AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 26 September 2016

Apa Yang Masyarakat TIDAK DIBERITAHU?


Apa yang masyarakat tahu:
Masyarakat digalakkan makan pelbagai makanan bijirin yang terdapat di pasaran kerana bijirin adalah sumber khasiat semulajadi yang baik untuk tubuh. 
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan makanan bijirin yang terjual di pasaran terutama jenama popular kebanyakannya terdiri dari bijirin dari benih yang dihasilkan melalui teknologi kejuruteraan genetik (GMO) dan ia bukan makanan yang asli. 

Apa yang masyarakat tahu:
Farmasi menyediakan pelbagai jenis ubat-ubat dadah over-the-counter dimana ia boleh didapati oleh sesiapa saja yang tidak mahu berjumpa doktor atau mendapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Pelbagai jenis ubat-ubat dadah yang diambil bersama tanpa pemerhatian doktor atau pakar kesihatan boleh menimbulkan kesan interaksi di antara mereka membuatkan pemakan mendapat kesan sampingan yang serius dan boleh membawa maut

Apa yang masyarakat tahu:
Dengan makan junk food, kononnya mereka dapat menikmati makanan yang 'sedap' disamping boleh mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak seperti daging dan menurunkan berat badan. 
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Makanan junk food tinggi kalori dan garam boleh mengakibatkan obesiti - iaitu berat badan semakin bertambah dan kandungan garam yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah.

Apa yang masyarakat tahu:
Jus buah-buahan mengandungi jus buah sebenar dan lebih terang warnanya lebih banyak kandungan jus buah sebenar di dalamnya.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan jus buah-buahan di pasaran hampir tidak mengandungi perahan buah-buahan sebenar sebaliknya menggunakan pewarna, perisa tiruan, gula dan pengawet. 

Apa yang masyarakat tahu:
Minuman tenaga membekalkan tenaga untuk melakukan pekerjaan seharian baik untuk mereka yang kerja berat atau kerja-kerja pejabat. 
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Minuman tenaga sebenarnya hanya sesuai untuk ahli sukan sebagai menggantikan semula apa yang telah digunakan semasa bersukan iaitu kehilangan banyak air, elektrolit dan tenaga. Air untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, elektrolit untuk menggantikan garam yang telah hilang melalui peluh dan gula untuk memberi tenaga setelah keletihan. Mereka yang tidak melakukan aktiviti sepenuh tenaga tidak perlukan minuman tenaga. 

Apa yang masyarakat tahu:
Sarapan bijirin adalah baik dan menyihatkan. 
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan bijirin sarapan yang diproses (jenama popular) adalah tidak menyihatkan. Ia sarat dengan gula dan karbohidrat ditapis. Pengeluar menambah vitamin sintetik dan meletakkan sejumlah kecil bijirin di dalam campuran, dan memasarkan produk mereka sebagai sihat.


Jangan mudah terpedaya dengan label "rendah lemak", "bebas lemak", "gandum penuh" dan lain-lain. Semak senarai bahan pada bungkusan produk, ia biasanya sarat dengan gula.Memulakan hari dengan bijirin tinggi gula hanya akan menyebabkan anda kelaparan di penghujung hari.



Sumber: TSM

Friday, 23 September 2016

KHASIAT BUAH-BUAHAN | Aafiyat Lifestyle

KHASIAT BUAH TIADA TANDINGAN!

Admin kongsikan khasiat buah dan kebaikannya untuk manusia. Subhanallah!

HOTLINE 013-461 9694











Thursday, 22 September 2016

HOME REMEDIES MEMBANTU MASALAH DISFUNGSI SEKSUAL | Aafiyat Lifestyle


Rendam sebiji Buah Teen Separa Segar semalaman di dalam Pati Minyak Zaitun Extra Virgin atau Olivie Plus 30x dan makan keesokannya. Amalkan setiap hari!!!

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House

HOTLINE OLIVE HOUSE : 013-461 9694 / 013-407 9445


Instagram: asysyakirin_olivehouse

Wednesday, 21 September 2016

MASYARAKAT WAJIB HADAM INI | Aafiyat Lifestyle

Rantaian penyebab penyakit kronik harus bermula dgn mengelakkan berat bahan berlebihan.

Sumber: Public Health Malaysia

Monday, 19 September 2016

PROMOSI PRODUK OLIVE HOUSE | SEPTEMBER 2016

PROMOSI SWEET SEPTEMBER


Pembelian DUA BOTOL Olivie 30x Plus dengan harga RM239.80 melayakkan anda mendapat diskaun 15% sama ada Sari Cuka Teen ATAU Jus Delima 200ml.

Harga selepas diskaun: 

SARI CUKA TEEN
RM 21.20 

JUS DELIMA 200ml
RM 20.30

Dapatkan segera! Tawaran sah sehingga 30hb September 2016 ini sahaja

HOTLINE 013-461 9694


BAHAYA MINUMAN 3 IN 1 | Tamatkan Konspirasi Gula


Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat SEDIKIT.

“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi GULA yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Prof.Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.


Sumber: FB PUBLIC HEALTH MALAYSIA