AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday, 9 December 2015

Masalah Gastrik & Perut Sensitif




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Gastrik & Perut Sensitif):


Assalamualaikum doktor hafizah. Saya mengalami gastrik dan perut sensitif. Asal sahaja makanan yang berangin, masam atau berminyak, pasti mendatangkan masalah pada perut saya. Saya cuba cuka buah tin dan banyak kali sudah saya bancuh dengan air dan campur sahaja sedikit madu. Selepas saya minum, tidak sampai 1 jam perut saya berangin. Kenapa begitu doktor? Setiap kali saya cuba amalkan cuka buah-buahan, memang akan jadi begitu. Minyak zaitun saya amalkan 1 pagi 1 malam manakala Qaseh Gold dan habbatusauda saya amal juga. Boleh doktor bagi pencerahan dan nasihat. Terima kasih.

 
Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pengambilan cuka teen haruslah diteruskan. Penghasilan gas yang banyak adalah akibat tindakbalas kimia penyembuhan di dalam perut. Jangan sekali-kali disamakan makanan dari segi masamnya atau minyaknya kerana apa yang lebih penting adalah sumbernya. Masam dan berminyak hasil dari ciptaan Allah adalah memberi manfaat manakala hasil dari bahan kimia sintetik ciptaan manusia adalah memudaratkan. Jangan kita tertipu dan sentiasalah bersangka baik dengan segala makanan al-Quran. Elakkan pengambilan makanan proses termasuk roti dan biskut, juga elakkan makan berlebihan. Semoga Allah mengurniakan hidayah melalui kesembuhan.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit radang selaput perut (gastritis) mempunyai tahap-tahap tertentu bermula dari tahap ringan (mild) hinggalah kepada tahap komplikasi seperti ulser
yang membawa kebocoran perut. Olive oil mampu merawat peringkat awal radang perut dengan meneutralkan asid  hidroklorik seterusnya membentuk lapisan minyak yang mencegah hakisan asid. Dalam kes yang teruk, ianya memerlukan scope/teropong ke bahagian perut untuk memastikan tiada ulser atau pendarahan yang berlaku kerana keadaan tersebut
memerlukan rawatan intensif.

Bagi rawatan gastritis di peringkat awal, rawatan berikut boleh diikhtiarkan:
 
a) Madu asli dicampur air suam diminum semasa perut kosong
b) Minyak zaitun dicampur air suam diminum setiap kali sebelum makan
c) Mengambil oat bersama madu sebagai sarapan
d) Mengambil jus halia setiap hari
e) Mengelakkan makanan yang pedas

Jika simptom masih tidak terkawal, ubatan seperti proton pump inhibitor perlu diambil atas nasihat doktor.
  
 
Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday, 3 December 2015

7 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG UBAT-UBATAN MODEN




7 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG UBAT-UBATAN MODEN | Secret Medicine


Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Tarikh: 01.12.2015


1. 90% dari semua jenis penyakit seperti barah, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain dapat dielak melalui amalan diet, nutrisi, cahaya matahari dan senaman. Tiada satu pun kaedah ini selain senaman disarankan oleh doktor-doktor moden kerana ia tidak memberi keuntungan kepada mereka dari segi wang. Cahaya matahari dan senaman adalah percuma, ia tidak dapat dipatentkan oleh sesiapa. Mustahil kita perlu membayar untuk mendapatkan cahaya matahari.

2. Hampir semua pemakanan ubatan farmasitikal hari ini adalah hasil dari pelan pemasaran yang intensif yang secara rahsia menyogok pakar-pakar perubatan supaya menyarankan pesakit mengambil sukatan ubat secara berlebihan dari sepatutnya. Hanya sedikit sahaja yang mengikut sukatan secara saintifik. Di Malaysia, kita dapat melihat di TV bagaimana kerjaya doktor-doktor telah dibeli dengan harga yang murah di dalam iklan untuk mempromosikan penggunaan ubat gigi Sensodyne. Mereka sebenarnya dibayar - belum tentu mereka menggunakan ubat gigi tersebut. 

3. Tiada ubat-ubat farmasitikal yang benar-benar menyembuhkan punca sebenar penyakit hingga ke akar umbi. Malah dadah yang "paling berkesan" juga hanya mengawal simptom, yang memerlukan kos yang tinggi dengan fungsi fisiologi yang menyebabkan kesan sampingan. Tiada satu jenis dadah pun yang tiada kesan sampingan.

