AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 29 August 2016

MINYAK ZAITUN DAN TULANG ANDA!


*MINYAK ZAITUN DAN TULANG :*

International Osteoporosis Foundation menyatakan banyak kajian menunjukkan pengamalan Minyak Zaitun amat membantu kepada kesihatan tulang atau mengelak dari terkena Osteoporosis atau bahasa mudah disebut pereputan tulang. Bila solat ja lutut berbunyi, belum 40, sudah tidak mampu rukuk dan sujud secara sempurna kerana tulang anda sedang mereput.

Walaupun kajian ini masih baru dan perlukan kajian lebih teliti tetapi bukti hakiki kepada mereka yang mengamalkan jelas ternyata. Bahan apakah yang menjadikan Minyak Zaitun amat baik untuk kesihatan tulang? Bahan tersebut dinamakan Oleuropin, satu aktioxidan yang unik yang hanya terdapat di dalam minyak zaitun sahaja. Ajaib bukan?

Ini hebatnya nutrisi yang diterangkan oleh Al-Quran berbanding sains moden. Sains moden yang berkhidmat membuktikan bahawa gesaan al-Quran dan hadis untuk mengamalkan minyak zaitun terdapat hikmahnya dunia dan akhirat. Sains moden mengukuhkan bahawa minyak ini istimewa berbanding mana-mana minyak yang lain. Siapakah yang lebih mengetahui apa yang baik untuk tubuh manusia berbanding yang menciptanya sendiri iaitu Allah Taala.

Ohh satu lagi, satu-satunya buah yang mempunyai kalsium yang tinggi baik untuk tulang adalah buah teen. Pelik kan, selama ini kita rasakan susu satu-satunya sumber kalsium untuk tulang sedangkan susu yang baik itu adalah susu asli bukan susu yang telah diproses. Sumber kalsium hari ini menjadi terhad apabila susah hendak mendapatkan susu asli.

Jadi, buah teen dan minyak zaitun adalah kombo baik untuk kesihatan tulang anda.

Amalkan minyak zaitun yang tidak bertapis untuk mengekalkan micronutrien di dalamnya dari hilang hasil dari tapisan atau amalkan Olivie 30 Plus yang mempunyai khasiat 30 kali lebih berbanding minyak zaitun biasa. Juga jadikan buah teen separa segar sebagai snek harian anda.

Tulang kuat, ibadat sempurna, bahagia dunia akhirat


Rujukan: https://www.iofbonehealth.org/news/olive-oil-may-benefit-your-bone-health


HOTLINE 013-461 9694

#AafiyatLifestyle #OliveHouse #AsySyakirinOliveHouse #OliveHouseBukitMertajam #tulang #sakittulang #minyakzaitun #olivieplus30 #buahteen #driedfig #oliveoil

Friday, 19 August 2016

KULIT 'MELAMBANGKAN' AWET MUDA ANDA?!


Pati Minyak Zaitun sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit anda dan mengembalikan AWET MUDA anda!


Anda ingin tahu bagaimana Pati Minyak Zaitun berfungsi untuk kesihatan kulit? Saksikan kami di @tvalhijrah114 di dalam slot #AafiyatLifestyle pada Ahad ini, jam 9.30 malam.


Untuk maklumat lanjut, layari laman blog kami di houseofquranicfoods.blogspot.com dan hubungi talian hotline di 013-461 9694.


‪#‎olivehouse‬ ‪#‎olivehousebukitmertajam‬ ‪#‎webeginwithnature‬ ‪#‎pencetussenyumansemulajadi‬ ‪#‎quranicfood‬ ‪#‎kebaikanminyakzaitun‬ ‪#‎minyakzaitun‬ ‪#‎patiminyakzaitun‬ ‪#‎kanser‬ ‪#‎kulit‬ ‪#‎masalahkulit‬ ‪#‎tvalhijrah‬ ‪#‎asysyakirinolivehouse‬ ‪#‎malaysia‬ 

Thursday, 18 August 2016

We Are Not Eating Food Anymore, We Are Eating Food - Like Products



Antara petua makanan sihat ialah apabila kita hendak makan suatu makanan, agaknya makanan itu ada tidak zaman datuk nenek kita (Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, :) misalnya)

Jika rasanya tiada pada zaman dulu, letakkan semula.
Elakkan makan makanan makanan diproses segera dan makanan diproses ultra-segera.

Makanlah makanan yang ada pada zaman dulu. Itu sebenarnya REAL-FOOD. Makanan yang sihat dan mengenyangkan.

#AafiyatLifestyle
#OliveHouse
#AsySyakirinOliveHouse

houseofquranicfoods.blogspot.com

Tuesday, 16 August 2016

ANDA TERASA KEBAS-KEBAS KAKI? | Aafiyat Lifestyle


Jom Amalkan Gaya Hidup Aafiyat!

.

