Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pereputan Tulang
Tahap Sederhana):
Assalamualaikum.
Dr. Hafizah. Saya mahu bertanya tentang masalah pereputan tulang
tahap sederhana. Masalah ini dihadapi oleh wanita 23 tahun dan belum
berkahwin. Minta pendapat doktor berkenaan maklumat masalah ini, risiko jangka
pendek dan panjang, dan bagaimana untuk mengatasinya? Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Masalah
pereputan tulang atau osteoporosis memang semakin banyak insidennya sekaran ini
menurut pemerhatian saya walaupun pada golongan muda. Saya membuat kesimpulan
kekurangan mineral-mineral penting dalam tubuh adalah menjadi punca masalah
ini. Kebanyakan makanan proses menyebabkan kehilangan mineral-mineral seperti
magnesium dan vitamin-vitamin yang juga penting untuk tulang. Amalan meminum
air tanpa sebarang mineral (contoh: RO) menyebabkan masalah pereputan tulang
ini. Menurut sebuah artikel yang diterbitkan WHO, meminum air yang tidak
mengandungi mineral akan menyebabkan masalah pada membran mukosa usus, metabolisme
dan homeostasis. Ia juga menyebabkan kekurangan kalsium dan magnesium dalam
tubuh. Jika memasak menggunakan air tanpa mineral ini, kadar kehilangan kalsium,
magnesium dan pelbagai mikromineral lain akan bertambah menyebabkan makanan
yang dimasak kurang berkhasiat. Selain itu air tanpa mineral juga
berkemungkinan meningkatkan bahan metal toksik dalam air tersebut. Kita dapat
perhatikan hari ini bagaimana trauma yang ringan pada pesakit, namun
menyebabkan patah pada tulangnya. Hal ini menyukarkan doktor untuk menjangka
kecederaan akibat kemalangan berdasarkan kekuatan impak. Hampir semua kes terpaksa
menjalani ujian radiologi(X-ray) untuk memastikan tiada tulang yang patah.
Solusi kepada perkara ini sebaiknya memakan makanan berkhasiat dan elakkan air
yang tidak bermineral. Jikalau dapat amalkan air sungai atau air bukit yang
bersih, pasti lebih baik. Wallahu a'lam.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil