada. Para jurutera pula perlu berhempas pulas mencari idea di luar lingkungan.

Semakin ramai orang sakit, ia memberi pulangan perniagaan kepada doktor-doktor konvensional. Mereka menjana keuntungan dari penderitaan orang lain. Jika semua orang sihat, tiada siapa perlukan ubat. Dan sudah tentu Equal atau Nutra-Sweet tidak disarankan oleh doktor kepada pesakit diabetes. Hari-hari makan sebiji epal, menjauhkan anda dari doktor.

Jika anda ingin selalu bertemu dengan doktor, ikutilah nasihat para doktor.


Sumber: The Secret Medicines (TSM)