'OLIVE HOUSE Rakan Kesihatan Anda'

JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENGETAHUI PELBAGAI TIPS PEMAKANAN SIHAT DAN INFO MENGENAI KESIHATAN DARIPADA PARA DOKTOR JEMPUTAN

SETIAP AHAD 9.30 MALAM DI SALURAN TV AL HIJRAH

'Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat bersama OLIVE HOUSE'

houseofquranicfoods.blogspot.com
www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil
HOTLINE 013-461 9694

#AafiyatLifestyle 
#AsySyakirinOliveHouse
#OLIVEHOUSEBukitMertajam

KITA SEBENARNYA KETAGIH GULA! | Aafiyat Lifestyle Siri 2


WAJIB TONTON!!
KITA SEBENARNYA KETAGIH GULA !!
‘PESAKIT KENCING MANIS BOLEH DIUBATI !!'

Sedutan tips pemakanan sihat oleh Dr Saifuzzaman Yusoff, Doktor Pakar Perubatan Keluarga dalam AAFIYAT LIFESTYLE EPISOD 2, GULA : MADU ATAU RACUN?

JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENGETAHUI PELBAGAI TIPS PEMAKANAN SIHAT DAN INFO MENGENAI KESIHATAN DARIPADA PARA DOKTOR JEMPUTAN

SETIAP AHAD 9.30 MALAM DI SALURAN TV AL HIJRAH

'Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat bersama OLIVE HOUSE'

houseofquranicfoods.blogspot.com
www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil
HOTLINE 013-461 9694

#AafiyatLifestyle
#AsySyakirinOliveHouse
#OLIVEHOUSEBukitMertajam

Monday, 15 August 2016

GULA BERLEBIHAN MENGUNDANG PELBAGAI PENYAKIT


HIDUP TIDAK SEMANIS GULA
=======================

Apa perasaan anda apabila doktor cakap begini kepada anda semasa mendapatkan rawatan?
.
“Kalau at least Encik jaga pemakanan, kita boleh kawal lagi. Tapi sekarang ini sudah terlambat.”
.
Atau pun anda perlu memakai kasut khas untuk berjalan kerana risau kaki akan terluka secara sedar atau tidak.
.
Anda tahu jika terluka, keadaan boleh jadi semakin teruk gara-gara penyakit yang anda tanggung ini boleh menyebabkan kehilangan anggota badan.
.
Anda juga tahu setiap hari perlu mengambil suntikan agar hidup anda berjalan lancar. Ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang mengalaminya.
.
Adakah anda sanggup hidup dalam keadaan begitu?
.
Jika tidak sanggup anda perlu mulakan dengan mengurangkan pengambilan gula. Yes, seriously!
.
Gula tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Tanpa gula, rasa tak manis hidup ini. Tapi gula berlebihan boleh menyebabkan kita bermuram durja.
.
WHO sarankan ambil gula tidak lebih 10% daripada jumlah tenaga harian, iaitu tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g) bagi orang dewasa.
.
Namun begitu, orang Malaysia ambil 51g sehari dalam bentuk minuman sahaja! Bayangkan 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis setiap hari.
.
Mungkin anda sedar itulah yang diambil setiap hari. Atau anda sedar dan pilih untuk buat tidak tahu sahaja.
.
Ini fakta, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari.
.
Jika gula domestik dan gula industri dicampur, pengambilan boleh mencecah sehingga 124 gram atau 25 sudu teh sehari bagi orang dewasa.
.
Fuh! Banyaknya! Sama banyak dengan kesan buruk akibat pengambilan gula secara berlebihan. Huhu.
.
Ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan obesiti yang seterusnya boleh menjadikan anda sebahagian daripada statistik pesakit diabetes di Malaysia ini.
.
Ia juga boleh menyebabkan karies gigi terutama di kalangan kanak-kanak.
.
Antara alternatif yang boleh menggantikan gula jika anda tetap mahukan rasa manis dalam kehidupan ini ialah Madu – pemanis gantian semula jadi yang mengandungi pelbagai zat mineral dan vitamin dan kaya dengan antioksida.
.
Selain itu, anda boleh mengamalkan minum jus delima kerana ia dapat membantu mencegah obesiti. Dapatkan jus delima yang tidak ditambah sebarang perasa, gula dan warna tambahan seperti jus delima Olive House.
.
Malah, pengambilan buah tin separa segar secara konsisten sebanyak minima dua kali sehari selama 40 hari juga boleh menjadi ikhtiar penyembuhan sakit anda.
.
Sambil itu, anda disarankan minum air kosong lebih banyak setiap hari dan makan makanan yang rendah kandungan gula.
.
Anda perlu bertindak dari sekarang kerana ia penting bagi mengurangkan risiko penyakit kronik yang akan mengganggu kualiti kehidupan seharian anda.
.
Jangan sampai menyesal kelak hanya kerana gula!


HOTLINE 013-461 9694