AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 10 June 2016

BERSAHURLAH DENGAN KURMA DAN BUAH TEEN SEPARA SEGAR OLIVE HOUSE



BARU PUKUL 12 TENGAHARI.. Tapi perut tak berhenti berbunyi !!??

Kawan sebelah pun senyum dengar bunyi perut..Malunya saya..

Mudah sahaja cara mengatasinya 
.
.
BERSAHURLAH DENGAN KURMA DAN BUAH TEEN SEPARA SEGAR OLIVE HOUSE

Kurma dan Buah Teen Separa Segar merupakan Karbohidrat Sihat yang kompleks mengandungi SERAT YANG TINGGI membantu mengenyangkan perut dengan lebih lama
Dapatkan hari ini!! 



Buah Teen Separa Segar diimport Khas dari Turki dengan saiz yang besar, berkualiti dan lazat!!


Hanya :
RM 24.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 26.90 (Sabah/Sarawak)



HOTLINE ASYSYAKIRIN OLIVE HOUSE : 013-461 9694

WhatsApp Available

Thursday, 9 June 2016

KEKAL SIHAT DAN CERGAS SEPANJANG RAMADHAN (Edisi 1)





KEKAL SIHAT DAN CERGAS SEPANJANG RAMADHAN (Edisi 1)
Oleh : Mimi de Olivia

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172 :


Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.” 


(Surah Al-Baqarah ayat 172)


Sihat adalah kunci kepada kebahagiaan buat semua makhluk Ciptaan-Nya atas muka bumi ini dan apa sahaja makanan yang kita makan seharian yang menatijahkan kesihatan kita ke arah lebih baik atau semakin merosot.

Madrasah Ramadhan yang sedang dilalui oleh umat Islam seluruh dunia adalah landasan terbaik untuk fokus kepada seimbangkan semula pemakanan dan tahap kesihatan kita. Apabila badan tercari-cari makanan, lemak akan mula dibakar untuk hasilkan tenaga sepanjang hari; situasi ini sangat bagus kepada program penurunan berat badan. Belajar mengamalkan pemakanan yang betul, kawal nafsu dan lebih berdisiplin.

Seperti yang Allah nukilkan dalam ayat 172, Surah Al-Baqarah; agar mengambil makanan yang baik atau ‘thoyyib’ serta bersyukur kepada-Nya jika kita mengaku yang kita beriman hanya kepada-Nya, bukan Tuhan lain.

Makanan yang baik, akan menghasilkan pembentukan fizikal & spiritual yang juga baik, InsyaAllah. Antara asbab yang dikabulkan doa & diterima Allah S.W.T akan amal ibadah ialah pemakanan yang bukan sahaja halal, tetapi thoyyib. 

Menurut Dr Razeen Mahroof, Pakar Bius dari Hospital Universiti Cambridge, menu sepanjang Ramadhan bukanlah luar biasa daripada menu harian sebelum ini.
Tetapi, harus utamakan kepada makanan yang mampu bekalkan tenaga dalam tempoh lama, terutamanya menu ketika bersahur. Antara makanan yang di highlight kan ialan Buah Teen.


Mengikut kajian saintifik lain, pengamalan 2 biji buah teen ketika bersahur & 1 biji ketika berbuka puasa memberi anda tenaga tambahan dengan kadar 5 gram @ 20% daripada keperluan serat harian. Subhanallah!

(Kadar Serat untuk Lelaki = 30-38gram Sehari; Kadar Serat untuk Wanita = 21-25gram Sehari)

Dengan serat yang tinggi daripada Buah Teen ini, akan bantu lancarkan penghadaman dan pembuangan najis anda. 

