KEKAL SIHAT DAN CERGAS SEPANJANG RAMADHAN (Edisi 1)
Oleh : Mimi de Olivia
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.”
(Surah Al-Baqarah ayat 172)
Sihat adalah kunci kepada kebahagiaan buat semua makhluk Ciptaan-Nya atas muka bumi ini dan apa sahaja makanan yang kita makan seharian yang menatijahkan kesihatan kita ke arah lebih baik atau semakin merosot.
Madrasah Ramadhan yang sedang dilalui oleh umat Islam seluruh dunia adalah landasan terbaik untuk fokus kepada seimbangkan semula pemakanan dan tahap kesihatan kita. Apabila badan tercari-cari makanan, lemak akan mula dibakar untuk hasilkan tenaga sepanjang hari; situasi ini sangat bagus kepada program penurunan berat badan. Belajar mengamalkan pemakanan yang betul, kawal nafsu dan lebih berdisiplin.
Seperti yang Allah nukilkan dalam ayat 172, Surah Al-Baqarah; agar mengambil makanan yang baik atau ‘thoyyib’ serta bersyukur kepada-Nya jika kita mengaku yang kita beriman hanya kepada-Nya, bukan Tuhan lain.
Makanan yang baik, akan menghasilkan pembentukan fizikal & spiritual yang juga baik, InsyaAllah. Antara asbab yang dikabulkan doa & diterima Allah S.W.T akan amal ibadah ialah pemakanan yang bukan sahaja halal, tetapi thoyyib.
Menurut Dr Razeen Mahroof, Pakar Bius dari Hospital Universiti Cambridge, menu sepanjang Ramadhan bukanlah luar biasa daripada menu harian sebelum ini.
Tetapi, harus utamakan kepada makanan yang mampu bekalkan tenaga dalam tempoh lama, terutamanya menu ketika bersahur. Antara makanan yang di highlight kan ialan Buah Teen.
(Kadar Serat untuk Lelaki = 30-38gram Sehari; Kadar Serat untuk Wanita = 21-25gram Sehari)
Dengan serat yang tinggi daripada Buah Teen ini, akan bantu lancarkan penghadaman dan pembuangan najis anda.
Alhamdulillah, Olive House membawakan untuk anda Buah Teen yang telah dikeringkan secara alami, guna cahaya matahari; menjadi separa segar. Boleh dinikmati sepanjang tahun. Lebih tahan lama. Semestinya Gred A yang ingin kami berikan ini, bukan usaha yang mudah. Pemilihan yang sangat teliti dalam kilang di Turki (teknik Nyah Aflatoxin sebanyak 2 kali guna Sinaran Ultraviolet) dengan kaedah buah Teen yang elok sahaja akan dibungkus. Kerugian yang besar terpaksa ditanggung, apabila pengasingan buah yang elok & ada kulat dibuat. Tetapi, demi pengekalan KUALITI TERBAIK, ia diaplikasikan. Di samping itu, mereka juga menjalankan proses ‘Fumigation’ iaitu untuk buang serangga perosak yang melekat pada buah semasa di ladang.
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Makanlah kalian buah zaitun, minyak zaitun, dan gunakan menggosok (mengoles) dengan minyak zaitun, sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi.”
(HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Keberkatan Pohon Zaitun ini mengalir daripada akar, daun, buah dan minyaknya, dengan pelbagai kajian saintifik hari ini yang membuktikan akan manfaatnya yang sungguh banyak pada kesihatan. Begitu juga akan kepentingannya yang lebih besar dalam Madrasah Ramadhan ini. Khasiat Asid Lemak Perlu iaitu Omega 3 & 6 sangat penting dimakan ketika bersahur. Hal ini kerana akan bertindak sebagai tenaga simpanan dan akan dibakar apabila diperlukan tubuh badan. Tubuh akan merasa cergas dan bertenaga sepanjang hari, insyaAllah. Amalkan 1 sudu besar ketika bersahur & 1 sudu besar ketika berbuka. Semasa berbuka, dengan ketaksuban manusia menjamah makanan, sangat molek didahulukan menyuap minyak zaitun setelah berbuka dengan Tamar. Ia akan memberi persediaan kepada organ-organ dalaman tubuh sebelum masuknya makanan yang pelbagai.
Juga dengan manfaat Steroid Organik di dalamnya, sangat membantu kepada warga yang berusia; yang mengalami lenguh-lenguh lutut dan tumit, menyebabkan sedikit kesukaran untuk menghidupkan malam sepanjang Ramadhan Al Mubarak. InsyaAllah, kelegaan segera pada bahagian yang lenguh dengan istiqomah pengamalan minyak zaitun sepanjang Ramadhan ini. Tidak ketinggalan, manfaat Oleuropein yang 400x ganda daripada Vitamin C juga memberi impak yang sangat besar kepada kesihatan yang lebih baik sepanjang Ramadhan ini.
Alhamdulillah, Pati Minyak Zaitun yang dipasarkan oleh Olive House juga adalah Gred A dengan tiada sebarang tapisan & pemanasan serta proses penghasilannya yang alami. Hal ini akan menghasilkan Pati Minyak Zaitun yang berkualiti tinggi.
Akhir sekali, pengamalan kayu manis sepanjang Ramadhan juga memberi manfaat yang sangat besar kepada kesihatan. Kayu Manis juga mengandungi lemak baik yang dipanggil ‘Essential Cinnamon Oil’ iaitu Cinnamaldehyde. Sangat berperanan kepada bekalan tenaga sepanjang hari. Serat di dalamnya juga tinggi yang membuatkan anda terasa kejap perut.
Anda juga bakal mendapat ‘bonus’ tambahan, kecergasan minda; dengan khasiat Mangan & Tryptophan di dalam kayu manis ini bakal memberi kesegaran kepada pemakannya.
Cuba beramal dengan Serbuk Kayu Manis Olive House dengan mencampurkannya dalam minuman ketika bersahur. InsyaAllah bantu atasi kelesuan & kemalasan yang mungkin bertandang tanpa diundang. Alhamdulillah, Serbuk Kayu Manis ini dibawakan khas daripada Sri Lanka dengan nilai Coumarin yang sangat rendah, bebas GMO, Organik, tiada Sodium serta rasanya yang sungguh sedap & bau yang harum.
Cubalah beramal dengan produk-produk Quranic Food Olive House sepanjang melalui Madrasah Ramdhan Al Mubarak ini. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita dengan stamina & kecergasan yang luar biasa hasil pemakanan yang sihat. Kejarilah Barokah Ramadhan ini & isilah dengan sebanyak-banyaknya amalan yang lebih mendekatkan diri kita kepadaNya.
Salam Ramadhan Kareem 😊😊
WhatsApp Hotline 013-4079445
houseofquranicfoods.blogspot.com
www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil