Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kencing Tidak
Lawas):
Assalamualaikum doktor. Bagaimana hendak menangani masalah kencing tidak lawas dengan pengamalan MZ/SCT?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Assalamualaikum doktor. Bagaimana hendak menangani masalah kencing tidak lawas dengan pengamalan MZ/SCT?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
Kencing tidak lawas mempunyai banyak sebab. Sekiranya lelaki, biasanya
disebabkan masalah prostate yang
membesar dan ini memang sesuai sangat mengamalkan MZ. Baik juga ditambah dengan
minyak kelapa dara.
Bagi
wanita, ia biasanya disebabkan masalah kelemahan otot detrusor iaitu salah satu otot pundi kencing. Kunci untuk
rawatan adalah menguatkan kembali otot ini, maka MZ dan SCT memang membantu.
Amalkan
pemakanan yang sihat dan lakukan senaman pelvik. Senaman pelvik terbaik adalah
hubungan suami isteri. Begitulah Allah meletakkan tujuan dalam setiap
perbuatan. Maha Suci Allah dari segala kelemahan. Boleh juga belajar senaman
Kiegel atau senaman kemut dari klinik-klinik terdekat dan bekam juga amat
membantu.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Pundi kencing dikawal oleh saraf tulang belakang. Jika berlaku hentakan (spinal shock) masalah ini mungkin bersifat kekal (neurogenic bladder).
Bagi tidak
lawas kencing disebabkan bengkak kelenjar prostat sehingga memerlukan tiub
kencing, pembedahan TURP diperlukan. Bagi kencing tak lawas disebabkan
batu karang pula, SCT merupakan makanan terbaik bagi memecahkan batu karang
yang kecil dengan kandungan acetic acidnya
mampu menstabilkan pH air kencing, manakala batu karang yang besar memerlukan
pembedahan.
Sumber: Olive House
Medic & Business.
UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my