Alhamdulillah, Olive House membawakan untuk anda Buah Teen yang telah dikeringkan secara alami, guna cahaya matahari; menjadi separa segar. Boleh dinikmati sepanjang tahun. Lebih tahan lama. Semestinya Gred A yang ingin kami berikan ini, bukan usaha yang mudah. Pemilihan yang sangat teliti dalam kilang di Turki (teknik Nyah Aflatoxin sebanyak 2 kali guna Sinaran Ultraviolet) dengan kaedah buah Teen yang elok sahaja akan dibungkus. Kerugian yang besar terpaksa ditanggung, apabila pengasingan buah yang elok & ada kulat dibuat. Tetapi, demi pengekalan KUALITI TERBAIK, ia diaplikasikan. Di samping itu, mereka juga menjalankan proses ‘Fumigation’ iaitu untuk buang serangga perosak yang melekat pada buah semasa di ladang.


Dengan pelbagai usaha yang dilakukan serta kos yang tinggi terpaksa ditanggung, hasilnya untuk semua pembeli ialah Buah Teen Separa Segar yang tinggi kualiti dengan pelbagai sijil pengiktirafan.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Makanlah kalian buah zaitun, minyak zaitun, dan gunakan menggosok (mengoles) dengan minyak zaitun, sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi.” 

(HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Keberkatan Pohon Zaitun ini mengalir daripada akar, daun, buah dan minyaknya, dengan pelbagai kajian saintifik hari ini yang membuktikan akan manfaatnya yang sungguh banyak pada kesihatan. Begitu juga akan kepentingannya yang lebih besar dalam Madrasah Ramadhan ini. Khasiat Asid Lemak Perlu iaitu Omega 3 & 6 sangat penting dimakan ketika bersahur. Hal ini kerana akan bertindak sebagai tenaga simpanan dan akan dibakar apabila diperlukan tubuh badan. Tubuh akan merasa cergas dan bertenaga sepanjang hari, insyaAllah. Amalkan 1 sudu besar ketika bersahur & 1 sudu besar ketika berbuka. Semasa berbuka, dengan ketaksuban manusia menjamah makanan, sangat molek didahulukan menyuap minyak zaitun setelah berbuka dengan Tamar. Ia akan memberi persediaan kepada organ-organ dalaman tubuh sebelum masuknya makanan yang pelbagai.
Juga dengan manfaat Steroid Organik di dalamnya, sangat membantu kepada warga yang berusia; yang mengalami lenguh-lenguh lutut dan tumit, menyebabkan sedikit kesukaran untuk menghidupkan malam sepanjang Ramadhan Al Mubarak. InsyaAllah, kelegaan segera pada bahagian yang lenguh dengan istiqomah pengamalan minyak zaitun sepanjang Ramadhan ini. Tidak ketinggalan, manfaat Oleuropein yang 400x ganda daripada Vitamin C juga memberi impak yang sangat besar kepada kesihatan yang lebih baik sepanjang Ramadhan ini.

Alhamdulillah, Pati Minyak Zaitun yang dipasarkan oleh Olive House juga adalah Gred A dengan tiada sebarang tapisan & pemanasan serta proses penghasilannya yang alami. Hal ini akan menghasilkan Pati Minyak Zaitun yang berkualiti tinggi.

Akhir sekali, pengamalan kayu manis sepanjang Ramadhan juga memberi manfaat yang sangat besar kepada kesihatan. Kayu Manis juga mengandungi lemak baik yang dipanggil ‘Essential Cinnamon Oil’ iaitu Cinnamaldehyde. Sangat berperanan kepada bekalan tenaga sepanjang hari. Serat di dalamnya juga tinggi yang membuatkan anda terasa kejap perut.
Anda juga bakal mendapat ‘bonus’ tambahan, kecergasan minda; dengan khasiat Mangan & Tryptophan di dalam kayu manis ini bakal memberi kesegaran kepada pemakannya.
Cuba beramal dengan Serbuk Kayu Manis Olive House dengan mencampurkannya dalam minuman ketika bersahur. InsyaAllah bantu atasi kelesuan & kemalasan yang mungkin bertandang tanpa diundang. Alhamdulillah, Serbuk Kayu Manis ini dibawakan khas daripada Sri Lanka dengan nilai Coumarin yang sangat rendah, bebas GMO, Organik, tiada Sodium serta rasanya yang sungguh sedap & bau yang harum.

