HIDUP TIDAK SEMANIS GULA
=======================
Apa perasaan anda apabila
doktor cakap begini kepada anda semasa mendapatkan rawatan?
.
“Kalau at least Encik
jaga pemakanan, kita boleh kawal lagi. Tapi sekarang ini sudah terlambat.”
.
Atau pun anda perlu
memakai kasut khas untuk berjalan kerana risau kaki akan terluka secara sedar
atau tidak.
.
Anda tahu jika terluka,
keadaan boleh jadi semakin teruk gara-gara penyakit yang anda tanggung ini
boleh menyebabkan kehilangan anggota badan.
.
Anda juga tahu setiap
hari perlu mengambil suntikan agar hidup anda berjalan lancar. Ini adalah
antara cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang mengalaminya.
.
Adakah anda sanggup hidup
dalam keadaan begitu?
.
Jika tidak sanggup anda
perlu mulakan dengan mengurangkan pengambilan gula. Yes, seriously!
.
Gula tidak asing lagi
dalam kehidupan seharian kita. Tanpa gula, rasa tak manis hidup ini. Tapi gula
berlebihan boleh menyebabkan kita bermuram durja.
.
WHO sarankan ambil gula
tidak lebih 10% daripada jumlah tenaga harian, iaitu tidak melebihi 10 sudu teh
sehari (50g) bagi orang dewasa.
.
Namun begitu, orang
Malaysia ambil 51g sehari dalam bentuk minuman sahaja! Bayangkan 4 sudu teh
(21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis setiap hari.
.
Mungkin anda sedar itulah
yang diambil setiap hari. Atau anda sedar dan pilih untuk buat tidak tahu
sahaja.
.
Ini fakta, pengambilan
gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari.
.
Jika gula domestik dan
gula industri dicampur, pengambilan boleh mencecah sehingga 124 gram atau 25
sudu teh sehari bagi orang dewasa.
.
Fuh! Banyaknya! Sama
banyak dengan kesan buruk akibat pengambilan gula secara berlebihan. Huhu.
.
Ia boleh menyebabkan peningkatan
berat badan dan obesiti yang seterusnya boleh menjadikan anda sebahagian
daripada statistik pesakit diabetes di Malaysia ini.
.
Ia juga boleh menyebabkan
karies gigi terutama di kalangan kanak-kanak.
.
Antara alternatif yang
boleh menggantikan gula jika anda tetap mahukan rasa manis dalam kehidupan ini
ialah Madu – pemanis gantian semula jadi yang mengandungi pelbagai zat mineral
dan vitamin dan kaya dengan antioksida.
.
Selain itu, anda boleh
mengamalkan minum jus delima kerana ia dapat membantu mencegah obesiti.
Dapatkan jus delima yang tidak ditambah sebarang perasa, gula dan warna
tambahan seperti jus delima Olive House.
.
Malah, pengambilan buah
tin separa segar secara konsisten sebanyak minima dua kali sehari selama 40
hari juga boleh menjadi ikhtiar penyembuhan sakit anda.
.
Sambil itu, anda
disarankan minum air kosong lebih banyak setiap hari dan makan makanan yang
rendah kandungan gula.
.
Anda perlu bertindak dari
sekarang kerana ia penting bagi mengurangkan risiko penyakit kronik yang akan
mengganggu kualiti kehidupan seharian anda.
.
Jangan sampai menyesal
kelak hanya kerana gula!
HOTLINE 013-461 9694