Assalamu’alaikum
doktor. Bagaimana cara untuk mengatasi atau merawat virus yang dikenali sebagai
ROTAVIRUS ini? Adakah dengan
pengamalan Quranic Food mampu membantu penyakit ini doktor? Mohon pencerahan.
Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Virus jenis ini akan
menyebabkan masalah gastroenteritis
iaitu radang salur pemakanan menyebabkan muntah, cirit birit dan demam. Bagi
kanak-kanak, terdapat vaksin bagi mencegah jangkitan virus ini pada masa akan
datang. Jika dijangkiti virus ini, rawatannya adalah dengan pengambilan air
yang mencukupi bagi menggantikan air yang keluar sehingga jangkitan virus
berkurangan. Minyak zaitun dikatakan mampu memerangkap virus namun kajian
lanjut perlu dijalankan.