AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 1 October 2015

SINERGI Produk OLIVE HOUSE & FIBROID (Part 1)



Ini adalah gambar rajah struktur bagi rahim wanita. Secara anatominya, system reproduktif wanita terdiri daripada:
Rahim Uterus (terdiri daripada pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari

Masalah fibroid, iaitu sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim wanita yang terdiri daripada pelbagai saiz dari sekecil kacang hingga sebesar buah tembikai, yang terjadi kepada kira-kira 20-50% wanita dan 99% dari kes fibroid ini adalah bukan kanser. Antara tandanya ialah merasa senak di bahagian bawah abdomen, sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang, masalah pendarahan yang abnormal seperti kitaran haid yang panjang atau darah haid yang terlalu banyak dan juga kesakitan semasa hubungan kelamin suami isteri. Tiada kajian dan bukti yang jelas mengenai punca sebenar terjadinya fibroid, tetapi dikaitkan dengan ketidakseimbangan paras hormon Estrogen dan Progesteron di dalam badan. Ahli perubatan berpendapat faktor yang mempengaruhi berlakunya fibroid adalah lambakan Estrogen sintetik dalam badan iaitu XenoestrogenXeno bermaksud asing. Xenoestrogen bermaksud hormon estrogen asing, iaitu yang bukan dihasilkan oleh badan dan adalah sintetik.

Xenoestrogen terdapat di sekeliling kita, di dalam alat solek seperti gincu, bedak, krim pencerah muka, dalam air minuman dan ais krim, dalam mandian dan bahan pencuci pakaian, dalam barangan plastik mengisi makanan, dalam makanan seperti soya, keju, susu, daging yang disuntik hormon tumbesaran, dan sebagainya. Pendedahan harian ini tanpa kita sedar telah meninggikan paras hormon Estrogen di dalam badan dan sukar disingkirkan melalui hati. Lambakan estrogen sintetik ini di dalam badan, maklumat dari otak ke ovari untuk menghasilkan estrogen asli tidak akan berlaku.

Selain itu, faktor Obesiti atau berat badan berlebihan juga turut merangsang kenaikan paras hormon Estrogen dalam badan. Apabila situasi ini berlaku, ia akan merangsang pertumbuhan Fibroid samada di dalam rahim atau di luar rahim dan juga pada lapisan otot rahim.

Alhamdulillah, kelebihan dan manfaat yang ada pada ‘Quranic Food’ ( Zaitun, Delima, Anggur, Kurma & Teen) yang Allah S.W.T telah rakamkan dalam Al-Quran seperti pada Surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta dalam Surah At-Teen ayat 1 sangat membantu dalam proses merawat masalah fibroid ini. Ada hikmah yang sangat besar yang Allah mahu manusia berfikir mengapa 5 makhluk hebat ini Dia letakkan bersama-sama dalam satu ayat di beberapa tempat dalam Al-Quran. Malahan dalam hadis-hadis sahih juga turut dinukilkan 5 makhluk Allah ini.

Hari ini, kajian-kajian Sains Moden telah membenarkan apa yang telah awal dinukilkan-Nya dalam mukjizat hebat ummat Nabi Muhammad iaitu Al-Quran tentang khasiat dan manfaat ‘Quranic Food’ ini dalam membantu rawat banyak masalah, termasuk Fibroid. Umpamanya Zaitun. 

Olive House mengambil inisiatif mengeluarkan produk Zaitun dalam bentuk minyak demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House bertindak melindungi sel-sel badan manusia daripada kesan tindakan radikal bebas berpunca daripada bahan-bahan kimia sekeliling kita termasuk dalam udara, makanan dan sebagainya. Contoh antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House ialah ‘Hydroxytyrosol’.

Penulis: Mimi De Olivia

SumberOlive House
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 28 September 2015

Masalah ‘Tarik/Simpul Mengkarung’ & ’Krem’




Soalan Dari Pelanggan (Masalah ‘Tarik/Simpul Mengkarung’+’Krem’):

Assalamualaikum doktor. Saya kerap terjadinya ‘tarik mengkarung’ pada betis & jari-jari kaki. Terlampau kerap sangat sekarang ini sehingga ‘krem’. Mengapakah ia selalu dan kerap berlaku? Bagaimana MZ/SCT dan Quranic Foods dapat membantu?


