AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 25 October 2018

AMALKAN MZ & SCT BAGI PESAKIT TALASSEMIA. I Aafiyat Lifestyle



AMALKAN MZ & SCT BAGI PESAKIT TALASSEMIA. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan 

Salam, ada tak cara rawatan MZ & SCT untuk penyakit talesemia. Macam mana dos untuk pesakit talesemia. Mohon bantuan sahabat-sahabat?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Pesakit Talassemia boleh amal MZ dan SCT serta Quranic Food yang lain kerana antioxidant yang tinggi boleh lambatkan proses pemecahan darah merah. Dan ini boleh jarakkan masa transfusi darah. InsyaAllah.
Elakkan makanan yang tinggi zat besi terutamanya yang fortified(diperkaya) contohnya milo, gandum, bijirin sarapan, fast food, sila haramkan untuk diri sendiri.

Boleh juga amal bekam dalam 3 point sekali buat kerana menolong singkirkan zat besi berlebihan tapi kena cari orang yang pakar dalam membekam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Thalassemia:

Penyakit genetik yang melibatkan pemecahan sel darah merah yangg membawa oksigen ke seluruh sel. Ianya menyebabkan simptom anemia seperti keletihan,iron overload yang merosakkan hati, bengkak limpa (spleen) dan kurang imuniti. Rawatan biasa ialah pemindahan darah setiap kali kadar hemoglobin rendah dan terdapat simptom anemia.

Olive oil dan fig vinegar yg mengandungi antioksida yangg tinggi boleh mengurangkan oxidative stress kepada sel darah merah.Selaput sel akan lebih stabil dan tidak mudah pecah seterusnya pemindahan darah boleh dijarakkan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

AMALKAN MZ & SCT BAGI PESAKIT TALASSEMIA. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Wednesday, 24 October 2018

PERLUKAH BERHENTI AMBIL UBAT HOSPITAL? I Aafiyat Lifestyle

PERLUKAH BERHENTI AMBIL UBAT HOSPITAL? I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalam. Kalau customer memang dah ada penyakit dan bertahun makan ubat hospital, jangan berhenti mengejut ya? Berapa jarak masa nak gap antara minyak, cuka dan ubat-ubatan?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan MZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Bagi yang masih tidak dapat dipisahkan dengan ubat hospital. Saya nasihatkan ambillah MZ dalam makanan anda sama ada salad ke, spaghetti ke atau nasi anda. Cuka Teen pun masukkanlah dalam makanan anda. Semoga dengan menjadikan kedua bahan ini menu dalam masakan harian, akan berkurang pergantungan kepada ubatan kimia.

Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my
















Monday, 22 October 2018

PENYAKIT SLE? APA ITU SLE? BAGAIMANA PMZ & SCT BOLEH MEMBANTU PESAKIT SLE? I Aafiyat Lifestyle



PENYAKIT SLE? APA ITU SLE? BAGAIMANA PMZ & SCT BOLEH MEMBANTU PESAKIT SLE? I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalam. Bagaimana PMZ & SCT boleh membantu pesakit SLE?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

SLE adalah penyakit di mana sistem imun menyerang sel tubuh badan sendiri. Pada pandangan doktor barat, sistem imun telah 'mistakenly' menyerang sel sendiri tetapi pada pendapat saya pasti ada sesuatu yang telah terjadi kepada sel itu yang menyebabkan sistem imun tubuh ingin menyerangnya. Mungkin akibat mutations dari free radicals dan sebagainya. Dan mutations ini menyebabkan sel telah berubah menjadi 'sel asing'.
Kebanyakan pesakit SLE yang saya temui memang kuat makan makanan proses terutamanya yang berasaskan gandum, seperti kek, burger, roti, pizza dan sebagainya.
Kunci utama dalam rawatan SLE mestilah berubah  kepada pemakanan semulajadi. Elakkan chemical stabilisers, preservatives, additives, non dairy creamer, marjerin(ganti pure unsalted butter), minyak bunga matahari; canola; soya dan jagung.(ganti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak sawit asli (carotino). Pengambilan PMZ amalkan dengan 40g sehari untuk permulaan dan kemungkinan memerlukan dos tinggi. Cuka Teen juga amalkan sebagai minuman dan campuran dalam makanan. Amalkan gaya hidup Islam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. SLE ialah penyakit autoimmune yang menyerang banyak organ dan menyebabkan kegagalan fungsi terutama kulit dan buah pinggang. Seperti biasa, rawatan autoimmune di hospital ialah steroid bagi mengurangkan inflamasi seterusnya mengelakkan kegagalan fungsi organ tersebut tanpa merawat secara total. Cadangkan overlap dengan Quranic Food dalam dos yang tinggi bagi penyakit yang menjadi misteri di dalam dunia perubatan ini. Menghentikan steroid secara mendadak boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal dalam kes ini.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PENYAKIT SLE? APA ITU SLE? BAGAIMANA PMZ & SCT BOLEH MEMBANTU PESAKIT SLE? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Sunday, 21 October 2018

