AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday, 17 October 2018

KAITAN MINYAK ZAITUN & SISTEM SARAF | Aafiyat Lifestyle

KAITAN MINYAK ZAITUN & SISTEM SARAF | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna Minyak Zaitun:

Assalam. Baru ziarah seorang sahabat yang menghidapi masalah saraf di bahagian muka, jadi ber'akar' & kemudian membengkak. Dah pernah operation buang mata sebelah kiri & sepatutnya operation untuk buang mata sebelah kanan, hidung & mulut semalam di PPUM, tapi doktor tangguhkan.

Katanya, tak ada rasa sakit, cuma yang risau apabila dah membengkak, sampai masa akan pecah & berlaku pendarahan yang banyak.

Tidak ada ubat yang diberi & dimaklumkan ia kes yang pertama. Dah ikhtiar macam-macam cara. Mungkin sahabat-sahabat di sini boleh membantu.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.


Kanser yang tiada harapan sembuh walaupun melalui pembedahan/kemoterapi/radioterapi:
Amalkan Quranic Food dengan keyakinan yang mutlak kepada Allah Taala. Walaupun sunnatullah/ hukum alam yang telah di letakkan oleh Allah menyatakan tiada harapan untuk sembuh,tapi qadaratullah /kekuasaan Allah tidak terbatas dan boleh mencarik adat menurut ilmu tauhid . Dalam ilmu perubatan, pesakit ini hanya dirawat secara paliatif, iaitu hanya mengurangkan symptom yang dialami tanpa tujuan penyembuhan/terapeutik. Jika sakit, diberi ubat sakit, jika tidak boleh makan, dimasukkan tiub pemakanan dan sebagainya.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Kena jumpa dan one to one counselling. Itu yang lebih baik.

Sumber: Olive House Medic & Business.
KAITAN MINYAK ZAITUN & SISTEM SARAF | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Tuesday, 16 October 2018

MINYAK ZAITUN & BISUL | Aafiyat Lifestyle



MINYAK ZAITUN & BISUL | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna(Masalah Penyakit Bisul & MZ):

Assalamm’alaikum doktor . Macam mana cara mengunakan MZ bagi yang kena penyakit bisul?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Bagi penyakit bisul, bolehlah sapu di bahagian bisul dan minum 2 sudu besar pagi dan malam. InsyaAllah, serbuk kulit delima, kunyit  juga bagus untuk bisul.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bisul perlu dilihat pada organ mana yang ia timbul dan bagaimana perkembangannya selepas beberapa hari. Jika semakin besar dan melibatkan bahagian leher ke atas, maka perlu dirujuk kepada doktor. Jika mengecil dan hanya melibatkan kulit luaran, boleh diteruskan pengamalan produk.

Sumber: Olive House Medic & Business.

MINYAK ZAITUN & BISUL | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Monday, 15 October 2018

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG? BERAPA DOS PENGAMBILAN PMZ YANG DIPERLUKAN I Aafiyat Lifestyle



PEMINDAHAN BUAH PINGGANG? BERAPA DOS PENGAMBILAN MZ YANG DIPERLUKAN. JOM BACA. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna Minyak Zaitun:

Saya pesakit berumur 41 tahun, perempuan, kedua-dua buah pinggang telah rosak, dan telah melakukan pemindahan buah pinggang dengan adik saya dan letak di bahagian depan sudah hampir 2 tahun. Saya telah amal PMZ ,cuma saya hendak tahu berapa dos pengambilannya? Sehari berapa kali yang sepatutnya saya kena makan?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Biasanya orang yang ada pemindahan buah pinggang ini akan makan steroid. Seeloknya, makan PMZ selepas cuci buah pinggang. Dalam 2 jam selepas cuci, ambil 2 sudu besar. Pada hari biasa ambil pagi dan malam sama dos. Boleh juga suggest bekam, so that dyalisis boleh dijarakkan.

Saya suka elakkan pertembungan antara penggunaan ubatan kimia sintetik dan Quranic Foods agar tidak berlaku konflik di kemudian hari.

Ubatan kimia sintetik merencat homeostasis sedangkan ubatan alami enhance homeostasis maka ianya akan terjadi by chance. Sekiranya individu lebih mengamalkan pemakanan yang baik, persekitaran yang positif maka baginya mungkin tidak akan berlaku kesan yang negatif. Sebaik-baik yang selalu berlaku jika pemakanan bermasalah, sikap bermasalah.

