AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 25 January 2019

BOLEHKAH WANITA LEPAS BERSALIN AMBIL CUKA TIN & MZ ? | Aafiyat Lifestyle


BOLEHKAH WANITA LEPAS BERSALIN AMBIL CUKA TIN & MZ ? | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Pemakanan Wanita Selepas Bersalin)

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah kaedah pemakanan mz/sct/bt untuk wanita selepas bersalin?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pemakanan mz/sct/bt untuk wanita selepas bersalin sama sahaja seperti semasa mengandung. Konsepnya jangan berlebihan. Wallahu a'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Gunakan MZ dan CT seperti biasa. Kedua-duanya mampu memulihkan luka dalaman rahim dan saluran peranakan, mengeluarkan darah kotor (lochia), mengelakkan sembelit serta mengembalikan kadar normal garam elektrolit yang hilang semasa bersalin dan penghasilan susu.

BOLEHKAH WANITA LEPAS BERSALIN AMBIL CUKA TIN & MZ ? | Aafiyat LifestyleBOLEHKAH WANITA LEPAS BERSALIN AMBIL CUKA TIN & MZ ? | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Thursday, 24 January 2019

JANGAN REMEHKAN KANSER LIMFOMA ! | Aafiyat Lifestyle


JANGAN REMEHKAN KANSER LIMFOMA ! | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Limfoma)

Assalammu'alaikum doktor. Mohon doktor perjelaskan masalah pesakit saya. Kanser limfoma. Bagaimanakah cara rawatannya? Apakah punca kanser ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Limfoma adalah kanser kelenjar limfa. Kelenjar ini berfungsi dalam sistem imun untuk menghasilkan tentera imun dan melupuskan bahan-bahan merbahaya. Bagi yang menghidap limfoma, ini menunjukkan sistem imunnya telah sekian lama bekerja keras menangkis pelbagai patogen dalam tubuh sehingga sel-sel kelenjar limfa itu sendiri tidak dapat memperbaharui selnya sendiri dengan baik. Maka, apa yang perlu dilakukan ialah membantu sistem imun tubuh.
Quranic Food semuanya membantu sistem imun dan pada masa yang sama kezaliman terhadap tubuh dengan pengambilan makanan proses haruslah dihentikan 100%. Herba juga harus diambil sebagai ubat contohnya, kunyit, lengkuas, neem leaves(daun semambu) dan pelbagai lagi. Wallahu a'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Limfoma adalah kanser sel darah dari limfosit iaitu sel darah putih yang terbahagi kepada Hodgkin dan Non-Hodgkin. Simptomnya ialah bengkak pada kelenjar leher, ketiak dan celah peha. Puncanya dikatakan dari jangkitan virus, auto-imun (reaksi peningkatan sel darah putih untuk menyerang tubuh sendiri), racun serangga dan pemakanan daging yang banyak. Penyakit ini di diagnose melalui biopsy iaitu pengambilan sampel kelenjar yang bengkak untuk kajian sel. Rawatannya ialah kemoterapi/radioterapi bagi membunuh sel kanser darah yang menyerang organ tubuh badan dan respon jenis Hodgkin lebih baik dari jenis Non-Hodgkin. Quranic Food terutamanya olive oil mampu meningkatkan immunity secara umum seterusnya merendahkan risiko bagi penyakit auto-imun. Sifat anti-virus juga mampu memerangkap virus dari menyerang sel badan seterusnya melemahkan kesannya kepada tubuh. Radikal bebas dari racun serangga yang terdapat pada makanan komersial dapat dihalang dengan sifat anti-oksidanya yang tinggi.

JANGAN REMEHKAN KANSER LIMFOMA ! | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Wednesday, 23 January 2019

PENYAKIT HEMOPHILIA & MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle


PENYAKIT HEMOPHILIA & MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Hemophilia)

Assalammu'alaikum doktor. Anak sahabat saya berumur 12 tahun adalah Pesakit Hemophilia A
(1.0 peratus). Adakah boleh amalkan MZ dan SCT dan bagaimana cara penggunaanya serta kesannya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pesakit hemofilia boleh mengamalkan MZ dan SCT seperti biasa. Cara amalannya, dimulakan dengan dos kecil dan kemudian dinaikkan berperingkat. InsyaAllah keadaan anak akan bertambah baik.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ianya berpunca dari kekurangan Faktor 8 di dalam darah yang menyebabkan darah lambat membeku dan ianya berpunca dari genetik ibubapa. Rawatannya ialah penggantian Faktor 8 ke dalam darah. Elakkan dari aktiviti lasak yang mungkin menyebabkan pendarahan.