PENYAKIT TB & BAGAIMANA MZ / SCT BOLEH MEMBANTU. I Aafiyat Lifestyle

PENYAKIT TB & BAGAIMANA MZ / SCT BOLEH MEMBANTU. I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalammu’alaikum doktor. Bagaimanakah MZ/SCT/BT boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tibi(TB)?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam, Penyakit TB adalah jangkitan paru-paru yang kronik hasil jangkitan mycobacterium tuberculosis yang berjaya membuat rumah tangga dan beranak-pinak pada paru-paru manusia yang lemah daya tahan paru-parunya.
Sepatutnya, setiap paru-paru dilengkapi dengan lapisan mukosa yang penuh dengan sel-sel pertahanan. Namun, sel-sel ini boleh musnah akibat terdedah pada asap kimia seperti rokok dan asap kenderaan, ia juga boleh musnah akibat radikal bebas dari dalam salur darah yang melapisi paru-paru. Minyak zaitun boleh membaiki kembali sistem pertahanan ini secara lokal fan juga sistemik.
Cuka Teen dan buah Teen melengkapkan fungsinya sebagai pembekal nutrien untuk saraf dan otak bekerja dengan lebih efisyien mengerah proses baik pulih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

TB/Batuk Kering:

TB ialah jangkitan mycobakteria ke bahagian badan terutamanya paru-paru (90%). Ianya merebak melalui udara dan pesakit biasanya tidak mempunyai simptom (latent infection) dan menjadi pembawa. Simptom seperti batuk berdarah, demam dan peluh malam hanya timbul ketika sistem imun menjadi lemah.

Rawatan utamanya ialah pengasingan (isolasi) sehingga kuman kembali tidak aktif dan antibiotik untuk membunuh kuman mycobakteria sehingga 6 bulan. Olive oil dan fig vinegar membantu dengan membina sistem imuniti dan sifat antibakterianya mengawal aktiviti bakteria agar tidak merebak kepada miliary tuberculosis.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PENYAKIT TB & BAGAIMANA MZ / SCT BOLEH MEMBANTU. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Saturday, 20 October 2018

PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN UNTUK MASALAH LIGAMEN TERKOYAK. I Aafiyat Lifestyle



PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN UNTUK MASALAH LIGAMEN TERKOYAK. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan 

Assalammu’alaikum doktor. Bagaimanakah cara  pengambilan minyak zaitun untuk masalah ligamen terkoyak, telah dirawat di hospital tetapi masih belum bercantum kembali?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ligamen terkoyak tiada rawatan atau pembedahan khusus bagi menyambungkannya. Ikhtiarkan dengan pemakanan sunnah dan banyakkan berdoa. Elakkan pergi kepada bomoh tulang yang terutama yang menggunakan jin.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Bahagian manakah yang terkoyak? Apapun, teruskan amal MZ dan semua Quranic Food juga habbatus sauda untuk penyembuhan maksimum. Baiki gerakan dan konsentrasi dalam solat. Buat zikir terapi menggunakan asma ul husna.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN UNTUK MASALAH LIGAMEN TERKOYAK. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Friday, 19 October 2018

BAGAIMANA PMZ & SCT BOLEH MEMBANTU SLIPPED DISC? | Aafiyat Lifestyle



BAGAIMANA MZ & SCT BOLEH MEMBANTU SLIPPED DISC? |  Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna :

Assalam. Masalah kawan ini panjang sangat. Ini mesej dia pada saya, dia nurse, umur 29.

“Asal aku sakit pinggang, slip disk dan aku dua kali operation dah. 2nd operation tu aku tak boleh jalan & pakai pampers. Lepas operation, doktor detect saraf untuk hantar mesej dari renal ke otak tak berfungsi dengan baik. Aku kena train sendiri untuk kencing sebab bladder aku tak boleh mengembang secara semulajadi macam orang normal. Maka terjadilah aku tahan kencing sokmo sebab train bladder. Aku develop batu karang tapi kecik-kecik jah. Dia tubik sendiri dan loni scan batu takdop dok cuma buah pinggan aku bengkak. Aku bimbang sebab doktor oyak can lead to renal failure. Klo ikut pola pemakanan aku. Aku bukan pengemar tegar fastfood bagai. Aku banyak makan makanan hok masak sendiri rumah, air pon aku blend buah & banyak minum air masak. Satu lagi, aku banyak amik ubat hospital sebelum ni, loni aku stop blako doh.

Macam mana PMZ/SCT kita boleh bantu? insyaAllah dari segi cara pemakanan dan sebagainya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah kesihatan ini berlaku apabila terdapat tekanan di antara ruas tulang belakang menyebabkan penyempitan jalan keluar saraf di antara tulang tersebut. Rawatan moden yang diuruskan oleh pakar orthopedik ialah dengan pembedahan diikuti oleh fisioterapi.


Rawatan kiropraktik juga mampu membetulkan keadaan tulang belakang. Selepas rawatan di atas dilakukan, barulah PMZ & SCT boleh berperanan mengurangkan inflamasi saraf yang terlibat. Selagi tekanan & penyempitan tidak dibetulkan dengan pembedahan atau kiropraktik, inflamasi saraf tetap akan berlaku menyebabkan sakit dan lemah di kawasan organ yang terlibat.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Kena private consultation sebab dah ada komplikasi banyak tu.

Sumber: Olive House Medic & Business.

BAGAIMANA MZ & SCT BOLEH MEMBANTU SLIPPED DISC? |  Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my