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah kejang saraf mungkin disebabkan oleh penyempitan pada jalan keluar saraf dari tulang belakang (nerve entrapment) yang menyebabkan sakit dan kejang sepanjang peha hingga ke kaki (sciatic pain) atau ketidakstabilan garam elektrolit seperti sodium di dalam badan. Jika puncanya ialah tulang belakang yang menekan saraf, boleh dicuba rawatan kiropraktik bagi membetulkan alignment tulang belakang. Makan MZ dengan dos yang tinggi bagi mengurangkan radang saraf yang terlibat serta amal SCT untuk keseimbangan garam elektrolit.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah 'cramp' dan tarik mengkarung biasanya disebabkan otot yang bermasalah. Ini juga berkaitan dengan sensitivity gluten dan elakkan gandum, gula putih dan susu. Banyakkan pemakanan sihat di samping MZ dan SCT, contohnya chia seed, sesame seed, kunyit hidup dan lain-lain. Tolong hentikan tabiat menggunakan susu pekat manis untuk membancuh minuman.

Untuk pengetahuan semua, gula putih yang kita makan akan menyebabkan mineral dalam tulang dan otot terpaksa dikeluarkan untuk menyeimbangkan semula komposisi darah akibat mengambil gula putih yang tidak seimbang mineralnya. Lama-kelamaan, keupayaan otot dan tulang akan berkurangan. Wallahu'alam.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 21 September 2015

Panduan Pengambilan MINYAK ZAITUN Terbaik




Soalan Dari Pengguna (Panduan Dos MZ Terbaik):

Assalamuálaikum doktor. Mohon panduan untuk amal minyak zaitun dos yang betul. Pesakit kencing manis dah 2 tahun dialisis dan mempunyai permasalahan jantung. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan PMZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. InsyaAllah, amalkan dos yang kecil untuk permulaan(2 sudu sehari sekali) dan selepas itu naikkan dos secara perlahan-lahan. Berbekam wajib dilakukan.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Tuesday, 15 September 2015

Masalah Saraf & Sari Cuka Teen(SCT)




Soalan Dari Pengguna(Masalah Saraf & SCT):

Assalamu'alaikum. Saya hendak buat pertanyaan, saya ada sakit saraf dan bolehkah saya minum Sari Cuka Teen ini?


Jawapan Dari Dr. Hafizah:


Wa’alaikumsalam. Penyakit saraf yang bagaimana agaknya ya? Walau apa pun, cuka teen ini memang sangat bagus untuk otak dan saraf kerana ia mengandungi vitamin-vitamin untuk kedua-duanya juga iaitu mangan dan choline yang melindungi otak dari kerosakan dan meningkatkan kepekaan saraf.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah kejang saraf mungkin disebabkan oleh penyempitan pada jalan keluar saraf dari tulang belakang (nerve entrapment) yang menyebabkan sakit dan kejang sepanjang peha hingga ke kaki (sciatic pain) atau ketidakstabilan garam elektrolit seperti sodium di dalam badan. Jika puncanya ialah tulang belakang yang menekan saraf, boleh dicuba rawatan kiropraktik bagi membetulkan alignment tulang belakang. Makan Pati Minyak Zaitun dengan dos yang tinggi bagi mengurangkan radang saraf yang terlibat serta amal SCT untuk keseimbangan garam elektrolit.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 14 September 2015

Masalah Sakit Sendi Tengkuk




Soalan Dari Pengguna(Masalah Sakit Sendi Tengkuk):