4. Dalam sistem perubatan moden, tiada insentif kewangan diberikan kepada sesiapa (syarikat ubat, hospital, doktor dll.) yang benar-benar dapat menyembuh/menyelamatkan pesakit dari penyakit yang dihidapinya. Keuntungan dijana dari sakit yang berterusan, bukan kesihatan atau pencegahan.

5. Biasanya, semua program pencegahan yang anda lihat hari ini seperti mammogram percuma dan program screening yang lain adalah program merekrut bakal pesakit. Mereka menggunakan kaedah "percuma" ini untuk menakutkan orang ramai sehingga terpaksa percaya, bersetuju dan menerima kaedah perubatan yang mahal dan sebenarnya tidak perlu dijalankan yang biasanya memperkayakan syarikat pembuat ubat. Contohnya kaedah mammografi yang digunakan untuk barah buah dada adalah sebenarnya menerukkan lagi keadaan - mesin itu sendiri menyebabkan barah!!!

6. Doktor-doktor tidak tahu-menahu tentang pemakanan nutrisi dan ia tiada dalam subjek pelajaran mereka semasa menuntut di universiti. Meminta nasihat seorang doktor untuk mengajar bagaimana untuk mengelak dari penyakit sama seperti meminta seorang mekanik kenderaan melakukan operasi pembedahan otak. Mereka hanya tahu merawat simptom. Walaupun sebilangan doktor moden sedar akan khasiat dari pemakanan nutrisi, mereka hakikatnya tidak mengerti akan kewujudan penawar penyakit yang berasal dari tumbuhan semulajadi seperti herba, buah-buahan dan sayuran.

7. Tiada seorang pun berminat mengambil tahu kesihatan anda selain diri anda sendiri. Tiada koperat, tiada doktor dan tiada jabatan kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu anda sihat. Dengan menjadikan anda sakit, ia lebih mudah untuk mengawal dan mengeksploitasikan kewangan anda. Individu yang sihat, teliti dalam permasalahan perubatan adalah ancaman kepada perancangan mereka.


Ingat 7 perkara di atas dan anda akan menjadi orang yang lebih tahu tentang kesihatan dan penyakit dari kebanyakan orang lain. Untuk diri anda, jadilah seorang yang sihat - jauhkan diri dari mengambil dadah-dadah berjadual, amalkan diet semulajadi, makan makanan segar - jauhkan makanan yang sudah diproses seperti makanan dalam tin (canned food), makanan sejuk-beku (frozen food - burger, hotdog), makanan kudap-kudap (junk food), hati-hati dengan "bahan pewarna dan perasa yang dibenarkan", lakukan senaman, kawal penggunaan bahan-bahan kimia di dalam rumah seperti racun serangga, penyembur nyamuk, kalau boleh tinggalkan terus, tinggalkan produk-produk kosmetik yang berasaskan kimia toksik seperti krim cucian badan, syampu dan lain-lain. Amalkan kehidupan secara semulajadi, sihat dan sentiasa berwaspada (cerewet terhadap bahan-bahan kandungan). Jangan terlalu berserah kepada orang lain untuk menjaga kehidupan kita. Mereka hanya berminat menjaga wang kita. Jangan mengharapkan insuran untuk menampung kos perubatan kita kerana mereka memiliki perancangan tertentu untuk mengaut keuntungan dari wang kita. Jika kita orang yang sentiasa berwaspada, kita tidak perlukan semua itu. Jangan terlalu yakin pihak berkuasa mengutamakan kesihatan anda kerana bagi mereka wang lebih utama (mereka pernah membatalkan usaha pihak tertentu supaya mengharamkan iklan makanan ringan di TV kerana risiko akan kehilangan pendapatan berbilion ringgit). Kempen TAK NAK! rokok hanya kempen yang sia-sia dan tidak berfaedah kepada perokok tegar, hanya menakutkan mereka yang bukan perokok. Mereka menjana keuntungan berlipat ganda hasil cukai tembakau yang meningkat saban tahun. Industri farmasi juga membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Jangan terlalu percaya dan taksub dengan nasihat doktor supaya terus mengambil ubat mengikut sukatan yang diberikan kerana lama-kelamaan anda akan terus bergantung kepada ubat dan wang anda akan terus mengalir ke dalam poket mereka. Bayangkan sesebuah klinik swasta yang kecil mampu menjaga keuntungan berpuluh-puluh malah beratus ribu sebulan.

Jumpalah doktor untuk tujuan diagnos penyakit anda sahaja, kemudian carilah kaedah rawatan semulajadi atau amalkan diet nutrisi tertentu supaya penyakit anda semakin berkurang dan dijauhkan - sangat mudah dan murah. Pada asasnya tiada sukatan untuk pemakanan semulajadi, apa yang ada hanyalah kadar yang dicadangkan. Waallahu'alam.


Sumber: The Secret Medicine

Masalah Jerebu Melanda




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Jerebu Melanda):


Assalamualaikum doktor hafizah dan doktor salman. Dalam situasi negara kita yang dilanda masalah jerebu ketika ini, adakah pengamalan produk Olive House dapat membantu dalam penjagaan kesihatan kesan daripada mudarat pencemaran udara ini? Apakah Quranic Food terbaik untuk diamalkan saya dalam cuaca berjerebu ini. Mohon kerjasama doktor. Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Quranic Food adalah pemakanan superfood yang meningkatkan keupayaan tubuh dalam melawan punca penyakit. Sudah tentu ianya berperanan sebagai perisai dari ancaman bahaya jerebu dengan izin Allah. Saya cadangkan pengambilan air beralkali (H-Water) sepanjang musim jerebu ini. Cuka teen juga dapat membantu mengalkalikan darah. Minyak zaitun dapat melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas terutamanya akibat gas-gas merbahaya dalam udara berjerebu. Sebaik-baik pelindung adalah Allah, maka mintalah perlindungan yang  bersungguh-sungguh dari-Nya.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pendedahan kepada jerebu menyebabkan salur pernafasan bereaksi dengan menghasilkan kahak yang berlebihan, batuk dan kadangkala pembengkakan mukosa menyebabkan penyempitan salur pernafasan. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit asthma sukar dikawal dan membawa kepada jangkitan paru-paru
(pneumonia) terutamanya kepada kanak-kanak. Di antara cara pencegahannya ialah dengan memakai penutup muka (mask) yang mampu menapis partikel habuk serta mengurangkan aktiviti luar. Sentiasa berkumur dengan cuka teen bagi mencairkan kahak serta menjadikan suasana di dalam mulut lebih berasid yang tidak sesuai bagi pembiakan kuman.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

Monday, 23 November 2015

PATI DELIMA NARSH OLIVE HOUSE AZERBAIJAN | Aafiyat Lifestyle


1. Tuan puan semua pasti sedar, sebelum ini Olive House hanya memasarkan jus delima sahaja akan tetapi kali ini satu lagi produk baharu akan muncul iaitu Dibs Pomegranate / pati delima.

2. Senarai harga bagi dibs ini mungkin sebahagian sudah perolehi dan mungkin tertanya2 kenapa harganya lebih mahal dari yang ditawarkan di pasaran dalam saiz yang sama!!!??


3. Mari kita analisa bersama, apa faktor dibs Olive House harga seolah2 premium berbanding yang berada di pasaran.

4. Pati delima di pasaran kebanyakan hanya 10-20 % delima yang digunakan untuk penghasilan pati, bakinya iaitu 80-90% adalah pewarna, perasa, gula putih dan bahan2 lain yang dibenarkan untuk dimasukkan di dalam makanan. Adapun pati delima /dibs Olive House 100% delima tanpa bahan tambahan.


5. Perkara yang kedua, kebanyakkan pati delima dijual di pasaran dicampur dengan bahan yang amat merbahaya kepada kesihatan tubuh untuk tempoh masa panjang iaitu gula putih. Pati delima/dibs Olive House tiada bahan ini bahkan lebih mengagumkan memperolehi 2 sijil pengiktirafan organik antarabangsa.

6. Jika di pasaran, harga pati delima yang ditawarkan RM20 sebotol hanya memberikan 20% delima beserta gula putih dan bahan2 lain, Olive House memberikan delima 100% dan sepatutnya harga yang patut dijual adalah RM100 sebotol kerana kandungan delimanya 5 kali ganda dari yang berada di pasaran. Akan tetapi harga yang ditawarkan hanyalah  RM49.90 sahaja kepada pelanggan. Subhanallah!!! 50% penjimatan harga.

7. Sekali lagi, Olive House memberikan kepada pelanggan semua produk berkualiti tinggi tetapi dengan harga mampu milik. Kerana kita inginkan senyuman kesihatan dari para pelanggan. Olive House lah pencetus senyuman semulajadi anda dan keluarga.


DAPATKAN PATI DELIMA OLIVE HOUSE SEKARANG!


