AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Sunday, 16 December 2018

MASALAH G6PD-KEKURANGAN ENZIM | Aafiyat Lifestyle


MASALAH G6PD-KEKURANGAN ENZIM | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah G6PD-Kekurangan Enzim)

Assalamualaikum doktor. Boleh bagi pencerahan tentang G6PD tak? Bolehkah amal MZ, SCT atau Buah Teen dan bagaimana cara pengambilan yang sesuai untuk bayi hingga kategori dewasa.? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah G6PD deficiency boleh amalkan MZ, SCT & BT dan bayi eloklah diberi susu ibu sahaja. Selepas 2 tahun, bolehlah diberi MZ sebagai supplement harian dengan sesudu kecil memadai.

Untuk Sari Cuka Teen(SCT) boleh dimasukkan dalam minuman dengan sesudu kecil memadai untuk 200ml air. SCT juga boleh dimasukkan dalam makanan menggantikan asam jawa atau asam limau.

Manakala, untuk Buah Teen(BT) bolehlah diberi sekiranya anak sudah pandai mengunyah. Jika belum pandai, bolehlah diletakkan dalam bubur(dipotong kecil2 dan dimasak lama dengan api kecil atau guna slow cooker).



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Punca utama kepada berlakunya masalah kekurangan enzim G6PD ialah mutasi di dalam gen G6PD. Sekiranya mutasi di dalam gen G6PD mengurangkan kuantiti enzim G6PD atau menukarkan strukturnya, enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya sebagai pelindung sel darah merah sekaligus menyebabkan pengumpulan molekul oksigen reaktif yang membawa kerosakan kepada sel darah merah.

Pesakit dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol. Tiada kontraindikasi untuk mengamalkan MZ atau SCT,malah sifat anti-inflamasinya menstabilkan dinding sel darah merah dan menghalang pemecahan sel yang membawa kepada anemia.

MASALAH G6PD-KEKURANGAN ENZIM | Aafiyat Lifestyle

Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Saturday, 15 December 2018

MASALAH LUKA BIBIR & HAID TIDAK TERATUR ? | Aafiyat Lifestyle


MASALAH LUKA BIBIR & HAID TIDAK TERATUR ? | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Luka Bibir+Haid Tidak Teratur)

Assalamualaikum doktor. Masalah bibir luka merekah selepas meminum MZ. Lendiran kering di faraj, kitaran haid tidak betul kerana ada kalanya tidak mahu berhenti sehingga ada darah bercampur lender. Mohon pencerahan doktor.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Badan manusia sentiasa melakukan proses baik pulih 24 jam. Semasa proses ini berlaku, pelbagai simptom akan keluar. MZ tidak langsung mempunyai kesan sampingan tetapi segala bahan kimia dalam makanan dan minuman kitalah yang membebankan sel-sel kita. Bertahanlah  jika ingin sembuh dan tingkatkan ingatan kepada Allah S.W.T.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Mungkin healing crisis. Wallahua’lam.

MASALAH LUKA BIBIR & HAID TIDAK TERATUR ? | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Friday, 14 December 2018

KAITAN MINYAK ZAITUN & DEMAM DENGGI ! | Aafiyat Lifestyle


KAITAN MINYAK ZAITUN & DEMAM DENGGI ! | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Demam Denggi)

Assalamualaikum doktor. Bagaimanakah rawatan untuk pesakit demam denggi dengan penggunaan Minyak Zaitun dan Sari Cuka Teen?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Untuk kes denggi, tingkatkan kekerapan pengambilan MZ. Mungkin 3 jam sekali sesudu besar dan Sari Cuka Tin(SCT) dijadikan minuman seharian. Terbaik berbanding minum minuman isotonik berkarbonat. Juga jangan lupa buat air daun betik, ambil sehelai daun betik tua, basuh, tumbuk lumat dan perah airnya. Kemudian, minum dicampur dengan madu sesudu kecil sehari sudah memadai.
Untuk pengetahuan, IMR(Institute of Medical Research) telah jalankan kajian daun betik ini selama 3 tahun semenjak 2010, Jadi, wajarlah usaha mereka dihargai.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Demam denggi berpunca dari virus yang disebar melalui gigitan nyamuk. Masalah utamanya ialah pada darah yang pekat serta platelet yang rendah yang boleh membawa kepada pendarahan dalaman. Rawatan hospital hanya rawatan sokongan dengan memasukkan air ke dalam salur darah. MZ menguatkan salur darah mengelakkan pengeluaran air dan plasma dari dalam salur darah ke luar serta melemahkan virus yang menjadi punca demam denggi. Penghasilan platelet juga akan meningkat dengan pengambilan MZ serta SCT.

KAITAN MINYAK ZAITUN & DEMAM DENGGI ! | Aafiyat Lifestyle

Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Thursday, 13 December 2018

KERAP BUANG AIR BESAR ?? | Aafiyat Lifetsyle


KERAP BUANG AIR BESAR ?? | Aafiyat Lifetsyle r

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kerap Buang Air Besar)

Assalamualaikum doktor. Seorang pak cik ini menghidapi strok sebelah badan dan telah mengamalkan 2 sudu MZ sebelum tidur dan 1 sudu SCT campur air selepas makan. Kesannya, kerap membuang air besar 2, 3 kali sehari. Mengapakah? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Itu adalah healing effect di mana kita tahu usus adalah tempat utama yang bermasalah dalam setiap orang yang berpenyakit. Maka, usus akan dibaiki dengan MZ dan bahan sisa dari proses healing akan dibuang. Alhamdulillah, usus anda sedang dibersihkan.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. MZ melembutkan najis dan menggalakkan peristalsis menyebabkan pembuangan najis menjadi lebih efisien. Ianya juga healing effect yang membuang toksin yang berkumpul di dalam usus.

KERAP BUANG AIR BESAR ?? | Aafiyat Lifetsyle


Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Wednesday, 12 December 2018

BUAH PINGGANG BENGKAK | Aafiyat Lifestyle

BUAH PINGGANG BENGKAK | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Buah Pinggang Bengkak)

Assalamualaikum doktor. Boleh saya dapatkan penjelasan berkenaan dengan kidney problem? Untuk anak yang berumur 4 tahun, kidneynya bengkak dan akan dioperate bulan 8 ini. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Maaf, soalan tidak jelas kerana masalah buah pinggang terlalu banyak. Sila sebutkan jenisnya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Buah pinggang bengkak yang akan dibedah mungkin kerana doktor menjangkakan ianya sudah tidak berfungsi. Pengamalan MZ melancarkan pengaliran darah dan membantu pembentukan sel-sel nephron yang baru.

BUAH PINGGANG BENGKAK | Aafiyat Lifestyle

Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Tuesday, 11 December 2018

JANTUNG BENGKAK + TIUB BESI | Aafiyat Lifestyle


JANTUNG BENGKAK + TIUB BESI | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Jantung Bengkak+Tiub Besi)

Assalamualaikum doktor. Bolehkah sesiapa yang mengalami bengkak jantung dan 2 bulan lagi kena masukkan stent(tiub besi) dalam saluran jantung menggunakan MZ? Bolehkah juga pesakit ini menangani kesan sampingan dari penggunaan MZ ini? Sekian terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sebenarnya adalah masalah di mana otot jantung telah menjadi hypertrophy atau besar akibat mengepam darah dengan rintangan yang tinggi dalam jangka masa yang lama. Apabila jantung berubah bentuknya maka kedudukan injap-injap juga terganggu dan tidak kena. Maka, aliran darah yang keluar dari jantung juga tidak sempurna seperti asal.
MZ sangatlah bagus untuk membaiki keadaan salur darah dan seterusnya mengurangkan rintangan dalam salur darah dan memudahkan semula aliran darah keluar ke peredaran dari jantung. Apabila berkurangnya beban jantung, maka perlahan-lahan akan terjadilah semula pengecutan sel-sel dinding jantung yang berlebihan tadi. Ini mungkin mengambil masa yang lama untuk berlaku.
Mulakan amal MZ dengan dos kecil dahulu dan naikkan perlahan-lahan sambil perhatikan kesan penyembuhan. Wallahu’alam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bengkak jantung berpunca dari tekanan darah yang tinggi menyebabkan rintangan terhadap darah yang di pam oleh jantung. Bengkak jantung mematikan otot-otot jantung menyebabkan lemah jantung. MZ merendahkan tekanan darah dan menghalang pembentukan atherosclerosis seterusnya menghalang bengkak jantung melarat.

JANTUNG BENGKAK + TIUB BESI | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my