AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Tuesday, 24 May 2016

SNEK TERBAIK MENCEGAH OSTEOPOROSIS



BUAH TEEN SEPARA SEGAR OLIVE HOUSE : SNEK TERBAIK BAGI MENCEGAH OSTEOPOROSIS



Buah Teen Separa Segar kaya dengan kalsium yang amat penting bagi pembentukan dan menguatkan tulang serta membantu mengurangkan risiko #osteoporosis.



MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI



Yang TERBAIK dan BERKUALITI TINGGI hanya dari OLIVE HOUSE



BUAH TEEN SEPARA SEGAR OLIVE HOUSE

RM 24.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 26.90 (Sabah & Sarawak)


HUBUNGI ATAU WHATSAPP ASYSYAKIRIN OLIVE HOUSE™


HOTLINE : 013-4619694 ATAU



KUNJUNGI BLOG houseofquranicfoods.blogspot.com

Wednesday, 18 May 2016

CEYLON CINNAMON dan MADU GUNUNG KYRGYZSTAN



Tempahan dibuka malam ini untuk produk BARU Olive House, CEYLON CINNAMON dan MADU GUNUNG KYRGYZSTAN. Produk akan tiba minggu hadapan.

WhatsApp Hotline: 013-4619694 / 013-4079445

SEKARANG!!!

Wednesday, 11 May 2016

NIKMAT UNTUK MANUSIA SEJAGAT



MINYAK ZAITUN ADALAH NIKMAT UNTUK MANUSIA SEJAGAT

01-03-2016 | Dr Hafizah Binti Amanulla
http://olivehouse.my/web/articles.php 💻


Bukankah Allah itu sifatnya Maha Penyayang?Maka sifat itu sebenarnya pada Allah adalah sesuatu yang infiniti iaitu tanpa sempadan dan limitasi. Atas sebab inilah Allah sentiasa membuka peluang kepada manusia untuk belajar dan membuat kesilapan, kemudian menyesalinya dan memohon kemaafan lalu membaiki diri. Bukan satu kesalahan, malah beribu-ribu kesalahan yang telah dilakukan dalam hidup kita. Dengan kesalahan itulah kita mencari kebenaran dan keyakinan dalam hati kita. Kerana kebenaran itu akan kuat bila datang dengan keyakinan dan keyakinan itu hanya akan kuat hasil dari pengalaman.

Bayangkanlah dengan sifat sayang terlampau yang ada pada Allah itu kepada setiap makhluk ciptaanNya, maka dinyatakan dengan jelas sebanyak 7 kali di dalam Quran berkenaan dengan zaitun. Allah yang maha Kuasa telah bersumpah dengannya. Maka tidakkah kita merasakan getaran kebaikan dan keberkatan zaitun ini dan masih ingin mengkaji dahulu sebelum menerimanya? Adakah kita bertindak seumpama puak jahiliyyah dahulu kala yang meminta didatangkan bukti sebanyak-banyaknya sebelum mereka beriman dengan Al- Quran?

Tentulah tidak.  Namun, kita adalah generasi yang terlalu jauh dengan Rasulullah s.a.w dan dengan sebab itu keimanan kita amat lemah akarnya dan fikiran kita amat tumpul analisisnya. Rugilah kita, rugilah kita, rugilah kita membiarkan ‘soalan bocor beserta jawapan’ ini berlalu begitu sahaja. Lihatlah di sekeliling kita. Berapa banyak bangunan hospital sudah didirikan? Berapa ramai manusia yang sedang dilanda penyakit? Tahukah kita pada tamadun terdahulu, tiada bangunan yang digunakan sebagai tempat merawat orang sakit? Yang ada hanyalah kuil-kuil atau rumah ibadat yang dipanjangkan fungsinya sebagai tempat untuk berbakti kepada orang sakit.

Bila mana kemodenan menjenguk pandangan mata duniawi kita dan dengan kemodenan itu makanan kita juga turut menjadi moden. Sejak dunia ini diciptakan, manusia sentiasa bersimbiosis dengan benda hidup yang lain. Tetapi dengan majunya zaman moden yang aneh ini, manusia juga turut bersimbiosis dengan benda bukan hidup dimana benda bukan hidup yang terdiri dari galian dan petroleum turut menjadi sumber makanan manusia dengan olahan kimia. Maka dengan penerimaan kemodenan ini disebabkan pemahaman yang amat tipis, sakitlah tubuh badan yang dizalimi ini. Manusia dan kezalimannya sendiri. Tidakkah kita terfikir bahwa Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, maka mana mungkin Allah menjadikan khalifahnya sakit? Inilah bentuk kekeliruan yang berlaku dan menyebabkan sangka-sangka buruk terhadap Allah. Umat Islam adalah umat yang paling redha menerima penyakit dan menyandarkannya sebagai ujian Allah. Tetapi sudahkah kita umat Islam mentadabbur Al-Quran dan memahami apa pesanan Allah kepada kita mengenai makanan? Cuba anda fikirkan, antara berjuta-juta spesis tumbuhan yang Allah ciptakan di muka bumi ini, mengapa Allah menyatakan beberapa sahaja ?Apakah keistimewaan tumbuhan-tumbuhan yang Allah pilih untuk dinyatakan dalam kitabNya kepada manusia sejagat? Walaupun mungkin kita tidak tahu khasiatnya, tapi apa yang pasti dan jelas, ianya haruslah memberi kebaikan tanpa mudarat kepada tubuh badan manusia. Ini adalah aqidah sejati sebagai insan yang beriman kepada kekuasaan Allah.

Tahukah kita bahawa tubuh badan kita terdiri dari lebih 37 trillion sel? Setiap sel ini dibentuk oleh dinding sel yang terdiri dari minyak dan lemak. Jadi cubalah kita bertanya kepada diri kita sendiri bagaimanakah kita membekalkan tubuh kita dengan sumber minyak dan lemak yang baik setiap hari? Lemak tepu, lemak tak tepu dan kolesterol semuanya baik untuk tubuh badan kita pada nisbah yang berpatutan. Tetapi amatlah mengejutkan hari ini di mana kita gagal membekalkan tubuh kita dengan minyak yang baik walaupun kita suka makanan yang berminyak. Ini adalah kerana kehidupan zaman moden ini telah meletakkan pergantungan perolehan sumber makanan dari industri. Industri pula melakukan proses ‘refining’sama ada secara kimia dan haba atau mekanikal  kepada sesuatu bahan makanan semulajadi sehingga struktur asas dan khasiat asli yang Allah letakkan pada sumber tersebut musnah dan terubah. Molekul inilah yang masuk ke dalam tubuh kita sebagai minyak yang kita nampak pada mata kasar. Tetapi pada struktur molekulnya ia adalah suatu molekul yang tidak dapat memberikan manfaat malah memudaratkan tubuh badan manusia.

Jadi, bantulah tubuh badan anda mendapatkan minyak yang diperlukan oleh setiap inci sel untuk memperbaharui dan membaiki diri mereka setiap saat. Usaha Syarikat Olive House Resources mengeluarkan minyak zaitun paling asli tanpa pemprosesan melampau patutlah dipuji dan digalakkan. Sesungguhnya usaha ini adalah sangat bernilai di sisi Allah kerana di zaman ini manusia sangatlah mendambakan suatu khasiat yang  asli dan berkat hasil dari formulasi ciptaan Allah. Jikalau hendak dibandingkan harga dengan nilai khasiat yang ada dalam sebotol 250ml minyak zaitun olive house ini, maka ianya menjadi sesuatu yang sangat murah dan langsung tidak merugikan. Setiap rumah manusia yang ingin sihat, haruslah ada minyak zaitun yang memberikan khasiat yang sangat tinggi ini. Kandungan polyphenolnya yang berkualiti paling baik dalam kumpulan phenol iaitu hydroxytyrosol, tyrosol dan oleoropein merupakan khazanah yang diimpikan oleh sel tubuh kita. Molekul polyphenol yang bertindak sebagai penghambat radikal bebas ini akan melancarkan aliran darah seterusnya memudahkan pertukaran bahan ke dalam sel terutamanya kepada otak dan saluran koronari jantung yang merupakan cabang pertama yang keluar dari salur darah aorta. Selain itu, nisbah lemak yang sangat seimbang membekalkan tubuh dengan lemak yang diperlukan. Allah s.w.t  yang telah menciptakan manusia dan Dia jualah yang membentuk nisbah-nisbah khasiat dalam tumbuhan ciptaanNya berpadanan dengan keperluan tubuh manusia yang kompleks. Minyak zaitun juga mempunyai bahan yang bertindak menjaga permukaan vilus usus dan merangsang rembesan salur hempedu dan merangsang fungsi pankreas. 

Bertuahlah kita, bertuahlah kita, bertuahlah kita yang berjaya mengamalkan setiap dari ayat Al-Quran dalam kehidupan. Sesungguhnya dunia bukanlah matlamat kita bahkan akhiratlah yang kita cita-citakan. Maka kesihatan adalah senjata untuk kita beramal di dunia demi menjadikan cita-cita akhirat dapat direalisasikan. Jika saya dapat memilih suatu senjata buat umat Islam di akhir zaman , maka saya akan pilih makanan sunnah sebagai senjata yang sebenarnya dapat merangsang otak dan tubuh badan manusia menjadi positif, beriman dan hebat secara keseluruhan dan akhirnya dapat membangkitkan kegemilangan Islam di akhir zaman. 

Dr Hafizah Amanulla 📝
MD (UKM)


Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: FB Page AsySyakirin Olive House

Friday, 15 April 2016

TIPS PENGHILANG DAHAGA



CUACA PANAS! PANAS! PANAS!

AsySyakirin Olive House Memberikan Anda TIPS

PENGHILANG DAHAGA

Apabila selepas kita melakukan aktiviti lasak atau extreme seperti berlari, bersukan dan sebagainya, malah semasa bernafas, tubuh kita kehilangan air lalu kita akan merasa dahaga. Apa sebenarnya yang dipanggil dahaga dan apa yang berlaku di dalam tubuh kita sehingga membuatkan kita berasa dahaga?

Kehilangan atau kekurangan air disebabkan aktiviti yang kita lakukan harus digantikan untuk memastikan kuantiti cecair dalam tubuh kita kekal normal. Sistem otak akan mengesan sebarang kehilangan atau kekurangan air ini lalu menghantar isyarat kepada mulut dan tekak kita. Pendek kata, ia adalah sistem isyarat memberitahu tubuh kita perlukan air. Waktu inilah kita merasa dahaga.

Kalau berasa dahaga, tidak semestinya anda perlu mendapatkan minuman yang manis-manis kononnya yang manis itu untuk menghilangkan dahaga. Ada yang minum minuman berkarbonat seperti Cola, ada yang minum air tebu atau jus tembikai, ada juga yang minum minuman tenaga. Ini semua adalah salah tanggapan kebanyakan orang apabila mahu menghilangkan rasa dahaga.

Sebenarnya "ubat" untuk hilangkan dahaga memadai dengan hanya minum air kosong (plain water). Anda tidak perlukan air jus buah-buahan untuk menghilangkan dahaga. Anda juga tidak perlukan minuman tenaga atau Tongkat Ali untuk memulihkan tenaga anda. Apa yang otak anda beritahu, ia cuma mahukan air. Air kosong bukan saja dapat menghilangkan rasa dahaga, malah pada waktu kita dahagalah, air kosong dirasakan "sangat manis" walaupun ia sebenarnya tawar. Selain itu, air kosong juga dapat meneutralkan gula dalam darah. Malah air kosong juga dapat meneutralkan kandungan asid berlebihan dalam tubuh kita.

Kalau anda tak percaya, anda boleh cuba lakukan aktiviti lasak kemudian minum air kosong. Lihat jika anda masih dahaga atau tidak!


Sumber: TSM
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran umum: FB Page AsySyakirin Olive House

Salam Jumaat..




Assalamualaikum WBT,

Salam Jumaat yang penuh Barokah, 7 Rejab 1437H.

Ayuh banyakkan Berselawat, memuji-muji Rasulullah SAW kekasih Maha Agung.
Jangan lupa ISTIQOMAH beramal dengan 'Quranic Food' Olive House ya..

Semestinya yang terbaik, kami bawakan khas untuk anda.

Olive House,
Pencetus Senyuman Semulajadi Anda.

#sihat
#natureremedies



houseofquranicfoods.blogspot.com

Tuesday, 12 April 2016

MIGRAIN MENGGANGGU HIDUP ANDA???



Adakah anda pernah MERASA seakan-akan ingin menghantuk kepala ke dinding berpuluh-puluh kali?

Atau ingin RENDAM kepala ke dalam besen yang penuh dengan air?

Atau ingin TERJUN BANGUNAN? (Ini lebih TRAGIS)
Jangan buat sedemikian!


Kami akan ceritakan terapi MIGRAIN yang mampu bantu anda!
1. Minyak Zaitun dengan kehebatan Hydroxytyrosol yang mampu TEMBUSI salur darah di otak (bukan semua ubat-ubatan & 'supplement' mampu tembusi salur darah di otak). Hydroxytyrosol yang HANYA ada dalam buah & daun zaitun ini akan bantu rawat serta stabilkan salur darah di otak. Hydroxytyrosol ini TIADA kesan sampingan seperti ubat-ubatan migrain lain yang berisiko ulser di perut, pening2, muntah, penyumbatan di salur darah & serangan jantung. Kajian saitifik membuktikan 'Supplement' namanya CoQ10 dapat bantu rawat, sedangkan peranan Hydroxytyrosol dalam Minyak Zaitun adalah 3 KALI GANDA dari CoQ10.

2. Kelebihan Oleocanthal & Oleuropein sebagai anti keradangan dalam minyak zaitun juga turut membantu. Oleuropein adalah 400 KALI GANDA daripada Vitamin C!
Subhanallah.

3. Khasiat Omega 3 & 6 akan bantu tenangkan emosi penghidap Migrain ini serta stabilkan fungsi otak agar sihat.

4. Akhir sekali, Khasiat Mangan akan bantu beri ketenangan & rawat sel-sel di otak yang bermasalah.

--> Pati Minyak Zaitun Olive House dihasilkan secara alami, tiada Pemanasan & pengekalan PROSES yang terbaik, menjadikannya selamat diminum mahupun disapu.

Dan, kami ada PROMOSI HEBAT untuk April 2016 ini!


Hubungi kami melalui WhatsApp / PM / Mesej : 013-4619694 & 013-4079445

InsyaAllah, Istiqomah.