AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Tuesday, 6 October 2015

Masalah Patah Tangan & Disimen




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Patah Tangan & Disimen):

Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya doktor berkenaan anak saya yang baru patah tangan bahagian lengan kanan, anak saya terjatuh di sekolah. Anak saya berumur 9 tahun dan telah disimen tangannya. Mohon pandangan doktor, bagaimana produk Olive House/ Quranic Food boleh membantu masalah tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Semua Quranic Food membekalkan nutrisi yang tinggi dan menggalakkan proses penyembuhan. Manakala makanan proses dan mempunyai bahan kimia yang tinggi pula merencat dan melambatkan proses kesembuhan.jaga pemakanan anak di samping memberikan Quranic Food, maka tubuh badan yang Allah ciptakan ini akan dapat melakukan proses baik pulih dengan cepat. Berikan minyak zaitun pada dos 2 sudu 3 kali sehari, jus delima 50mls sehari dan cuka teen setiap kali selepas makan 2 sudu teh. Amalkan juga buah kurma, buah teen dan al manna. Elakkan karbohidrat ringkas (refined carbohydrates).


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Sunday, 4 October 2015

Masalah Kerap Mengalami Sawan




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kerap Mengalami Sawan):

Assalammu'alaikum doktor. Adakah produk Olive House sesuai untuk orang yang kerap kena sawan & bagaimana cara pngambilannya dan pencegahan sawan. Mohon pencerahan dan terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit sawan mempunyai banyak sebab. Amalan Quranic Food boleh diambil seperti biasa dengan cara dimulakan dengan dos rendah dan dinaikkan mengikut kesesuaian. Amalan berbekam amat bagus untuk masalah sawan. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Sawan berpunca dari aktiviti elektrik otak yang membawa rangsangan bertindak secara tidak normal menyebabkan refleksnya berlaku kurang atau melebihi normal. Ianya perlu di diagnos melalui electroencephalogram (EEG) bagi memastikan jenis sawan yang dihidapi. Rawatan biasa ialah melalui ubatan yang menghalang elektrotransmitter dari melekap pada reseptornya seterusnya menghalang serangan sawan. PMZ serta SCT mampu membantu kestabilan aktiviti otak serta pembentukan rangkaian sel-sel otak yang baru yang masih di dalam kajian.



SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Thursday, 1 October 2015

SINERGI Produk OLIVE HOUSE & FIBROID (Part 1)



Ini adalah gambar rajah struktur bagi rahim wanita. Secara anatominya, system reproduktif wanita terdiri daripada:
Rahim Uterus (terdiri daripada pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari

Masalah fibroid, iaitu sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim wanita yang terdiri daripada pelbagai saiz dari sekecil kacang hingga sebesar buah tembikai, yang terjadi kepada kira-kira 20-50% wanita dan 99% dari kes fibroid ini adalah bukan kanser. Antara tandanya ialah merasa senak di bahagian bawah abdomen, sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang, masalah pendarahan yang abnormal seperti kitaran haid yang panjang atau darah haid yang terlalu banyak dan juga kesakitan semasa hubungan kelamin suami isteri. Tiada kajian dan bukti yang jelas mengenai punca sebenar terjadinya fibroid, tetapi dikaitkan dengan ketidakseimbangan paras hormon Estrogen dan Progesteron di dalam badan. Ahli perubatan berpendapat faktor yang mempengaruhi berlakunya fibroid adalah lambakan Estrogen sintetik dalam badan iaitu XenoestrogenXeno bermaksud asing. Xenoestrogen bermaksud hormon estrogen asing, iaitu yang bukan dihasilkan oleh badan dan adalah sintetik.

Xenoestrogen terdapat di sekeliling kita, di dalam alat solek seperti gincu, bedak, krim pencerah muka, dalam air minuman dan ais krim, dalam mandian dan bahan pencuci pakaian, dalam barangan plastik mengisi makanan, dalam makanan seperti soya, keju, susu, daging yang disuntik hormon tumbesaran, dan sebagainya. Pendedahan harian ini tanpa kita sedar telah meninggikan paras hormon Estrogen di dalam badan dan sukar disingkirkan melalui hati. Lambakan estrogen sintetik ini di dalam badan, maklumat dari otak ke ovari untuk menghasilkan estrogen asli tidak akan berlaku.

Selain itu, faktor Obesiti atau berat badan berlebihan juga turut merangsang kenaikan paras hormon Estrogen dalam badan. Apabila situasi ini berlaku, ia akan merangsang pertumbuhan Fibroid samada di dalam rahim atau di luar rahim dan juga pada lapisan otot rahim.

Alhamdulillah, kelebihan dan manfaat yang ada pada ‘Quranic Food’ ( Zaitun, Delima, Anggur, Kurma & Teen) yang Allah S.W.T telah rakamkan dalam Al-Quran seperti pada Surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta dalam Surah At-Teen ayat 1 sangat membantu dalam proses merawat masalah fibroid ini. Ada hikmah yang sangat besar yang Allah mahu manusia berfikir mengapa 5 makhluk hebat ini Dia letakkan bersama-sama dalam satu ayat di beberapa tempat dalam Al-Quran. Malahan dalam hadis-hadis sahih juga turut dinukilkan 5 makhluk Allah ini.

