AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Saturday, 27 October 2018

APA PUNCANYA SANTAU? SESUAIKAH GUNA MZ & SCT? I Aafiyat Lifestyle



APA PUNCANYA SANTAU? SESUAIKAH GUNA MZ & SCT? I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pelanggan 

Assalammu’alaikum doktor. Kena sautau apa puncanya dan sesuaikah digunakan minyak zaitun atau teen?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Santau adalah sihir yang dihantar dengan perantaraan syaitan. Secara umumnya, jiwa kita haruslah dirawat dahulu dengan keyakinan kepada Allah dan tiada kuasa yang boleh mengapa-ngapakan kita tanpa izin Allah. Mungkin dengan santau ini yang dihadapi akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka, kembalilah pada Allah.

Minyak zaitun adalah minyak dari pohon yang diberkati. Maka sudah tentulah sepatutnya menghalang kerja-kerja syaitan. Sepatutnya, semua Quranic Food patut diamalkan oleh semua umat Islam apatah lagi insan yang diuji dengan sihir. 

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pengamalan sunnah dalam seluruh aspek kehidupan terutamanya zikir dan doa-doa ma’thur yang warid di waktu pagi dan petang serta pemakanan halal dan thoyyibah mampu menjadi pendinding daripada jin dan syaitan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

APA PUNCANYA SANTAU? SESUAIKAH GUNA MZ & SCT? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Friday, 26 October 2018

BAGAIMANA MZ BOLEH MENGURANG & MERAWAT MIGRAIN. I Aafiyat Lifestyle

BAGAIMANA MZ BOLEH MENGURANG & MERAWAT MIGRAIN. I Aafiyat Lifestyle
Soalan Dari Pengguna 

Assalam’ualaikum doktor. Ada yang boleh share tak? Bagaimanakah MZ boleh mengurang dan merawat migrain. Minta penjelasan sebab nak bagi pesakit maklumat betul dan sentiasa amalkan MZ.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam Migraine adalah sakit kepala biasanya pada sebelah bahagian sahaja. Ia biasanya dimulai dengan 'aura' atau 'deja vu' di mana ianya adalah perasaan yg pesakit seolah2 tahu migraine akan menyerang. Penyakit ini sangat banyak pada zaman ini akibat kesan bahan kimia dan logam berat pada otak.
Bahan2 antioksidan yang banyak dalam MZ menolong membuang sisa2 buangan dan halang lambakannya pada organ. Namun, tabiat pemakanan yang buruk haruslah dihentikan dan aktiviti menghadap skrin sama ada tv, komputer atau gadget lain haruslah sangat dikurangkan. Apabila solat, hendaklah rukuk dan sujud dengan lama, minyak habbatus sauda 2gram sehari juga boleh membantu. InsyaAllah.

Jawapan Dari Dr. Salman:

MZ bagi pesakit migrain:
Migrain di diagnos bagi pesakit yang mengalami sakit kepala tanpa bukti pathology seperti ketumbuhan, kematian otak, strok di dalam CT scan dan MRI otak. Pesakit biasanya bergantung kepada ubat tahan sakit sepanjang masa tanpa rawatan khusus. MZ membantu dengan tindakan anti-inflammatory (mengurangkan bahan2 yang menyebabkan keradangan salur darah kepala) analgesic (tindakan penahan sakit) dan vasodilator (mengembangkan salur darah di bahagian kepala) yang mana ketiga2 tindakan tersebut mampu mengurangkan simptom sakit kepala pesakit migrain. 

Sumber: Olive House Medic & Business.
BAGAIMANA MZ BOLEH MENGURANG & MERAWAT MIGRAIN. I Aafiyat Lifestyle
UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Thursday, 25 October 2018

AMALKAN MZ & SCT BAGI PESAKIT TALASSEMIA. I Aafiyat Lifestyle



AMALKAN MZ & SCT BAGI PESAKIT TALASSEMIA. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan 

Salam, ada tak cara rawatan MZ & SCT untuk penyakit talesemia. Macam mana dos untuk pesakit talesemia. Mohon bantuan sahabat-sahabat?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Pesakit Talassemia boleh amal MZ dan SCT serta Quranic Food yang lain kerana antioxidant yang tinggi boleh lambatkan proses pemecahan darah merah. Dan ini boleh jarakkan masa transfusi darah. InsyaAllah.
Elakkan makanan yang tinggi zat besi terutamanya yang fortified(diperkaya) contohnya milo, gandum, bijirin sarapan, fast food, sila haramkan untuk diri sendiri.

Boleh juga amal bekam dalam 3 point sekali buat kerana menolong singkirkan zat besi berlebihan tapi kena cari orang yang pakar dalam membekam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Thalassemia:

Penyakit genetik yang melibatkan pemecahan sel darah merah yangg membawa oksigen ke seluruh sel. Ianya menyebabkan simptom anemia seperti keletihan,iron overload yang merosakkan hati, bengkak limpa (spleen) dan kurang imuniti. Rawatan biasa ialah pemindahan darah setiap kali kadar hemoglobin rendah dan terdapat simptom anemia.

Olive oil dan fig vinegar yg mengandungi antioksida yangg tinggi boleh mengurangkan oxidative stress kepada sel darah merah.Selaput sel akan lebih stabil dan tidak mudah pecah seterusnya pemindahan darah boleh dijarakkan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

AMALKAN MZ & SCT BAGI PESAKIT TALASSEMIA. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Wednesday, 24 October 2018

PERLUKAH BERHENTI AMBIL UBAT HOSPITAL? I Aafiyat Lifestyle

PERLUKAH BERHENTI AMBIL UBAT HOSPITAL? I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalam. Kalau customer memang dah ada penyakit dan bertahun makan ubat hospital, jangan berhenti mengejut ya? Berapa jarak masa nak gap antara minyak, cuka dan ubat-ubatan?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan MZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Bagi yang masih tidak dapat dipisahkan dengan ubat hospital. Saya nasihatkan ambillah MZ dalam makanan anda sama ada salad ke, spaghetti ke atau nasi anda. Cuka Teen pun masukkanlah dalam makanan anda. Semoga dengan menjadikan kedua bahan ini menu dalam masakan harian, akan berkurang pergantungan kepada ubatan kimia.

Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my
















Monday, 22 October 2018

PENYAKIT SLE? APA ITU SLE? BAGAIMANA PMZ & SCT BOLEH MEMBANTU PESAKIT SLE? I Aafiyat Lifestyle



PENYAKIT SLE? APA ITU SLE? BAGAIMANA PMZ & SCT BOLEH MEMBANTU PESAKIT SLE? I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalam. Bagaimana PMZ & SCT boleh membantu pesakit SLE?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

SLE adalah penyakit di mana sistem imun menyerang sel tubuh badan sendiri. Pada pandangan doktor barat, sistem imun telah 'mistakenly' menyerang sel sendiri tetapi pada pendapat saya pasti ada sesuatu yang telah terjadi kepada sel itu yang menyebabkan sistem imun tubuh ingin menyerangnya. Mungkin akibat mutations dari free radicals dan sebagainya. Dan mutations ini menyebabkan sel telah berubah menjadi 'sel asing'.
Kebanyakan pesakit SLE yang saya temui memang kuat makan makanan proses terutamanya yang berasaskan gandum, seperti kek, burger, roti, pizza dan sebagainya.
Kunci utama dalam rawatan SLE mestilah berubah  kepada pemakanan semulajadi. Elakkan chemical stabilisers, preservatives, additives, non dairy creamer, marjerin(ganti pure unsalted butter), minyak bunga matahari; canola; soya dan jagung.(ganti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak sawit asli (carotino). Pengambilan PMZ amalkan dengan 40g sehari untuk permulaan dan kemungkinan memerlukan dos tinggi. Cuka Teen juga amalkan sebagai minuman dan campuran dalam makanan. Amalkan gaya hidup Islam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. SLE ialah penyakit autoimmune yang menyerang banyak organ dan menyebabkan kegagalan fungsi terutama kulit dan buah pinggang. Seperti biasa, rawatan autoimmune di hospital ialah steroid bagi mengurangkan inflamasi seterusnya mengelakkan kegagalan fungsi organ tersebut tanpa merawat secara total. Cadangkan overlap dengan Quranic Food dalam dos yang tinggi bagi penyakit yang menjadi misteri di dalam dunia perubatan ini. Menghentikan steroid secara mendadak boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal dalam kes ini.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PENYAKIT SLE? APA ITU SLE? BAGAIMANA PMZ & SCT BOLEH MEMBANTU PESAKIT SLE? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Sunday, 21 October 2018

PENYAKIT TB & BAGAIMANA MZ / SCT BOLEH MEMBANTU. I Aafiyat Lifestyle

PENYAKIT TB & BAGAIMANA MZ / SCT BOLEH MEMBANTU. I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna

Assalammu’alaikum doktor. Bagaimanakah MZ/SCT/BT boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tibi(TB)?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam, Penyakit TB adalah jangkitan paru-paru yang kronik hasil jangkitan mycobacterium tuberculosis yang berjaya membuat rumah tangga dan beranak-pinak pada paru-paru manusia yang lemah daya tahan paru-parunya.
Sepatutnya, setiap paru-paru dilengkapi dengan lapisan mukosa yang penuh dengan sel-sel pertahanan. Namun, sel-sel ini boleh musnah akibat terdedah pada asap kimia seperti rokok dan asap kenderaan, ia juga boleh musnah akibat radikal bebas dari dalam salur darah yang melapisi paru-paru. Minyak zaitun boleh membaiki kembali sistem pertahanan ini secara lokal fan juga sistemik.
Cuka Teen dan buah Teen melengkapkan fungsinya sebagai pembekal nutrien untuk saraf dan otak bekerja dengan lebih efisyien mengerah proses baik pulih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

TB/Batuk Kering:

TB ialah jangkitan mycobakteria ke bahagian badan terutamanya paru-paru (90%). Ianya merebak melalui udara dan pesakit biasanya tidak mempunyai simptom (latent infection) dan menjadi pembawa. Simptom seperti batuk berdarah, demam dan peluh malam hanya timbul ketika sistem imun menjadi lemah.

Rawatan utamanya ialah pengasingan (isolasi) sehingga kuman kembali tidak aktif dan antibiotik untuk membunuh kuman mycobakteria sehingga 6 bulan. Olive oil dan fig vinegar membantu dengan membina sistem imuniti dan sifat antibakterianya mengawal aktiviti bakteria agar tidak merebak kepada miliary tuberculosis.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PENYAKIT TB & BAGAIMANA MZ / SCT BOLEH MEMBANTU. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my