Main medicine is our thought. In form of  released neurotransmitter and hormones.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan rawatan susulan. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan minyak zaitun dan sari cuka teen dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi dan belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap rawatan susulan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG? BERAPA DOS PENGAMBILAN MZ YANG DIPERLUKAN. JOM BACA. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Saturday, 13 October 2018

ATASI MASALAH PANAU DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle

ATASI MASALAH PANAU DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalammu’alaikum doktor. Nak tanya untuk kes macam ini, apa peskipsi MZ & Teen yang sesuai? Sakit kulit, macam panau dan kelompok-kelompok putih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi masalah panau, ia adalah jangkitan kulat yang dinamakan tinea. Sapukan cuka Teen ke tempat yang bermasalah pada siang hari ataupun boleh buat mandian menggunakan cuka ditambah dengan air. Tidak perlu guna sabun sampailah panau sembuh. Yang paling penting pencegahan.
Kulit sepatutnya ada sistem pertahanannya sendiri. Apabila seseorang dijangkiti panau, ini bermakna sistem itu bermasalah dan cara atasinya:

1) Jangan gunakan sabun antibakteria kerana ini bukan sahaja membunuh bakteria baik malah sesetengah bahan seperti alcohol dan triclosan merosakkan lapisan epidermis.

2) Elakkan pakai pakaian yang sama berulang kali terutamanya bila tidak cukup kering.

3) Amalkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi  dengan sapuan yang sangat nipis.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah jerawat/kulit panau, sifat asid SCT mampu memecahkan peluh yang berkumpul di dalam liang roma dan sifat antimicrobial mampu membunuh kuman yang berkumpul di dalam peluh tersebut serta kulat/fungus yang menjadi penyebab panau.

Sumber: Olive House Medic & Business.

ATASI MASALAH PANAU DENGAN MZ & SCT. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Friday, 12 October 2018

PENGGEMAR KOPI? TIADA MASALAH UNTUK MZ & KOPI. I Aafiyat Lifestyle

PENGGEMAR KOPI? TIADA MASALAH UNTUK MZ & KOPI. I Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pelanggan 

Assalam. Nak tanya, kebiasaannya kalau makan vitamin tak boleh minum kopikan? Tapi macam mana dengan minyak zaitun sebab saya memang suka kopi. Minum susu kambing pun campur kopi.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Olive oil & fig vinegar serta tindak balas dengan kopi. Tiada interaksi yang berbahaya di rekodkan antara kedua-dua bahan ini dengan kopi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Tiada masalah untuk MZ dan kopi.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PENGGEMAR KOPI? TIADA MASALAH UNTUK MZ & KOPI. I Aafiyat Lifestyle


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Thursday, 11 October 2018

LEUKEMIA & PEMAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

LEUKEMIA & PEMAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna

Assalammu’alaikum doktor. Isteri kawan saya ada leukimia. Minta panduan cara pengambilan minyak zaitun dan apa-apa petua lain.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Leukemia adalah kanser darah. Ia bermula di sum-sum tulang. Sum-sum tulang adalah tempat tempat pembentukkan sel-sel darah. Dalam kes leukemia, berlaku penghasilan banyak sel darah putih yang abnormal dan tidak matang maka sel-sel ini akan gagal menjalankan fungsi pertahanan badan.
Cara rawatannya adalah berbekam dan amalkan MZ(increasing dose). Cuka Teen harus diamalkan sepanjang hari.
Makanan sunnah yang lain patut juga diambil. Habbatussa’uda boleh diambil dalam bentuk biji atau minyak dalam 2-4gram sehari. Elakkan semua makanan yang ada gula putih, gandum dan susu serta semua makanan proses.
Banyakkan mengingati Allah dan tinggalkan perkara-perkara yang melalaikan. InsyaAllah, lihat kesannya dalam 6 bulan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Leukemia (Kanser darah putih): Rujuk pakar haematology (darah). Teruskan pemakanan sunnah.

Sumber: Olive House Medic & Business. 
LEUKEMIA & PEMAKANAN SUNNAH. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my