AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 3 December 2015

Masalah Jerebu Melanda




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Jerebu Melanda):


Assalamualaikum doktor hafizah dan doktor salman. Dalam situasi negara kita yang dilanda masalah jerebu ketika ini, adakah pengamalan produk Olive House dapat membantu dalam penjagaan kesihatan kesan daripada mudarat pencemaran udara ini? Apakah Quranic Food terbaik untuk diamalkan saya dalam cuaca berjerebu ini. Mohon kerjasama doktor. Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Quranic Food adalah pemakanan superfood yang meningkatkan keupayaan tubuh dalam melawan punca penyakit. Sudah tentu ianya berperanan sebagai perisai dari ancaman bahaya jerebu dengan izin Allah. Saya cadangkan pengambilan air beralkali (H-Water) sepanjang musim jerebu ini. Cuka teen juga dapat membantu mengalkalikan darah. Minyak zaitun dapat melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas terutamanya akibat gas-gas merbahaya dalam udara berjerebu. Sebaik-baik pelindung adalah Allah, maka mintalah perlindungan yang  bersungguh-sungguh dari-Nya.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pendedahan kepada jerebu menyebabkan salur pernafasan bereaksi dengan menghasilkan kahak yang berlebihan, batuk dan kadangkala pembengkakan mukosa menyebabkan penyempitan salur pernafasan. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit asthma sukar dikawal dan membawa kepada jangkitan paru-paru
(pneumonia) terutamanya kepada kanak-kanak. Di antara cara pencegahannya ialah dengan memakai penutup muka (mask) yang mampu menapis partikel habuk serta mengurangkan aktiviti luar. Sentiasa berkumur dengan cuka teen bagi mencairkan kahak serta menjadikan suasana di dalam mulut lebih berasid yang tidak sesuai bagi pembiakan kuman.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

Monday, 23 November 2015

PATI DELIMA NARSH OLIVE HOUSE AZERBAIJAN | Aafiyat Lifestyle


1. Tuan puan semua pasti sedar, sebelum ini Olive House hanya memasarkan jus delima sahaja akan tetapi kali ini satu lagi produk baharu akan muncul iaitu Dibs Pomegranate / pati delima.

2. Senarai harga bagi dibs ini mungkin sebahagian sudah perolehi dan mungkin tertanya2 kenapa harganya lebih mahal dari yang ditawarkan di pasaran dalam saiz yang sama!!!??


3. Mari kita analisa bersama, apa faktor dibs Olive House harga seolah2 premium berbanding yang berada di pasaran.

4. Pati delima di pasaran kebanyakan hanya 10-20 % delima yang digunakan untuk penghasilan pati, bakinya iaitu 80-90% adalah pewarna, perasa, gula putih dan bahan2 lain yang dibenarkan untuk dimasukkan di dalam makanan. Adapun pati delima /dibs Olive House 100% delima tanpa bahan tambahan.


5. Perkara yang kedua, kebanyakkan pati delima dijual di pasaran dicampur dengan bahan yang amat merbahaya kepada kesihatan tubuh untuk tempoh masa panjang iaitu gula putih. Pati delima/dibs Olive House tiada bahan ini bahkan lebih mengagumkan memperolehi 2 sijil pengiktirafan organik antarabangsa.

6. Jika di pasaran, harga pati delima yang ditawarkan RM20 sebotol hanya memberikan 20% delima beserta gula putih dan bahan2 lain, Olive House memberikan delima 100% dan sepatutnya harga yang patut dijual adalah RM100 sebotol kerana kandungan delimanya 5 kali ganda dari yang berada di pasaran. Akan tetapi harga yang ditawarkan hanyalah  RM49.90 sahaja kepada pelanggan. Subhanallah!!! 50% penjimatan harga.

7. Sekali lagi, Olive House memberikan kepada pelanggan semua produk berkualiti tinggi tetapi dengan harga mampu milik. Kerana kita inginkan senyuman kesihatan dari para pelanggan. Olive House lah pencetus senyuman semulajadi anda dan keluarga.


DAPATKAN PATI DELIMA OLIVE HOUSE SEKARANG!


WhatsApp: 013-4619694/013-4079445

Friday, 20 November 2015

5 MAKANAN SUPER YANG DAPAT MENGGELAKKAN ARTERI DARIPADA TERSUMBAT




5 MAKANAN SUPER YANG DAPAT MENGGELAKKAN ARTERI DARIPADA TERSUMBAT


Tarikh: 17.11.2015


Untuk mendapatkan jantung yang sihat, anda juga perlu mempunyai arteri yang sihat. Arteri merupakan agen yang bertanggungjawab bagi menyalurkan darah kepada tisu badan anda. Jika anda tidak mengambil langkah untuk membersihkan arteri anda, plak akan terhasil dan lama kelamaan akan menjadi tersumbat. Akibatnya, aliran darah akan terhalang. Plak yang hendak dihindari adalah sebenarnya terdiri daripada  kolesterol, lemak, cellular waste, fibrin dan kalsium.

Perkara yang terbaik dalam pembersihan arteri adalah anda hanya perlu mengambil makanan yang sihat. Berikut adalah makanan yang sangat baik untuk arteri dan anda perlu menambah makanan di bawah di dalam diet anda:

1. Bawang putih

Pengambilan bawang putih dalam makanan anda adalah salah satu cara paling mudah untuk membersihkan arteri. Menurut kajian yang diadakan di Jerman, pengambilan bawang putih yang konsisten boleh mencegah pengerasan aorta. Ia juga mengurangkan tahap kolesterol tidak sihat dan memberikan manfaat kepada jantung terutama bagi orang-orang yang lebih berumur.

2. Delima

Ianya adalah makanan eksotik yang terkenal di mana dapat membantu dalam masalah arteri tersumbat seperti yang disahkan oleh kajian tahun 2005 yang disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. Buah delima mengandungi jumlah polifenol yang tinggi, vitamin C dan juga antioksidan lain. Ia juga membantu dalam merangsang pengeluaran nitrik oksida yang menyebabkan arteri terbuka dan oleh yang demikian menjadikannya lebih mudah untuk darah mengalir.

3. Salmon

Ia merupakan ikan yang mengandungi lemak yang terkenal dengan manfaat kesihatan dimana ia membantu menghilangkan pembentukan plak. Ia mengandungi omega-3 asid lemak, termasuk asid eicosapentaenoic atau EPA dan docosahexaenoic atau DHA. Kedua-duanya boleh meningkatkan kolesterol HDL atau kolesterol sihat di samping mengurangkan paras trigliserida yang berbahaya yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran darah.

4. Kunyit

Satu lagi makanan super terkenal adalah kunyit. Ia adalah sejenis rempah yang boleh ditambah di dalam makanan bagi membantu menjaga saluran darah daripada tersumbat. Kunyit kaya dengan curcumin, suatu sebatian yang sangat sihat dan dilengkapi dengan beberapa manfaat termasuk mengurangkan berlakunya keradangan dan kerosakan saluran darah.

5. Minyak Zaitun

Apabila anda membeli minyak zaitun, pilihan yang terbaik adalah minyak zaitun extra virgin di mana ia yang amat baik untuk kesihatan jantung. Ia mengandungi antioksidan, terutamanya polifenol yang sangat baik untuk jantung. Apabila digabungkan dengan lemak monotaktepu, minyak zaitun boleh mengurangkan tahap kolesterol tidak sihat sambil meningkatkan jumlah kolesterol yang sihat. Hasilnya, pembentukan plak dalam arteri dapat dikurangkan.

Arteri amat penting untuk jantung dan aliran darah. Sememangnya arteri mempunyai ciri-ciri yang kuat, elastik dan fleksibel. Akan tetapi, deposits boleh membuat ia menjadi keras dan seterusnya menghadkan pengedaran darah yang kaya dengan oksigen ke seluruh badan. Jadi, tambahlah makanan super yang disenaraikan di atas untuk membersihkan arteri anda dan menjaga kesihatan jantung anda pada masa yang sama.


Sumber: OLIVE HOUSE
Sebaran Umum: wwww.facebook.com/asysyakirin.oliveoil (FB Page: Asy-Syakirin Enterprise)

Tuesday, 17 November 2015

Nutrisi Utama Pati Minyak Zaitun OLIVE HOUSE




Amalkan 2 sudu #PatiMinyakZaitun setiap hari untuk membantu menurunkan kolestrol, mencegah risiko terkena penyakit jantung dan juga menjaga kesihatan badan yang menyeluruh.

.

Maklumat lanjut boleh layari laman blog kami di 📱💻 houseofquranicfoods.blogspot.com atau hubungi talian 🔥 "hotline"🔥 di 013-4619694/013-4079445 (📞WhatsApp Available☎).

.

#olivehouse #malaysiaolivehouse #pencetussenyumansemulajadi #webeginwithnature #patiminyakzaitun #pmz #oliveoil #virginoliveoil #kolestrol #jantung #sihat #asysyakirinenterprise #quranicfood #sunnahfood #superfood

Saturday, 7 November 2015

Sinergi Produk & GOUT (Part 2)

SINERGI PRODUK OLIVE HOUSE DAN GOUT (Part 2)


Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 26.10.2015



Zaitun adalah makhluk Allah yang sangat istimewa apabila dinukilkan sebanyak 8 kali dalam Al Quran, samada secara langsung atau tidak langsung. ‘Olive House’ mengambil inisiatif mengeluarkan zaitun dalam bentuk minyak demi memberi khasiat yang optimum kepada masyarakat. Ini bertepatan dengan ayat 20, Surah Al Mukminun yang menceritakan minyak zaitun yang penuh khasiat dan manfaat kepada manusia. ‘Olive House’ sangat mementingkan pengekalan khasiat yang optimum kepada pembeli dengan mengambil berat dari sudut proses penghasilan minyak daripada buah zaitun. Pemilihan kepada minyak yang tidak bertapis, tidak dikenakan haba atau kekasaran pada buah zaitun bermula daripada proses memetik buah sehinggalah ke fasa pembotolan minyak zaitun.

Hasilnya, minyak zaitun yang dikeluarkan oleh ‘Olive House’ ini terbaik daripada sudut khasiatnya seperti antioksida yang berganda-ganda, anti keradangan, vitamin dan mineral. Bagi pesakit gout, dengan pengamalan pati minyak zaitun ‘Olive House’ dalam kehidupan seharian anda, insyaAllah akan bantu rawat dengan kelebihan ‘Hydroxytyrosol’ yang merupakan antioksida terbaik. Kelebihannya yang merupakan 15x ganda daripada teh hijau dapat mengurangkan pemendakan cecair pada sendi dengan pengeluaran air kencing dan pengurangan paras asid urik. Istimewanya tindakan ini, tidak akan mengganggu paras mineral seperti ‘potassium’ dan ‘sodium’ dalam darah.

Dengan khasiat yang istimewa seperti Omega 3 dan 6 yang merupakan lemak PERLU yang mesti diambil setiap hari, tidak dapat dihasilkan oleh badan sendiri tetapi perlu diambil daripada sumber luar dan ini menjadikan pati minyak zaitun sebagai pilihan utama bagi merawat keradangan yang berlaku pada sendi. Omega 3 & Omega 6 juga berperanan menstabilkan emosi dan memberi ketenangan fikiran selain daripada kelebihan khasiatnya yang membantu menstabilkan tekanan darah. ‘Selenium’ pula ialah mineral yang perlu diambil setiap hari, tindakannya dalam badan seakan-akan antioksida disebabkan fungsinya yang kompleks, menjadikan pati minyak zaitun sebagai pelindung daripada kerosakan sel buah pinggang. Umumnya mengetahui bahawa apabila sel buah pinggang rosak atau kurang cekap, asid urik berlebihan tidak akan ditapis dengan sempurna. ‘Oleuropein’ adalah 400x ganda tidakannya berbanding Vitamin C, menghalang pembentukan asid urik dengan merencat funsi enzim di hati yang terlibat dalam pembentukan asid urik. ‘ Oleuropein’ ini memberi rasa pahit pada minyak zaitun dan manfaatnya sangat berganda-ganda seperti antioksida, anti keradangan, sebagai ‘ubat tahan sakit semulajadi’ yang terbaik dan banyak lagi.