WhatsApp: 013-4619694/013-4079445

Friday, 20 November 2015

5 MAKANAN SUPER YANG DAPAT MENGGELAKKAN ARTERI DARIPADA TERSUMBAT




5 MAKANAN SUPER YANG DAPAT MENGGELAKKAN ARTERI DARIPADA TERSUMBAT


Tarikh: 17.11.2015


Untuk mendapatkan jantung yang sihat, anda juga perlu mempunyai arteri yang sihat. Arteri merupakan agen yang bertanggungjawab bagi menyalurkan darah kepada tisu badan anda. Jika anda tidak mengambil langkah untuk membersihkan arteri anda, plak akan terhasil dan lama kelamaan akan menjadi tersumbat. Akibatnya, aliran darah akan terhalang. Plak yang hendak dihindari adalah sebenarnya terdiri daripada  kolesterol, lemak, cellular waste, fibrin dan kalsium.

Perkara yang terbaik dalam pembersihan arteri adalah anda hanya perlu mengambil makanan yang sihat. Berikut adalah makanan yang sangat baik untuk arteri dan anda perlu menambah makanan di bawah di dalam diet anda:

1. Bawang putih

Pengambilan bawang putih dalam makanan anda adalah salah satu cara paling mudah untuk membersihkan arteri. Menurut kajian yang diadakan di Jerman, pengambilan bawang putih yang konsisten boleh mencegah pengerasan aorta. Ia juga mengurangkan tahap kolesterol tidak sihat dan memberikan manfaat kepada jantung terutama bagi orang-orang yang lebih berumur.

2. Delima

Ianya adalah makanan eksotik yang terkenal di mana dapat membantu dalam masalah arteri tersumbat seperti yang disahkan oleh kajian tahun 2005 yang disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. Buah delima mengandungi jumlah polifenol yang tinggi, vitamin C dan juga antioksidan lain. Ia juga membantu dalam merangsang pengeluaran nitrik oksida yang menyebabkan arteri terbuka dan oleh yang demikian menjadikannya lebih mudah untuk darah mengalir.

3. Salmon

Ia merupakan ikan yang mengandungi lemak yang terkenal dengan manfaat kesihatan dimana ia membantu menghilangkan pembentukan plak. Ia mengandungi omega-3 asid lemak, termasuk asid eicosapentaenoic atau EPA dan docosahexaenoic atau DHA. Kedua-duanya boleh meningkatkan kolesterol HDL atau kolesterol sihat di samping mengurangkan paras trigliserida yang berbahaya yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran darah.

4. Kunyit

Satu lagi makanan super terkenal adalah kunyit. Ia adalah sejenis rempah yang boleh ditambah di dalam makanan bagi membantu menjaga saluran darah daripada tersumbat. Kunyit kaya dengan curcumin, suatu sebatian yang sangat sihat dan dilengkapi dengan beberapa manfaat termasuk mengurangkan berlakunya keradangan dan kerosakan saluran darah.

5. Minyak Zaitun

Apabila anda membeli minyak zaitun, pilihan yang terbaik adalah minyak zaitun extra virgin di mana ia yang amat baik untuk kesihatan jantung. Ia mengandungi antioksidan, terutamanya polifenol yang sangat baik untuk jantung. Apabila digabungkan dengan lemak monotaktepu, minyak zaitun boleh mengurangkan tahap kolesterol tidak sihat sambil meningkatkan jumlah kolesterol yang sihat. Hasilnya, pembentukan plak dalam arteri dapat dikurangkan.

Arteri amat penting untuk jantung dan aliran darah. Sememangnya arteri mempunyai ciri-ciri yang kuat, elastik dan fleksibel. Akan tetapi, deposits boleh membuat ia menjadi keras dan seterusnya menghadkan pengedaran darah yang kaya dengan oksigen ke seluruh badan. Jadi, tambahlah makanan super yang disenaraikan di atas untuk membersihkan arteri anda dan menjaga kesihatan jantung anda pada masa yang sama.


Sumber: OLIVE HOUSE
Sebaran Umum: wwww.facebook.com/asysyakirin.oliveoil (FB Page: Asy-Syakirin Enterprise)

Tuesday, 17 November 2015

Nutrisi Utama Pati Minyak Zaitun OLIVE HOUSE




Amalkan 2 sudu #PatiMinyakZaitun setiap hari untuk membantu menurunkan kolestrol, mencegah risiko terkena penyakit jantung dan juga menjaga kesihatan badan yang menyeluruh.

.

Maklumat lanjut boleh layari laman blog kami di 📱💻 houseofquranicfoods.blogspot.com atau hubungi talian 🔥 "hotline"🔥 di 013-4619694/013-4079445 (📞WhatsApp Available☎).

.

#olivehouse #malaysiaolivehouse #pencetussenyumansemulajadi #webeginwithnature #patiminyakzaitun #pmz #oliveoil #virginoliveoil #kolestrol #jantung #sihat #asysyakirinenterprise #quranicfood #sunnahfood #superfood