PENYAKIT HEMOPHILIA & MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle
PENYAKIT HEMOPHILIA & MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle



Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Tuesday, 22 January 2019

MASALAH JERAWAT DI MUKA ?? | Aafiyat Lifestyle


MASALAH JERAWAT DI MUKA ?? | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Jerawat Bernanah Di Muka)

Assalammu'alaikum doktor. Saya telah setahun mengamal minum minyak zaitun Olive House. Setiap hari mesti akan keluar jerawat bernanah di muka. Proses ini akan berterusan dalam tempoh yang lamakah doktor?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Jerawat adalah bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan ingin dikeluarkan. Apabila makan MZ, proses ini menjadi lancar dan jerawat akan keluar dengan efektif. Anda harus bersyukur kerana sel anda terselamat dari bahaya makanan yang anda makan. Untuk memberhentikan masalah ini, kenalah jaga pemakanan betul-betul. Bedak dan kosmetik yang digunakan juga harus diteliti. Anda boleh juga amalkan bekam di wajah untuk meningkatkan keupayaan sel dermis kulit anda. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bagi kulit yang sudah sedia berminyak, amalkan MZ secara makan dan elakkan dari menyapu secara terus ke bahagian muka. Bersihkan muka dengan lebih kerap menggunakan air suam dan SCT supaya liang roma terbuka dan tidak menyimpan minyak. SCT mampu memecahkan minyak di liang roma serta membunuh kuman punca jerawat.

MASALAH JERAWAT DI MUKA ?? | Aafiyat Lifestyle
MASALAH JERAWAT DI MUKA ?? | Aafiyat Lifestyle



Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Monday, 21 January 2019

SAKIT TEKAK SEMASA AMBIL MZ ? | Aafiyat Lifestyle


SAKIT TEKAK SEMASA AMBIL MZ ? | Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pelanggan (Masalah Sakit Tekak Amal MZ)

Assalammu'alaikum doktor. Kenapakah apabila makan minyak zaitun tekak jadi sakit? Mohon pencerahan doktor.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sakit tekak selepas ambil MZ dan untuk mengelakkan perkara ini, MZ bolehlah diletakkan pada makanan kita. Tidak perlu diambil terus dan boleh juga buat kuah untuk cicah lempeng atau cekodok. Asalnya, MZ adalah penyedap makanan tetapi disebabkan ia bukan budaya kita, kita tidak biasa maka bolehlah cuba-cuba berlatih.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Healing crisis(Proses Penyembuhan). Wallahua’lam.

SAKIT TEKAK SEMASA AMBIL MZ ? | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Friday, 18 January 2019

MASALAH HERPES LABIALIS & TIDAK BOLEH MENGANDUNG | Aafiyat Lifestyle


MASALAH HERPES LABIALIS & TIDAK BOLEH MENGANDUNG | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Herpes Labialis & Tidak Boleh Mengandung)

Assalammu'alaikum doktor. Di sini, saya hendak bertanya atau sekiranya pernah dengar kes seperti berikut;

“Saya ada penyakit bahagian mulut dari usia 12 tahun. Saya dapati ia seperti virus. Doktor berikan ubat herpes sejak saya belasan tahun lagi. Cumanya, sakit mulut saya ini akan timbul kalau saya tidak menjaga kebersihan di kawasan mulut. Hendak dijadikan cerita, saya ke klinik semalam sebab menemani suami saya demam. Sambil itu, saya tanya kepada doctor, kenapa saya tidak pregnant walaupun telah setahun kahwin. Apabila disoal jawab, doktor  kata mungkin sebab saya ada herpes dan sebab itu tidak boleh mengandung. Saya senyum walaupun doktor kata herpes tiada ubat dan saya kekal tidak boleh pregnant.”

Jadi, soalan saya, adakah minyak zaitun dapat membantu masalah saya ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Jangkitan herpes simplex yang tidak dirawat memang boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan. Rawatan krim yang diberikan nampaknya tidak mencukupi namun ubatan anti-viral memberikan banyak kesan sampingan.
Saya nasihatkan agar pesakit melakukan bekam secara berkala dan amalkan pemakanan yang sihat. Lengkuas adalah herba yang baik untuk masalah ini dan air rebusannya boleh diminum. Ada banyak lagi herba-herba lain tetapi mungkin susah didapati. Quranic Food patut menjadi kemestian setiap hari kerana ia adalah superfood bagi merangsang proses baikpulih semulajadi tubuh. Wallahu a'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Herpes ialah jangkitan virus herpes simplex pada bahagian tertentu yang biasanya merebak melalui saraf. Ianya tiada kaitan dengan kemampuan untuk mengandung kecuali jika telah merebak kepada rahim. Rawatan bagi virus ialah pencegahan. Quranic Food membantu meningkatkan pertahanan tubuh serta mengawal aktiviti virus dari terus merosakkan sistem badan.

MASALAH HERPES LABIALIS & TIDAK BOLEH MENGANDUNG | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my