Allah S.W.T telah bersumpah, ‘demi Teen dan Zaitun’ dalam Surah At Teen, ayat 1 dan penerusan cerita tentang sebaik-baik kejadian manusia yang DIA ciptakan pada ayat 4, surah yang sama. Segelintir pengkaji dari Jepun menyelidik bahawa dalam otak manusia ada protein namanya ‘Methalonids’ yang berfungsi sebagai penstabilan paras kolestrol dalam darah, menguatkan jantung, mengawal pernafasan juga pembentukan jati diri manusia. Dalam protein ini mengandungi fosforus, zink, zat besi yang merupakan mineral penting dalam penstabilan sistem badan manusia. Kandungan protein ini akan semakin berkurangan selari dengan pertambahan umur sedangkan protein ini sangat penting sepanjang penerusan kehidupan manusia. Lalu, mereka mengkaji tumbuhan apakah yang mampu membantu atasi masalah kekurangan protein ini dan menjumpai penyelesaiannya ada pada dua makhluk ini. Maha Hebat Allah S.W.T yang menjadikan buah teen dan zaitun ini ada khasiat yang di perlukan oleh protein ‘Methalonids’ untuk penerusan fungsinya. Mengikut kajian ahli-ahli dalam bidang penafsiran Al Quran, Surah At Teen, ayat 1-6 ini sangat berkait antara satu ayat dengan ayat seterusnya. Bila mana manusia itu mengamalkan pemakanan yang baik, dalam konteks ayat ini iaitu Teen dan Zaitun, akan lahirlah manusia yang sebaik-baik kejadian. MasyaAllah, kehebatan SINERGI ini telah Allah nukilkan sejak zaman nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W lagi. Di sini juga, dalam skop pesakit gout, sangat baik diamalkan bersama-sama zaitun dan teen.

‘Olive House’ mengambil inisiatif memasarkan teen dalam bentuk Buah Teen Separa Segar dan Cuka Buah Teen. Manfaat Teen ini pada pesakit gout ialah mineral ‘Potassium’ yang ada kandungan garam organik mengawalatur keseimbangan asid dan alkali dalam badan dan mensintesis protein kepada bentuk yang mudah dikumuhkan daripada badan. Di samping itu, mineral ‘Mangan’ yang ada dalam Teen juga membantu rawat masalah gout dengan menstabilkan emosi bagi yang mudah alami tekanan perasaan. Peneutralan medium berasid dalam badan amat penting bagi mengelakkan lambakan pembentukan asid urik. Justeru, Sari Cuka Teen sangat digalakkan pengambilannya kerana di dalamnya ada khasiat Asid Asetik Organik. Asid Asetik Organik ini juga membantu mencernakan kolestrol kepada bentuk yang lebih ringkas agar mudah diserap oleh sel badan atau dibuang sebagai bahan kumuh. Hal ini akan dapat mengatasi masalah obesiti yang turut dikategorikan sebagai punca serangan gout berlaku. Proses penghasilan cuka teen ini secara alami tanpa penambahan pengawet, asid, perasa dan sebagainya menyebabkan khasiat di dalamnya kekal terpelihara sehingga ke tangan pembeli.

Akhirnya, saya ingin mencadangkan kepada pesakit-pesakit gout agar mencuba rawatan berbekam dan akupuntur. Anda akan dapati perubahan positif setelah menjaga pemakanan harian, beramal dengan ‘Quranic Food’ dan rawatan bekam dan akupuntur, insyaAllah. Jangan lupa, teruslah berdoa dan sentiasa mengingatiNya ketika sakit mahupun sihat. Ambil masa sedikit ketika solat, panjangkan tempoh masa ketika rukuk dan sujud. InsyaAllah, Dia Maha Menyembuh. Wallahua’lam.



SumberOlive House Medic & Business.
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 2 November 2015

Sinergi Produk & GOUT (Part 1)




SINERGI PRODUK OLIVE HOUSE DAN GOUT (Part 1)


Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 26.10.2015


Maksudnya: Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): (24)

Ayat di atas adalah salah satu ayat dalam Surah ‘Abasa, iaitu surah ke 80 dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim. Surah ‘Abasa merupakan surah Makkiyah, iaitu diturunkan oleh Allah S.W.T sebelum berlakunya peristiwa Hijrah. Ayat di atas adalah permulaan penceritaan bukti-bukti kekuasaan Allah S.W.T di alam semesta ini setelah beberapa ayat sebelumnya berkaitan tentang peringatan Allah kepada manusia yang tidak tahu mengenal hakikat diri hingga engkar kepadaNya padahal nikmat yang Dia telah berikan terus-terusan melimpah-ruah.

Namun begitu, apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah lebih kepada pola makanan harian yang hakikatnya Allah sudah memberi peringatan kepada manusia sejak sebelum peristiwa Hijrah lagi.
Jika kita teliti Surah ‘Abasa, ayat 24 di atas, menunjukkan kata kerja ‘arahan’, yakni perintah Allah agar manusia sentiasa melihat kepada makanan seharian. Jadi, aspek penilaian menu makanan amatlah perlu dititikberatkan khasnya oleh manusia yang yakin dan beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Pengakhiran & Ketentuan Dia Yang Maha Esa juga oleh manusia lain amnya. Daripada makananlah akan terbentuk jasmani dan juga terdidiknya aspek rohani pada batang tubuh seseorang.

Malangnya, manusia hari ini sudah tidak lagi mementingkan aspek pemakanan. Asalkan makanan itu rupanya cantik, rasanya sedap, manis dan sebagainya, terus dimasukkan ke dalam mulut. Tanpa memikirkan soal khasiat yang bakal diperoleh dan kandungan di dalam makanan itu. Kesannya, pelbagai penyakit sangat mudah diperoleh, termasuk Gout.





Gout adalah sejenis keradangan yang PALING sakit, berlaku dalam tempoh 6-24 jam yang pertama dan berlarutan hingga antara 3-10 hari. Sakit yang membahang berlaku secara tiba-tiba, membengkak, berlaku kekejangan dan kemerah-merahan pada sendi. Kebanyakannya menyerang di waktu malam seusai menjamah makanan atau ketika hendak merehatkan badan. Serangan ini berlaku kerana lambakan bahan kumuh iaitu Asid Urik yang berasal daripada sumber protein iaitu ‘Purin’. Ia sepatutnya dikumuhkan atau dibuang, tetapi telah berkumpul di urat saraf membentuk Kristal batu gout. Kristal ini boleh juga terbentuk di bahagian buah pinggang dan pundi kencing yang dikenali sebagai batu karang. Apabila serangan gout berlaku, rasanya sungguh menyakitkan, sehinggakan apabila bergeser kaki dengan selimut pun menyeksakan.

Seringkali kita melihat dan membaca artikel-artikel berkaitan gout, akan diceritakan bahawa faktor terjadinya serangan gout ialah pengambilan makanan berprotein tinggi seperti ikan, hidupan laut, daging, kekacang dan sebagainya. Hakikatnya, ada pengidap masalah gout ini, sudah pun menjaga pemakanan harian, namun masih mengalami serangan gout. Rupa-rupanya pengambilan gula berpeluntur @ gula putih @ perasa komersial juga penyumbang kepada peningkatan Asid Urik dalam badan. Contohnya minuman harian kita daripada air berwarna, makanan seperti biskut, roti dan sebagainya turut mengandungi gula putih @ perasa yang dikomersialkan. Hakikat yang bukan semua orang tahu dan sedar bahawa perasa komersial ini sangat menguntungkan bagi sektor perindustrian makanan. Penghasilan perasa ini diubah struktur ikatan kimianya dalam makmal agar menyamai rasa manis gula dengan kos yang rendah, tetapi pulangannya apabila dimasukkan dalam produk untuk dijual sungguh lumayan. Bagi penghidap gout yang makan gula berlebihan ini akan terganggu enzim dalam hatinya yang menyebabkan peningkatan asid urik dalam darah, seterusnya serangan gout pun berlaku.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan kimia tertentu seperti ubat ‘diuretic’ (ubat merangsang pengeluaran air kencing) dan ‘aspirin’ (ubat cair darah) dengan tujuan untuk mengawal paras tekanan darah turut dikategorikan sebagai faktor berlakunya serangan gout.

Bagi individu yang memiliki berat badan berlebihan atau tahap obesiti, berhati-hatilah kerana anda mungkin akan mengalami serangan gout. Beban berat yang besar terpaksa ditanggung oleh buah pinggang akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik untuk mengkumuhkan asid urik dalam darah. Risiko gout juga turut berlaku kepada individu yang mengalami kegagalan buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Alhamdulillah, kita ada Allah S.W.T untuk mohon diberikanNya kesembuhan. DiturunkanNya ikhtiar penawar, salah satunya dan terbaik melalui ‘Quranic Food’ iaitu makanan yang bernutrisi tinggi yang banyak tempat dinukilkan dalam Al Quran Al Karim. Olive House mengambil inisiatif ini untuk mengajar masyarakat mengamalkan ‘Quranic Food’ untuk sihat dan berkat, insyaAllah.



SumberOlive House Medic & Business.
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)