Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pedih Betis &
Buah Pinggang):
Assalamu’alaikum
doktor. Saya Mapuzah M.Wazir dan saya hendak bertanya kepada doctor, mengapakah
betis dan pinggang saya selalu terasa pedih? Untuk pengetahuan doktor, saya
tidak boleh berdiri lama dan tidak boleh berjalan jauh sekiranya berjalan jauh
kerana betis saya akan sakit dan saya juga sering sakit pinggang. Apakah nama
penyakit saya ini doctor? Saya juga tiada darah tinggi atau kencing manis, buah
pinggang pun saya telah cek dan clear. Apa rawatan dan ubat/makanan yang saya boleh
amalkan? Umur saya 45 tahun dan mohon bantuan dari doktor. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Penyakit ini di namakan Sciatica yang berpunca
akibat penyempitan saraf Sciatic yang berasal dari saraf tunjang di tulang
belakang yang keluar dari tulang Lumbar yang seterusnya menyebabkan kepada
sakit yang merebak apabila berlaku gerakan pada sendi peha. Rawatan bagi
keadaan ini adalah melalui fisioterapi, kiropraktik dan juga akupuntur serta
injeksi steroid bagi peringkat awal untuk mengurangkan radang pada bahagian
saraf yang tersepit. Jika keadaan berterusan, rujukan kepada pakar
ortopedik/tulang diperlukan bagi konsultansi dan keperluan pembedahan membuang
bahagian yang menyempit pada tulang belakang (discectomy / laminectomy).
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Puan
Mapuzah, masalah puan mungkin berkaitan dengan salur darah atau saraf yang
keluar dari tulang belakang dan membekali kedua-dua kaki. Adakah sebarang ujian
telah dilakukan pada tulang belakang puan? Bagi melegakan gejala, puan boleh
cuba berbekam dan amalkan Quranic Food
yang mempunyai antioxidant yang tinggi.
Buat permulaan, boleh cuba amalkan jus delima dan minyak zaitun extra virgin
dahulu. Puan juga dinasihatkan ke klinik menjalani ujian bagi memastikan tiada
masalah pada struktur tulang belakang. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan
pada puan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.
*Soalan ditanya dan
dijawab semasa bulan Ramadhan lepas.
"Olive House Rakan Kesihatan Anda"
Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil
WhatsApp Hotline 013-461 9694