Hari ini, kajian-kajian Sains Moden telah membenarkan apa yang telah awal dinukilkan-Nya dalam mukjizat hebat ummat Nabi Muhammad iaitu Al-Quran tentang khasiat dan manfaat ‘Quranic Food’ ini dalam membantu rawat banyak masalah, termasuk Fibroid. Umpamanya Zaitun. 

Olive House mengambil inisiatif mengeluarkan produk Zaitun dalam bentuk minyak demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House bertindak melindungi sel-sel badan manusia daripada kesan tindakan radikal bebas berpunca daripada bahan-bahan kimia sekeliling kita termasuk dalam udara, makanan dan sebagainya. Contoh antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House ialah ‘Hydroxytyrosol’.

Penulis: Mimi De Olivia

SumberOlive House
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 28 September 2015

Masalah ‘Tarik/Simpul Mengkarung’ & ’Krem’




Soalan Dari Pelanggan (Masalah ‘Tarik/Simpul Mengkarung’+’Krem’):

Assalamualaikum doktor. Saya kerap terjadinya ‘tarik mengkarung’ pada betis & jari-jari kaki. Terlampau kerap sangat sekarang ini sehingga ‘krem’. Mengapakah ia selalu dan kerap berlaku? Bagaimana MZ/SCT dan Quranic Foods dapat membantu?


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah kejang saraf mungkin disebabkan oleh penyempitan pada jalan keluar saraf dari tulang belakang (nerve entrapment) yang menyebabkan sakit dan kejang sepanjang peha hingga ke kaki (sciatic pain) atau ketidakstabilan garam elektrolit seperti sodium di dalam badan. Jika puncanya ialah tulang belakang yang menekan saraf, boleh dicuba rawatan kiropraktik bagi membetulkan alignment tulang belakang. Makan MZ dengan dos yang tinggi bagi mengurangkan radang saraf yang terlibat serta amal SCT untuk keseimbangan garam elektrolit.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah 'cramp' dan tarik mengkarung biasanya disebabkan otot yang bermasalah. Ini juga berkaitan dengan sensitivity gluten dan elakkan gandum, gula putih dan susu. Banyakkan pemakanan sihat di samping MZ dan SCT, contohnya chia seed, sesame seed, kunyit hidup dan lain-lain. Tolong hentikan tabiat menggunakan susu pekat manis untuk membancuh minuman.

Untuk pengetahuan semua, gula putih yang kita makan akan menyebabkan mineral dalam tulang dan otot terpaksa dikeluarkan untuk menyeimbangkan semula komposisi darah akibat mengambil gula putih yang tidak seimbang mineralnya. Lama-kelamaan, keupayaan otot dan tulang akan berkurangan. Wallahu'alam.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 21 September 2015

Panduan Pengambilan MINYAK ZAITUN Terbaik




Soalan Dari Pengguna (Panduan Dos MZ Terbaik):

Assalamuálaikum doktor. Mohon panduan untuk amal minyak zaitun dos yang betul. Pesakit kencing manis dah 2 tahun dialisis dan mempunyai permasalahan jantung. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan PMZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. InsyaAllah, amalkan dos yang kecil untuk permulaan(2 sudu sehari sekali) dan selepas itu naikkan dos secara perlahan-lahan. Berbekam wajib dilakukan.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Tuesday, 15 September 2015

Masalah Saraf & Sari Cuka Teen(SCT)




Soalan Dari Pengguna(Masalah Saraf & SCT):

Assalamu'alaikum. Saya hendak buat pertanyaan, saya ada sakit saraf dan bolehkah saya minum Sari Cuka Teen ini?


Jawapan Dari Dr. Hafizah:


Wa’alaikumsalam. Penyakit saraf yang bagaimana agaknya ya? Walau apa pun, cuka teen ini memang sangat bagus untuk otak dan saraf kerana ia mengandungi vitamin-vitamin untuk kedua-duanya juga iaitu mangan dan choline yang melindungi otak dari kerosakan dan meningkatkan kepekaan saraf.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah kejang saraf mungkin disebabkan oleh penyempitan pada jalan keluar saraf dari tulang belakang (nerve entrapment) yang menyebabkan sakit dan kejang sepanjang peha hingga ke kaki (sciatic pain) atau ketidakstabilan garam elektrolit seperti sodium di dalam badan. Jika puncanya ialah tulang belakang yang menekan saraf, boleh dicuba rawatan kiropraktik bagi membetulkan alignment tulang belakang. Makan Pati Minyak Zaitun dengan dos yang tinggi bagi mengurangkan radang saraf yang terlibat serta amal SCT untuk keseimbangan garam elektrolit.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)