Assalammu’alaikum doktor. Saya mengidap kesakitan di bahagian tengkuk. Sekarang ini merebak di bahu hingga tulang belakang. Doktor neuro diagnos sebagai funtional dis orde dan saya pernah buat rawatan radiofrrquency tapi doktor yang rawat saya ini pula diagnos saya sebagai sendi facet ditengkuk (keradangan di tulang tengkuk arthritis). Bolehkah minyak zaitun dan cuka teen saya jadikan supplement dengan kesakitan ini? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Prolapse intervertebral disc: Masalah kesihatan ini berlaku apabila terdapat tekanan di antara ruas tulang belakang menyebabkan penyempitan jalan keluar saraf di antara tulang tersebut. Rawatan moden yang diuruskan oleh pakar orthopedik ialah dengan pembedahan di ikuti oleh fisioterapi. Rawatan kiropraktik juga mampu membetulkan keadaan tulang belakang. Selepas kiropraktik, barulah Minyak Zaitun(MZ) & Sari Cuka Teen(SCT) boleh berperanan mengurangkan inflamasi saraf yang terlibat. Selagi tekanan & penyempitan tidak dibetulkan dengan pembedahan atau kiropraktik, inflamasi saraf tetap akan berlaku menyebabkan sakit dan lemah di kawasan organ yang terlibat.

Sakit tengkuk @ cervical vertebral arthritis: Masalah keradangan ruas tulang belakang perlu dirujuk kepada pakar ortopedik atau pakar kiropraktik. Jika pemeriksaan menunjukkan tiada tulang yang menekan saraf dan doktor hanya memberi ubat penahan sakit dan merujuk kepada fisioterapi, maka amalkan MZ & SCT yang direkodkan mempunyai sifat anti-inflammatory (mengurangkan radang saraf) dan analgesic (penahan sakit) yang alami (natural) tanpa sebarang kesan sampingan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Cuka teen dan minyak zaitun serta Quranic Food lain memang patut dijadikan makanan wajib semua pesakit bahkan juga yang sihat. Semua jenis inflamasi atau keradangan adalah proses yang sepatutnya berakhir dengan pembaikan tisu. Namun, bila badan tidak mendapat khasiat yang diperlukan maka badan akan terus menjalankan proses inflamasi tadi maka kena hentikan penghasilan radikal bebas dengan mengelakkan makanan proses.



SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Friday, 11 September 2015

Masalah Keradangan Sendi+Arthritis+Gout




Soalan Dari Pengguna(Masalah Keradangan Sendi+Arthritis+Gout):

Assalammu’alaikum. Sahabat saya gout/radang sendi. Salah makan akan bengkaklah sendi²nya terutama kaki hingga tidak boleh berjalan. Bagaimanakah amalan yang sepatutnya dengan Minyak Zaitun dan Quranic Food?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Radang sendi/gout:

Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan). Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout. Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian, 90% dari kes ini disebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% disebabkan penghasilan dari makanan.

Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang disebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.

Remedinya:

Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.

Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu dikeluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.

Minyak zaitun akan menolong  mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun disendi yang terlibat.

Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan.

Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh dicuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar). Allah S.W.T tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.

Di samping itu, cuka Teen juga boleh menolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk.

Selain meminum cuka Teen, sendi yang terlibat boleh direndam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh disapu terus pada sendi yang terlibat.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Arthritis/radang sendi:

Radang sendi berlaku disebabkan beban yang berat secara berterusan kepada sendi ataupun autoimun iaitu sistem tubuh sendiri menyerang dan memusnahkan sendi. Bagi gout, pembentukan tophi atau garam kristal di dalam sendi menyebabkan kesakitan ketika bergerak dan bengkak sendi luaran. Terdapat 200 jenis arthritis dan majoritinya tiada rawatan khusus selain steroid bagi merencatkan proses inflammation.

Olive oil yang mempunyai oleocanthal mempunyai aktiviti yang sama seperti ubat penahan sakit dan Omega-6 sebagai pelincir bagi sendi. Gantikan semua minyak dengan olive oil. Bagi rawatan khusus, rendamkan kobis di dalam olive oil dan tekap kepada sendi yang terlibat dan balut selama 3 jam.

Dos pengambilan untuk penyakit ini, 2 sudu fig vinegar + 1 sudu madu dilarut di dalam 1 gelas air, diminum 2 kali sehari. Sifat pengalkalian campuran tersebut mampu menyingkirkan toksin dan mengawal arthritis.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)