AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 13 October 2016

PEMAKANAN SIHAT MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS | Imam Muda Arrazi


MEMBONGKAR PEMAKANAN SIHAT
-----------------------------------------------
MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS


====================================


Tarikh: 20 OKTOBER 2016( KHAMIS)
Masa: 10.00-12.00 Pagi
Tempat: Bilik Al-Hikmah, Majlis Perbandaran Kulim, Kedah

=====================================

"MARI BERSAMA KAMI MENGAMALKAN GAYA HIDUP AAFIYAT"
www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil

HOTLINE 013-461 9694
Instagram: asysyakirin_olivehouse

Wednesday, 12 October 2016

KURMA & IBU MENGANDUNG | Dr. Zubaidi Hj. Ahmad


Amalan mengamalkan kurma selama dua bulan melahirkan anak membantu proses kelahiran. Dalam kajian ini 6 biji kurma diambil. Saya cadangkan lengkapkan tujuh biji.

Faedahnya:
1. The women who consumed date fruit had significantly higher mean cervical dilatation upon admission compared with the non-date fruit consumers.

Wanita yang mengamalkan kurma mengalami pembukaan servix yang lebih besar ketika dimasukkan wad berbanding dengan wanita yang tidak amalkan kurma. 

2.  Spontaneous labour occurred in 96% of those who consumed dates, compared with 79% women in the non-date fruit consumers. Use of prostin/oxytocin was significantly lower in women who consumed dates , compared with the non-date fruit consumers.

Kelahiran spontaneous berlaku pada 96% wanita yang mengamalkan kurma, (jadi penggunaan prostin/oxytocin untuk meransangkan kontraksi rahem dan pembukaan servix adalah kurang) berbanding dengan 78% wanita yang tidak amalkan kurma.

3. The mean latent phase of the first stage of labour was shorter in women who consumed date fruit compared with the non-date fruit consumers. 

Purata masa untuk pembukaan servix yang sempurna (first stage) bagi wanita yang mengamalkan kurma lebih pendek dari wanita yang tidak amalkan kurma. 

Rujukan:

J Obstet Gynaecol. 2011;31(1):29-31. 

"The effect of late pregnancy consumption of date fruit on labour and delivery."

Boleh amal pengambilan kurma semasa hamil untuk memudahkan proses kelahiran.  Bagi wanita yang ada diabetes boleh berbincang dengan doktor dahulu.




Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House

houseofquranicfoods.blogspot.com
www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil

HOTLINE 013-461 9694
Instagram: asysyakirin_olivehouse

Tuesday, 11 October 2016

Masalah Jangkitan ROTAVIRUS


Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Rotavirus):

Assalamu’alaikum doktor. Bagaimana cara untuk mengatasi atau merawat virus yang dikenali sebagai ROTAVIRUS ini? Adakah dengan pengamalan Quranic Food mampu membantu penyakit ini doktor? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Virus jenis ini akan menyebabkan masalah gastroenteritis iaitu radang salur pemakanan menyebabkan muntah, cirit birit dan demam. Bagi kanak-kanak, terdapat vaksin bagi mencegah jangkitan virus ini pada masa akan datang. Jika dijangkiti virus ini, rawatannya adalah dengan pengambilan air yang mencukupi bagi menggantikan air yang keluar sehingga jangkitan virus berkurangan. Minyak zaitun dikatakan mampu memerangkap virus namun kajian lanjut perlu dijalankan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday, 6 October 2016

PANDUAN MAKANAN SIHAT | Aafiyat Lifestyle


Muat-turun panduan makanan sihat yang lebih jujur dengan klik imej di atas. Panduan makanan sihat ini sesuai menggantikan rajah piramid makanan keluaran FDA dan Kementerian Kesihatan yang telah dipengaruhi oleh kecenderungan untuk melariskan jualan hasil tenusu, daging dan tepung serta memperkayakan pengusaha makanan.

Lakukan seperti saya, cetak dan laminatekan, kemudian tampalkan di pintu peti sejuk di dapur anda. Bagaimanapun, anda boleh letakkan di mana sahaja mengikut keselesaan anda.

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House

houseofquranicfoods.blogspot.com
www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil


*HOTLINE 013-461 9694*
Instagram: asysyakirin_olivehouse

AMALAN JUS DELIMA 230ml SETIAP HARI UNTUK KANSER PROSTAT | Aafiyat Lifestyle


Kanser Prostat dan Lelaki


Seramai 47 ribu orang lelaki di UK disahkan pengidap Kanser Prostat apabila melalui pemeriksaan kesihatan. Dalam bahasa lain seorang pengidap kanser prostat bagi setiap 8 orang rakyat Britain.



Anda tahu berapa bilangan penghidap Kanser Prostat di Malaysia? Pada 2007, ia merupakan kanser keempat paling banyak dihinggapi rakyat Malaysia.



Jika anda, suami anda, adik lelaki atau ayah anda sering kencing di tengah malam atau tidak mampu menahan kencing atau susah untuk kencing, tanda-tanda ini jangan dibiarkan begitu sahaja kerana ia mungkin merupakan simptom Kanser Prostat.



Kanser ini menyerang kaum lelaki seluruh dunia dan semua tahu tidak ada ubat. Ubat yang ada hanya mencegah melalui mengubah cara hidup atau lifestyle. 



Antara kaedah yang membantu melambatkan pembesaran prostate sebanyak 4 kali ganda secara saintifik adalah mengamalkan jus delima sebanyak 8 oz (230ml) setiap hari dan mengelakkan makanan yang merangsang kanser. 






Seluruh dunia mencari langkah pencegahan untuk penyakit pembunuh kaum lelaki ini. Adakah anda bersedia untuk mengubah lifestyle anda 
kepada aafiyat lifestyle?  



Jika anda tidak sayangkan diri anda, ramai disekeliling anda sayangkan anda...mencegah itu murah dan tidak menyakitkan....






‘Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House’



*HOTLINE 013-461 9694*
Instagram: asysyakirin_olivehouse