Cubalah beramal dengan produk-produk Quranic Food Olive House sepanjang melalui Madrasah Ramdhan Al Mubarak ini. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita dengan stamina & kecergasan yang luar biasa hasil pemakanan yang sihat. Kejarilah Barokah Ramadhan ini & isilah dengan sebanyak-banyaknya amalan yang lebih mendekatkan diri kita kepadaNya.


Salam Ramadhan Kareem 😊😊
WhatsApp Hotline 013-4079445
houseofquranicfoods.blogspot.com
www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil

MINYAK WANGI OLIVE HOUSE LELAKI & WANITA



PERFUME OLIVE HOUSE!
MINYAK WANGI OLIVE HOUSE!!




Produk Terbaru Olive House ! Bakal Berada Di Pasaran Dalam Masa Terdekat, Hubungi AsySyakirin Olive House untuk tempahan.


HOTLINE 

013-461 9694 / 013-407 9445!

Wednesday, 8 June 2016

MADU MULTIFLORA + CEYLON CINNAMON | SINERGI TERBAIK




Serbuk Kayu Manis Ceylon berasal dari Sri Lanka dan dihasilkan dari pokok Cinnamomum Zaylanicum. Serbuk kayu manis ini semakin mendapat perhatian dunia kerana manfaat kesihatannya dan ciri-ciri yang bernilai tinggi. Ceylon Cinnamon berbeza dari Casia Cinnamon yang lazim digunakan sebagai rempah makanan. Warna Ceylon Cinnamon lebih cerah, gulungannya berlapis, tekstur lebih lembut, rasa dan aromanya lebih lembut dan nilainya lebih tinggi

RM 75.00 (Peninsular Malaysia)
RM 80.00 (Sabah/Sarawak)

DAN...

Madu segar 100% asli terus dibotolkan tanpa tapisan, pemanasan atau proses tambahan. Ketulenan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah-lebah liar yang menghisap sari dari beribu-ribu spesis flora di kawasan pergunungan Kyrgyzstan yang nyaman dan tidak tercemar. Ciri multi-flora menganugerahkannya warna dan tekstur yang unik, diserlahkan dalam profil rasanya yang tersendiri. Sarat dengan pelbagai nutrien semulajadi yang hebat.

RM 165.00 (Peninsular Malaysia)
RM 175.00 (Sabah/Sarawak)

WhatsApp Hotline: 013-461 9694 untuk tempahan sekarang!

Selamat berpuasa!

Stevia Olive House



STEVIA ?
🍃🍸


Alhamdulillah. Olive House di dalam usaha melengkapkan 35 jenis produk pilihan dan terbaik yang bakal dipasarkan ke seluruh Malaysia dalam jangka masa yang terdekat.

Antara produk yang terawal akan berada di pasaran adalah produk Stevia. Stevia Olive House insyaAllah akan diimport dari negara Jerman🇩🇪 yang diiktiraf sebagai Stevia yang paling berkualiti dan terbaik dunia. Doakan agar proses dan urusan berjalan lancar dan peminat-peminat Stevia boleh mendapatkan produk istimewa ini dari AsySyakirin Olive House.

Layari blog kami di houseofquranicfoods.blogspot.com dan LIKE page facebook kami di www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil
😊
👍🏻

Tuesday, 7 June 2016

RAMADHAN KAREEM | BULAN KEBAJIKAN



SATU IDEA YANG CANTIK.

MENJELANG bulan suci Ramadhan 2016 ini, kamu pergi ke kedai runcit yang ada di kampung kamu. Lantas kamu minta kepada penjaga kedai buku catatan hutang pelanggan. Kalau kamu dapati di dalamnya nama-nama ibu tunggal, orang-orang fakir dan orang miskin yang mereka membeli secara berhutang. Kamu dapati jumlah hutang mereka tidaklah begitu banyak jumlahnya mengikut perkiraan kamu, akan tetapi banyak bagi mereka. Maka bayarkanlah hutang mereka semua atau sebahagiannya (buat kebajikan). Jika kamu tiada keupayaan berbuat demikian, bolehlah kamu sebarkan idea yang cantik ini kepada orang ramai, diharapkan ada faedahnya. 
 👍👍👍😊